Tekanan darah tinggi merupakan penyakit yang berbahaya yang mampu merosakkan jantung dan juga penyebab utama strok. Artikel ini berkaitan petua turunkan darah tinggi yang confirm berkesan, khas kepada mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi. Selain itu, perubahan gaya hidup sihat sangat memainkan peranan penting untuk membantu korang merawat dan mengatasi masalah darah tinggi.
Isi Kandungan
Namun, pada masa kini penyakit darah tinggi atau dikenali sebagai hipertensi adalah penyakit yang selalu dialami oleh rakyat Malaysia. Termasuklah golongan muda sekarang ni. Mungkin zaman dahulu, penyakit darah tinggi ini cuma sering dialami oleh golongan yang berusia. Namun tidak pada zaman sekarang. Jadi, korang kena lebih berhati-hati dan sering lakukan amalan hidup yang sihat.
Jadi, berikut 6 petua turunkan darah tinggi untuk korang amalkan..
1. Kurangkan berat badan
Darah tinggi atau dengan nama lain hipertensi meningkat seiring dengan berat badan. Berat yang berlebihan menyebabkan gangguan pernafasan semasa tidur dalam masa yang sama menjadi punca masalah tekanan darah tinggi.
2. Petua turunkan darah tinggi yang kedua ialah bersenam
Dengan melakukan senaman secara berkala seperti aktiviti fizikal yang kerap dan konsisten sekitar 30 minit setiap hari seminggu turun membantu menurunkan tekanan darah. Contoh senaman lain misalnya seperti berjoging, berbasikal, berjalan kaki atau menari membantu korang mengawal tekanan darah yang tinggi.
3. Diet seimbang
Diet yang seimbang memainkan peranan penting juga dalam mengawal tekanan darah tinggi. Mengambil makanan yang mengandungi tinggi khasiat seperti bijirin, buah-buahan, sayuran dan produk tenusu yang rendah lemak seperti susu low fat.
4. Kurangkan garam
Pengurangan jumlah garam dalam makanan juga bantu korang untuk mengawal tekanan darah tinggi dalam darah tau. Kurangkan pengambilan makanan diproses dan mengurangkan rempah dan herba dalam bahan masakan. Kalau korang nak tahu selain daripada gula, garam juga memainkan peranan penting untuk mengawal tekanan darah tinggi.
5. Petua turunkan darah tinggi yang kelima iaitu kurangkan stres
Stres juga menyebabkan korang hipertensi juga tau. Bukan sekadar tekanan mental namun tekanan darah tinggi juga semakin mencanak naik sehingga ke kepala. Ha, tu da bahaya. Korang kena bijak mengawal stres korang. Ia memberi impak yang besar juga kepada korang yang menghidap penyakit darah tinggi.
6. Tidur secukupnya
Korang tahu tak, tekanan darah akan turun apabila korang sedang tidur. Jadi, tidur yang lena dan secukupnya mempengaruhi kadar tekanan darah korang. Kurang tidur mempengaruhi tekanan darah tinggi manakala tidur nyenyak membantu mengawal darah tinggi juga.
Jadi, korang kena lakukan beberapa perkara yang menyebabkan korang mudah dan lena tidur pada waktu malam.
Bacaan tekanan darah
Tekanan normal di bawah 120 Sistolik dan 80 Diastolik)
1. Normal
Sistolik: Bawah 120
Diastolik: Bawah 80
2. Pra-Hipertensi
Sistolik: 120-139
Diastolik: 80-89
3. Hipertensi tahap 1
Sistolik: 140-159
Diastolik: 90-99
4. Hipertensi tahap 2
Sistolik: 160+
Diastolik: 100+
Apa itu sistolik dan diastolik?
Sistolik bacaan yang diambil semasa jantung mengepam darah ke seluruh arteri, manakala Diastolik bacaan semasa jantung diisi semula dengan darah semasa jantung mengendur.
Kesimpulannya, tekanan darah tinggi ini memberikan kesan jangka panjang pada badan kita. Jadi, korang di diagnos menghidap penyakit darah tinggi sebaiknya korang kena kawal pemakanan termasuklah kesihatan mental dan fizikal juga. Dengan perkongsian bacaan darah ini, semoga membantu korang bijak dalam membaca bacaan tekanan darah tinggi lepas ni.
Tidur yang nyenyak adalah perkara yang sukar untuk sesetengah orang lakukan. Korang kena rajin baca tips untuk mengawal tekanan darah agar tidak naik hingga menyebabkan korang sakit berpanjangan.
Selain daripada bergantung kepada nasihat dan ubat daripada doktor, Atok nasihatkan korang kena amalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan beberapa tips mengawal darah. Jadi, semoga petua turunkan darah tinggi ini bermanfaat kepada korang semua.
Dengan beberapa petua yang telah Atok kongsikan, Atok harap korang amalkan gaya hidup yang sihat dan rajin membuat pemeriksaan dan mandapatkan rawatan daripada doktor. Jangan stress-stres pula, korang jalankan hidup dengan penuh sihat dan ceria. Barulah hidup penuh dengan makna.
Info-info Lain
Kali ini Atok akan kongsikan kepada korang tanda-tanda influenza A yang perlu diketahui. Pengesanan awal, boleh menyelamatkan nyawa korang..
Mesti korang serabut dan pening nak bawa barang apa masuk asrama. Jom baca senarai barang keperluan asrama perempuan yang wajib korang bawa..
Rasanya yang enak dan memiliki banyak kebaikan. Persoalannya, menghasilkan telur separuh masak berapa minit? Jadi, ini dia cara yang betul!
Nak beli kereta baru? Lagi-lagi kereta Myvi baru 2023 ni. Jadi, hari ni Atok akan kongsikan untuk korang harga myvi baru dan bayaran bulanan..
Senarai ini mungkin sesuai dan dapat membantu korang memilih hadiah untuk kawan perempuan korang. Ada 20 idea bajet di sini..
Dalam artikel ini Atok kongsikan mengenai cara korang buat semakan cukai tanah Selangor melalui kad pengenalan sahaja. Diharap membantu..
Topik yang akan dibincangkan kali ini mengenai ciri-ciri pelajar cemerlang untuk kegunaan karangan dan ulasan korang. Jangan tiru bulat-bulat pula..