Korang pernah tak, rasa tak sedap badan? Misalnya, demam, sakit kepala, batuk sakit tekak, hidung berair dan sakit badan? Ini merupakan simptom biasa yang korang akan lalui apabila demam. Namun, kes kita pada kali ini simptom seperti Atok telah sebutkan ini juga merupakan simptom yang sama dengan influenza tapi berkemungkinan juga tidak. Oleh itu, kali ini Atok akan kongsikan kepada korang tanda tanda influenza A yang perlu diketahui.
Isi Kandungan
Kalau korang nak tahu, influenza A merupakan virus yang berbahaya kerana ia membawa wabak kepada negara yang berbeza dengan kata lain influenza. Secara ringkasnya, influenza A boleh menjangkit kepada manusia dan juga haiwan.
Ia dikenali sebagai Hemagglutinin (HA) dan Neuraminidase (NA). Contoh influenza yang kita sangat familiar iaitu H1N1 dan H3N3. Ramai yang keliru dengan tanda-tanda influenza A dengan demam biasa yang lain. Oleh itu, Atok akan kongsikan tanda-tanda influenza A yang korang perlu ketahui.
Tanda-tanda influenza A yang korang perlu ketahui
1. Demam
2. Mengigil
3. Batuk kering
4. Hidung berair
5. Sakit tekak
6. Sakit badan atau otot
7. Sakit kepala
8. Lesu dan letih
9. Tidak selesa dibahagian dada
10. Muntah-muntah dan cirit birit (dialami oleh kanak-kanak)
Golongan yang berisiko dijangkiti virus influenza A
1. Kanak-kanak berumur 5 tahun dan kebawah
2. Warga tua berumur 65 tahun keatas
3. Wanita hamil
4. Pesakit kronik seperti lelah, asthma, kencing manis, darah tinggi
5. Individu obes
6. Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah
Cara mencegah influenza
1. Vaksin
2. Memakai penutup mulut dan hidung
3. Buang tisu atau topeng muka dalam tong sampah selepas gunakannya
4. Amalkan kebersihan diri yang tinggi
5. Elakkan mengunjungi tempat awam jika mengalami tanda atau simptom
Cara mengatasi influenza
1. Rehat secukupnya
2. Minum air secukupnya
3. Guna herba (ubatan tradisional)
4. Pasang penapis udara mengurangkan simptom
5. Elakkan berjumpa dengan individu yang demam
Beberapa perbezaan simptom influenza
1. Flu yang menyebabkan rasa letih sehingga berminggu-minggu
2. Sakit tekak yang lebih kerap berlaku semasa dalam selesema biasa
3. Berasa mual, muntah dan cirit-birit
4. Komplikasi seperti pneumonia lebih kerap berlaku dalam flu
5. Demam flu mengalami suhu tinggi sehingga mencapai 37.8c hingga 40c
Bagaimana boleh dijangkiti?
1. Cara jangkitan virus influenza bermusim termasuk Influenza A di dalam komuniti adalah melalui cecair (droplet) batuk atau bersin daripada pesakit yang dijangkiti Influenza A (H1N1).
2. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara.
3. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.
Apa yang perlu dilakukan jika korang menghidap influenza A?
1. Tidak perlu dikuarantin
2. Dinasihatkan berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja dan tempat yang ramai orang.
3. Rehat dan perbanyakkan minum air.
4. Jika menggunakan tisu, buang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah dan bersihkan tangan dengan sabun atau air. Basuh menggunakan bahan cuci berasaskan alcohol.
5. Gunakan mask untuk mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang sekeliling korang.
6. Pastikan memakai mask dengan cara yang betul.
7. Sekiranya gejala semakin teruk dan berterusan, segera berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan.
Seperti yang korang ketahui, mengikut KKM influenza ini dikenali sebagai selesema. Ianya adalah jangkitan virus yang mudah disebarkan melalui salur pernafasan dan dilepaskan melalui pesakit yang batuk ataupun bersin.
Virus ini juga kerap bermutasi bagi menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Ha, kau ingat kita sahaja makhluk hidup yang perlu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling? Virus pun tahu konsep menyesuaikan diri tau. Diorang dah lama tahu, kita je yang lalai.
Jadi, jagalah kebersihan dan kesihatan korang semua. Lebih baik korang mencegah daripada merawat kan. Lakukan beberapa perkara yang mengelakkan virus ini menjangkiti korang semua.
Konklusinya, gejala influenza A ini sering disamakan dengan simptom selesema biasa kerana mempunyai persamaan tanda-tanda yang lebih kurang sama. Namun, gejala influenza datang secara tiba-tiba, bertahan lebih lama dan menjadi semakin teruk hingga mengancam nyawa.
Jadi, kalau korang mempunyai simptom gejala seperti yang Atok telah senaraikan ini Atok nasihatkan korang pergi membuat pemeriksaan fizikal ataupun membuat ujian swab sebagai langkah berjaga-jaga.
Dengan ini, Atok harap perkongsian ini iaitu tanda-tanda influenza A yang perlu diketahui sangat bermanfaat dan korang rajinkan diri dalam menjaga kesihatan.
Rujukan Lain
Korang kena baca artikel ini dulu untuk mengetahui lebih mengenai 8 khasiat minyak zaitun dan boleh dijadikan amalan kepada diri dan keluarga..
Tahu tak, sapa orang dalam gambar duit kertas tu? Itulah Agong yang pertama. Ok.. Pada kali ini jom kita tengok senarai yang DiPertuan Agong Malaysia.
Korang tiada sejarah mempunyai kencing manis tapi risau? Sebagai langkah berjaga-jaga, baca tanda tanda kencing manis pada peringkat awal ini..
Bagi yang masih belum memahami apa itu i-saraan KWSP dengan lebih jelas, di sini akan diterangkan serba sedikit tentang apa itu i-saraan KWSP..
Topik Atok pada kali ini, kesultanan melayu Melaka dan perbincangan mengenai pengasasan dan sistem pentadbiran masyarakat melayu Melaka terdahulu..
Kali ini Atok akan kongsikan kelebihan selawat jibril yang antaranya membuka pintu rahmat dan menyingkap pintu rezeki. Mudah-mudahan korang boleh amalkan..
Kali ini, Atok sediakan 20 ucapan selamat pengantin baru (ringkas & islamik) untuk korang. Sesuai diujarkan kepada kawan, family & crush korang! Yeah..