Senarai Peribahasa Dan Maksudnya

Apa itu peribahasa? Korang tahu tak? Ha, Atok nak cerita sikit mengenai peribahasa ni. Peribahasa ni antara bunga-bunga bahasa melayu iaitu kumpulan dua atau lebih perkataan iaitu bahasa kiasan. Dalam erti kata lain, peribahasa ialah ayat atau kumpulan kata yang mempunyai maksud tertentu dengan tujuan memberi nasihat, pengajaran, sindiran dan juga teguran. Oleh itu, berikut merupakan senarai peribahasa dan maksudnya Atok akan kongsikan.

Senarai Peribahasa Dan Maksudnya

Peribahasa boleh didefinisikan sebagai aturan kata-kata yang ringkas tetapi memberi erti yang luas. Ianya harus mengandungi kebenaran, indah untuk didengar, penggunaan kata-kata yang bijak dan senang difahami.

Peribahasa merupakan warisan bahasa Melayu yang indah yang seharusnya dihargai. Di dalam peperiksaan, murid-murid digalakkan menggunakan bahasa peribahasa terutamanya dalam karangan bertujuan meningkatkan markah. Jadi, senarai peribahasa dan maksudnya ini harap membantu korang untuk digunakan semasa peperiksaan.

Senarai peribahasa dan maksudnya

Bagai duri dalam daging.

Maksud:
Sesuatu hal atau perkara yang tidak menyenangkan hati.

Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Maksud:
Tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan/pentingkan diri sendiri.

Bagai melepaskan anjing tersepit.

Maksud:
Memberi pertolongan orang yang tidak tahu membalas jasa.

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

Maksud:
Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.

Maksud:
Orang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar akhirnya ia sendiri yang binasa.

Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.

Maksud:
Orang yang bercakap besar sedangkan keluarganya melarat.

Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.

Maksud:
Seseorang yang menceritakan keburukan keluarganya kepada orang lain tetapi akhirnya dia sendiri yang mendapat malu.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung.

Maksud:
Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baru.

Umpama burung tumpang beramai dengan kawan banyak.

Maksud:
Perihal orang dagang yang tidak bersungguh dan tidak tetap hatinya di negeri orang.

Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang.

Maksud:
Tipu muslihat yang tersembunyi demi mencari keuntungan diri sendiri.

Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai

Maksud:
Hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan itu mendatangkan berani.

Orang baru kaya jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi.

Maksud:
Sia-sialah mengerjakan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah.

Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait.

Maksud:
Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.

Kilat beliung sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan, kilat cermin sudah ke muka.

Maksud:
Orang yang bijaksana dengan mudah menangkap hujung kata atau kias seseorang.

Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang.

Maksud:
Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.

Elok basa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati.

Maksud:
Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan.

Seberapa panjang sarung, begitulah panjang matanya.

Maksud:
Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu.

Sampai bersalam, pulang berterajang.

Maksud:
Masuk ke negeri orang dengan nama yang baik, tetapi pulang dengan nama yang jahat.

Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi.

Maksud:
Sangatlah sukar untuk menghadapi manusia kerana tiap-tiap orang berlainan pendapatnya.

Tak akan ada katak beranak ular.

Maksud:
Memperkatakan mengenai hal yang mustahil berlaku kepada seseorang; ataupun untuk menggambarkan orang yang pengecut (bodoh) yang tidak akan menjadi berani (pandai).

Atok harap senarai peribahasa dan maksudnya ini dapat membantu korang untuk dijadikan rujukan. Dengan harapan, peribahasa sehingga kini akan terus digunakan secara meluas sama ada digunakan secara lisan ataupun penulisan.

Peribahasa ini mempunyai nilai-nilai yang mampu membentuk masyarakat kita yang berpendidikan dan intelek. Oleh itu, senarai peribahasa dan maksudnya ini merupakan sebagai pengajaran dan panduan dalam melakukan sesuatu dan menggambarkan nilai dan sikap anggota masyarakat kita.

Begitu indah dan unik bahasa melayu kita ini. Sedangkan menasihati dan menegur seseorang pun menggunakan peribahasa. Hal ini kerana, bahasa teguran yang kita gunakan berkias agar tidak menyakiti hati sesiapa.

Rujukan Lain

Senarai perdana menteri Malaysia & sumbangannya bermula dari perdana menteri yang pertama sehingga sekarang iaitu tahun 2023. Jom kenali PM kita..

Kali ini kita borak mengenai cara memikat hati lelaki. Tapi bukan lelaki yang sudah berpunya. Akan tetapi cara-cara memikat hati lelaki dalam diam..

Impian korang ingin menjadi seorang guru? Jangan risau, Atok akan kongsikan senarai IPG di Malaysia untuk korang jadikan rujukan sebelum memohon..

Bukan bunga ros, bukan bunga orkid dan bukan bukan juga bunga kekwa. Tapi bunga raya bunga kebangsaan bagi negara Malaysia. Baca lebih lanjut..

Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara Malaysia merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum dalam persekutuan Malaysia..

Di sini Atok akan kongsikan kepada korang doa sebelum berbuka puasa ramadhan yang korang boleh amalkan sebelum berbuka puasa nanti. Selamat berbuka!

Korang fresh graduan yg tengah cari contoh resume terbaik sebagai rujukan? Jangan risau, Atok kongsikan contoh resume terbaik fresh graduate di sini.

Lesen perniagaan korang dah nak luput? Jangan bertangguh. Jom tengok how to renew SSM online atau cara renew SSM online EzBiz..

Leave a Comment

error: Content is protected !!