Surat kiriman rasmi ini dikatakan sangat penting kerana ianya merupakan medium perhubungan yang penting di antara agensi kerajaan dengan agensi kerajaan yang lain dan ianya dihantar untuk mendapatkan maklumat atau memberi arahan dan memuktamadkan keputusan. Bukan itu sahaja, surat kiriman rasmi ini bukan sahaja boleh dihantar melalui penghantaran tangan ke tangan tetapi ianya juga boleh dihantar melalui emel. Justeru, bagi individu yang ingin mempelajari mengenai surat kiriman rasmi ini, berikut merupakan surat kiriman rasmi format dan contoh.
Bagi para pelajar yang mengalami sakit, demam atau sebagainya pasti perlu menulis surat untuk diberikan kepada guru kelas atau guru hal ehwal pelajar untuk memaklumkan tentang keadaan korang.
Bukan itu sahaja, surat rasmi ini juga sering di gunakan untuk tujuan-tujuan seperti membuat cadangan, membuat aduan, bantahan, rayuan, memohon sesuatu peruntukan, permohonan pekerjaan dan mohon derma.
Oleh itu, mempelajari untuk membuat surat kiriman rasmi sememangnya sangat perlu kerana ianya merupakan perkara yang penting dalam memohon atau memberitahu sesuatu perkara.
Bagi korang yang tidak mengetahui tentang surat kiriman rasmi, di sini akan dinyatakan apa itu surat kiriman rasmi. Untuk pengetahuan korang, surat kiriman rasmi ialah surat formal yang dibuat atau ditulis khusus bagi sesuatu tujuan atau perhubungan yang rasmi.
Bukan itu sahaja, surat kiriman rasmi ini akan dibuat berdasarkan formatnya yang tertentu, panggilan yang rasmi dan juga penggunaan bahasa yang formal. Hal ini demikian kerana, surat kiriman rasmi merupakan surat yang formal, maka penggunaan bahasa yang dipilih mestilah bersesuaian dan formal.
Surat Kiriman Rasmi: Format Dan Contoh
1) Nama dan Alamat Pengirim – diletakkan di bahagian paling kiri atas – permulaan nama dan alamat huruf besar – penghujung setiap baris perlulah diletakkan koma – dalam alamat mestilah mengandungi nombor premis/rumah nombor jalan (jika ada), poskod, bandar dan negeri – selang satu baris, gariskan garisan panjang melintang bagi membezakan alamat pengirim dan penerima.
2) Nama, jawatan dan alamat penerima diletakkan di bawah garis melintang tadi – permulaan nama, jawatan dan alamat penerima huruf besar – setiap baris diletakkan koma – harus mengandungi alamat pengirim, alamat penerima, nombor jalan (jika ada), poskod, bandar, dan negeri.
3) Tarikh – tarikh perlu di tulis selari dengan nama negeri pada bahagian alamat penerima di bahagian paling kanan surat – tarikh mestilah ditulis dengan menulis nombor haribulan, nama bulan (tulis penuh) dengan kesemuanya huruf besar dan nombor tahun. Contoh 12 DISEMBER 2023
4) Gelaran – selang sebaris daripada alamat penerima (gelaran yang sesuai seperti yang berhormat, tuan, puan) – penulisan gelaran di dalam surat kiriman rasmi tersebut haruslah disertai dengan tanda koma pada hujung gelaran.
5)Perkara – perkara perlulah ditulis selang sebaris daripada gelaran yang diberi – perkara merupakan maksud umum tujuan surat kiriman rasmi ini diberikan – perkara dalam surat kiriman rasmi haruslah di gariskan (untuk membezakan perkara dan isi kandungan surat) = contoh: Permohonan Jawatan Kosong Bagi Syarikat Telekomunikasi
6) Kandungan surat – perlulah menceritakan niat atau tujuan surat kiriman rasmi tersebut dihantar – pastikan surat kiriman rasmi tidak terlalu panjang – pada akhir kandungan surat kiriman rasmi akan di akhiri dengan ucapan sekian beserta dengan terima kasih.
7)Tanda tangan, nama dan jawatan pengirim – perlulah di buat – tanda tangan haruslah diikuti dengan nama penuh pengirim dalam huruf besar kesemuanya – pengirim harus menulis nama jawatan pengirim (jika ada) di baris berikutnya.
Contoh Surat Kiriman Rasmi
Berikut merupakan contoh surat kiriman rasmi sebagai panduan korang.
1) Contoh surat kiriman rasmi mohon cuti
2) Contoh surat kiriman rasmi mohon kebenaran
Kesimpulannya, ini merupakan antara surat kiriman rasmi format dan contoh yang boleh korang pelajari. Terdapat banyak lagi contoh-contoh surat kiriman rasmi yang boleh korang ketahui dan pelajari selain yang dinyatakan di atas ini. Namun begitu, contoh yang dinyatakan di atas ini sudah cukup untuk menjadi panduan kepada korang untuk mempelajarinya.
Rujukan Lain
Di sini atok kongsikan tiga doa agar cepat dapat kerja yang diinginkan bagi korang yang sedang berusaha mendapatkan kerja. Moga dimakbulkan..
Di sini diterangkan cara semakan penyata KWSP online melalui i-Akaun dan cara pendaftarannya bagi individu yang baru mula membuka KWSP..
Jadual tarikh bayaran PERKESO 2023 ini adalah berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh pihak PERKESO di portal rasmi mereka. Moga bermanfaat..
Di sini atok kongsikan senarai cuti umum Kelantan 2023. Semoga perkongsian cuti umum Negeri Kelantan bagi Tahun 2023 ini membantu korang hendaknya.
Dah lama korang tak puasa kan? Niat pun dah hampir terlupa. Jadi kali ini kita nak ulangkaji sikit lafaz niat puasa ramadhan sebulan penuh dan sehari..
Sebagai rakyat Malaysia, ketahuilah oleh mu akan intipati-intipati bajet 2023 ini. Termasuk bajet 2023 penjawat awam, bajet 2023 b40 dan lain-lain..
Baca 5 cara melegakan batuk bayi bagi ibu bapa yang agak sibuk atau menghadapi sebarang masalah untuk membawa bayi ke klinik. Penting untuk diketahui..
Roadtax ni kena renew setiap tahun untuk mengelakkan dikenakan saman. Sini atok kongsikan langkah atau cara renew roadtax dan insuran kereta.