Surah Al Mulk Rumi, Sebelum Tidur Korang Kena Baca Ni..

Surah Al Mulk merupakan surah yang ke-67 di dalam Al-Quran. Surah ini merupakan surah yang mempunyai 30 ayat. Perkataan Mulk pada ayat pertama surah ini bererti kerajaan dan kerana itu surah ini dinamakan Al Mulk. Selain itu, surah Al Mulk ini juga dikatakan sebagai surah keamanan dan keselamatan kerana surah ini akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur. Surah Al Mulk ini juga hendaklah dibaca secara istiqamah dalam kehidupan harian korang. Terutama sebelum tidur seperti yang dilakukan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Di bawah adalah surah Al Mulk rumi, selepas itu terjemahan dan maksud surah Al Mulk. Dalam post ini juga turut dikongsikan beberapa cara mudah menghafal surah Al Mulk.

Surah Al Mulk rumi sebelum tidur

Surah Al Mulk Rumi

BismiLLahir-Rahmanir-Rahim

Tabarokallazi Bi-Yadihil-Mulk; Wa Huwa ‘Ala Kulli Syay-‘In-Qadir ۝

‘Allazi Khalaqal-Mawta Wal-Hayata Li-Yabluwakum ‘Ayyukum ‘Ahsanu ‘Amala; Wa Huwal-‘Azizul-Ġafur۝

‘Allazi Khalaqa Sab-‘A Samawatin Tibaqo; Ma Tara Fi Khalqir-Rahmani Min-Tafa-Wut Farji-‘il-Basara Hal Tara MinFutur ۝

Tsummar-Ji-‘Il- Basara Kar-Ratayni Yanqalib’Ilaykal-Basaru Khasi-‘Aw-Yanqalib’Ilaykal-Basaru Khasi-‘Aw Wa Huwa hasiir ۝

Wa Laqod Zai-Yannas-Sama-‘Addunya Bimasobiha Wa Ja-‘Alnaha Rujumal-Lilsy-Syayatin Wa ‘A‘-Tadna La-Hum ‘Adabas-Sa-‘Ir ۝

Wa Lillazina Kafaru Bi-Rabbihim ‘Azabu Jahannam; Wa Bi’-Sal-Masir ۝

‘Iza’Ulqu Fiha Sami-‘U Laha Syahiqaw-Wa Hiya Tafur ۝

Takadu Tamayy-Azu Minal-Gaei Kullama ‘Ulqiya Fiha Fawjun Sa-‘Alahum Khazanatuha Khazanatuha ‘Alam Ya’-Tikum Nadzir ۝

Qolu Bala Qad Ja-‘Ana Nazirrum Fakazzabna Wa Qulna Ma NazzalaLLahu Min-Syay’; ‘In ‘Antum’Illa Fi Dholalin-Kabir ۝

Wa Qolu Law Kunna Nasma-‘U ‘Aw Na‘-Qilu Ma Kunna Fi As-haabis- Sa-‘Ir ۝

Fa‘-Tarafu Bi-zambihim Fasuh-Qal Li-As-Habis- Sa-‘Ir ۝

‘Innallazina Yakh-Syawna Rabbahum Bil-Gaybi Lahum-Magfiratuw-Wa ‘Ajrun Kabir ۝

Wa ‘Asirru Qawlakum ‘Awij-Haru Bih; ‘Innahu ‘Alimum-Bizatis-sudur ۝

‘Ala Ya‘-Lamu Man Khalaqa Wa Huwal-Latiiful-Khabir ۝

Huwallazi Ja-‘Ala Laku-Mul-‘Ardo Zalulan-Famsyu Fi Manakibiha Wa Kulu Mir-Rizqih; Wa ‘Ilay-Hin-Nushur ۝

‘A-‘A Mintum-Mam Fis-Sama-‘I’An-Yakh-Sifa Bi-Kumul-‘Arđ Fa-‘Izâ Hiya Tamur ۝

‘Am-‘Amintum-Mam Fis-Sama-‘I’Ay-Yursila ‘Alaykum Hasiba Fasata‘-Lamuna Kayfa Nazir ۝

Wa Laqod Kazzaballazina Min-Qablihim Fa-Kay-Fa Kana Na-Kir ۝

‘Awalam Yaraw ‘Ilat-tayri Fawqahum Saffatiw-Wa Yaq-Bid Ma Yumsiku-Hunna ‘Illar-Rahman ‘In-Nahu Bi-Kulli Syay-‘Im-Basir ۝

‘Amman Hazallazi Huwa Jundul-Lakum Yansurukum-Min Dunir-Rahman ‘Inil-Kafi-Runa’Illâ Fi Gurur ۝

Amman Hazallazi Yar-Zuqukum ‘In ‘Amsaka Rizqah; Bal-Lajju Fi ‘Utu-Wiw-Wa Nufur ۝

Afamai-Yamsyi Mukibban ‘Ala Wajhihii ‘Ahda Ammai-Yamsyi Sa-Wiyyan ‘Ala siratin-Mustaqim ۝

Qul Huwallazi ‘Ansya-‘Akum Wa Ja-‘Ala Lakumus-Sam-‘A Wal-‘Absara Wal-‘Af-‘Idah; Qa-Lilam-Ma Tasy-Kurun ۝

Qul Huwallazi Zaro-‘Akum Fil-‘Ardi Wa ‘Ilayhi Tuh-Sharun ۝

Wa Yaquluna Mata Hazal-Wa‘-Du ‘In-Kuntumsadiqin ۝

Qul ‘Innamal-‘Ilmu ‘IndaLLah; Wa ‘Innama ‘Ana Nazirum-Mubin ۝

Falamma Ra-‘Awhu Zul-Fatan-Si-‘At Wujuhullazina Kafaru Wa Qila Hazall Lazi Kuntum-Bihi Tadda-‘Un ۝

Qul ‘Aro-‘Aytum ‘In ‘Ah-Lakani-YaLLahu Wa Mamma-‘Iya ‘Aw Rahimana Famai-Yujirul-Kafirina Min-‘Azabin ‘Alim ۝

Qul Huwar – Rahmanu ‘amanna Bihi Wa‘Alay-Hi Ta-Wakkal-Na Fasata‘-Lamuna Man Huwa Fi Dalalim-Mubin ۝

Qul ‘Aro-‘Aytum’In ‘Asbaha Ma-‘Ukum Gaw-Ram-Famai-Ya’-Tikum Bi-Ma-‘Imma-‘In ۝

Maksud Surah Al Mulk

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

1. Maha berkat (serta Maha tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

2. Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

3. Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika Engkau ragu-ragu) maka ulangilah pkorangngan – (mu) – Dapatkah Engkau melihat sebarang kecacatan?

4. Kemudian ulangilah pkorangngan (mu) berkali-kali, nescaya pkorangnganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).

5. Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.

6. Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

7. Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.

8. Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), Bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?”

9. Mereka menjawab: “Ada! sebenarnya telah datang kepada Kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu Kami dustakan serta Kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (Wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! “

10. Dan mereka berkata: “Kalaulah Kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah Kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”.

11. Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah JauhNya rahmat Allah dari ahli neraka.

12. Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

13. Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

14. Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? sedang ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha mendalam PengetahuanNya!

15. Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).

16. Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?

17. Atau Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak Bagaimana buruknya kesan amaranKu?

18. Dan Demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) Bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.

19. Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah yang Maha Pemurah. Sesungguhnya ia Maha melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

20. Bahkan siapa Dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah yang Maha Pemurah? (sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.

21. Atau siapa Dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).

22. Maka Adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan Dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah – atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?

23. Katakanlah (Wahai Muĥammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.

24. Katakanlah lagi: “Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”.

25. Dan mereka (yang ingkar) berkata: “Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?”

26. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allahh, dan Sesungguhnya Aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata”.

27. Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): “Inilah Dia yang dahulu kamu Kerap kali minta disegerakan kedatangannya!”.

28. Tanyalah (Wahai Muĥammad, kepada mereka): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau ia memberi rahmat kepada Kami (sehingga Kami dapat mengalahkan kamu), – maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”.

29. Tegaskan (Wahai Muĥammad, kepada mereka): “Allah Dia lah yang Maha Pemurah, yang Kami beriman kepadaNya, dan yang kepadanya Kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”.

30. Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (ditelan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”.

Kenapa kena baca surah Al Mulk sebelum tidur?

Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawasanya sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah (surah As Sajdah dan surah Al Mulk).

Daripada Jabir, beliau berkata:

أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ لاَ يَنَامُ حَتَّى يَقْرَأَ الم تَنْزِيلُ وَ تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ

“Sesungguhnya Nabi Saw. tidak tidur hingga baginda membaca surah تَنزِيلُ الٓمٓ (Surah al-Sajdah) dan تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ”

(Hadis Riwayat Tirmizi)

Jadi, sebenarnya bukan hanya Al Mulk, tapi As-Sajdah juga. Oleh itu sebelum tidur, pastikan korang ambil sedikit masa untuk membaca Surah Al-Mulk dan As-Sajdah untuk mencontohi sunnah Nabi SAW.

Kalau masih belum boleh lagi membaca surah Al Mulk dalam jawi, korang bacalah surah Al Mulk rumi sebelum tidur yang telah dikongsikan di atas.

Cara Menghafal Surah Al Mulk Dengan Mudah

Menghafal Al-Quran adalah perkara mulia jika seseorang individu itu berjaya melakukannya. Hal ini kerana, surah yang terkandung di dalam Al-Quran adalah Kalam Allah yang perlu dibaca oleh semua umat islam. Penghafalan surah ini tidak mementingkan sama ada surah yang panjang mahupun surah yang pendek tetapi seikhlas mana seseorang individu itu ingin belajar dan menghafal surah.

Bukan itu sahaja, korang juga digalakkan untuk menghafal mana-mana surah yang korang rasa ingin hafal dan mendalaminya terutama sekali surah Al Mulk.

Kisah atau kandungan surah Al Mulk ini, sebenarnya banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah SWT terhadap makhluk ciptaan-Nya dan ini jelas digambarkan melalui tajuk surah ini iaitu Al Mulk yang bermaksud kerajaan kerana pada awal surah ini terdapat ayat yang menceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini yang tiada satu pun cacat celanya.

Bukan itu sahaja, bagi individu yang mengamalkan surah ini dalam kehidupan mereka pasti tahu apa kelebihan surah Al Mulk ini. Banyak kelebihan surah Al-Mulk ini yang boleh diperolehi jika diamalkan antaranya, surah ini akan menjadi penyelamat dari seksa kubur, pada hari kiamat paras rupanya akan menjadi cerah seperti wajah Nabi Yusuf, serta berada di bawah naungan sayap malaikat serta mendapat rahmat Allah SWT jika diamalkan dalam kehidupan.

Oleh itu, bagi individu yang ingin mengamalkan surah Al Mulk ini dalam kehidupan pasti ingin tahu cara menghafal surah Al Mulk dengan mudah.

Baca pada waktu pagi

Bagi korang yang ingin menghafal surah Al Mulk ini dengan mudah, maka korang perlulah membaca dan mengamalkan surah Al Mulk ini pada waktu pagi selepas subuh. Hal ini demikian kerana, umum mengetahui bahawa waktu pagi merupakan waktu yang afdal atau sesuai untuk belajar dan menghafal sesuatu benda kerana daya ingatan pada waktu pagi berada pada tahap tertinggi.

Selain daripada waktu pagi selepas subuh, yakni waktu petang atau malam boleh juga di amalkan untuk membaca dan menghafal tetapi jika ingin menghafal dengan mudah dan cepat, sangat di galakkan untuk menghafal pada waktu pagi selepas subuh. Justeru ini merupakan salah satu cara menghafal surah Al Mulk dengan mudah.

Dengar bacaan surah berulang kali

Selain daripada membaca dan menghafal pada waktu pagi, korang juga boleh mendengar bacaan surah Al Mulk ini berulang kali.

Sebagai contoh korang boleh memilih mana-mana qari yang membaca surah ini kemudian mainkan bacaan ini dalam bentuk audio dan dengarkannya sebelum tidur. Bukan itu sahaja, korang juga boleh memasang bacaan surah Al Mulk ini di dalam kereta berulang kali, nescaya lama kelamaan korang akan mengingati surah itu.

Elakkan melakukan dosa

Seterusnya, jika korang hendak menghafal surah Al Mulk ini dengan mudah maka perkara yang perlu korang lakukan adalah dengan mengelakkan melakukan dosa yakni korang harus menghindari perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan melakukan perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT seperti solat lima waktu dan lain-lain.

Hal ini demikian kerana, setiap dosa yang dilakukan maka daya ingatan korang semakin berkurang dan apabila ianya berkurang maka keupayaan untuk korang menghafal surah akan menjadi semakin rendah. Oleh itu korang harus mengelakkan daripada melakukan dosa walaupun ianya dosa kecil.

Demikian perkongsian beberapa cara menghafal surah Al Mulk dengan mudah, surah Al Mulk rumi dan juga terjemahan atau maksud Al Mulk. Justeru, umat islam amat digalakkan untuk mengamalkan surah Al Mulk ini kerana ianya memberikan banyak manfaat kepada kehidupan korang.

Rujukan Lain

Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara Malaysia merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum dalam persekutuan Malaysia..

Di sini Atok akan kongsikan kepada korang doa sebelum berbuka puasa ramadhan yang korang boleh amalkan sebelum berbuka puasa nanti. Selamat berbuka!

Korang fresh graduan yg tengah cari contoh resume terbaik sebagai rujukan? Jangan risau, Atok kongsikan contoh resume terbaik fresh graduate di sini.

Murid-murid digalakkan menggunakan peribahasa dalam karangan dan exam. Diharap senarai peribahasa dan maksudnya ini membantu korang..

Anak kucing memang comel! Geram jer tengok kan. So, kali ni atok nak share pasal makanan kucing terbaik untuk bulu dan gemuk!

Korang sakit tekak? Di sini Atok kongsikan untuk korang, 5 petua hilangkan sakit tekak dengan cepat tanpa perlu berjumpa dengan doktor..

Tak hafal doa selepas solat yg panjang? Nak belajar doa yg pendek & mudah? Ini doa selepas solat fardhu dalam rumi beserta maksudnya. Senang nak hafal..

Apakah makanan orang berpantang lepas bersalin? Oleh itu, mari kita lihat beberapa makanan orang berpantang selepas bersalin czer..

Leave a Comment

error: Content is protected !!