Petua Hilangkan Sakit Tekak Dengan Cepat

Sakit tekak sangat mempengaruhi hidupan harian kita. Di mana ia menganggu dan menyebabkan kita tidak selesa dengan tekak. Pada mulanya, korang akan rasa gatal tekak sehingga nak menelan air pun rasa perit kan. Hal ini akan menyebabkan korang terganggu untuk menjalankan kehidupan harian seperti berkomunikasi dengan orang ramai. Jadi, Atok akan kongsikan untuk korang, petua hilangkan sakit tekak dengan cepat tanpa perlu berjumpa dengan doktor.

Petua Hilangkan Sakit Tekak Dengan Cepat

Namun, kalau petua yang Atok kongsikan tidak berkesan. Korang kenalah pergi klinik atau hospital untuk berjumpa dengan doktor.

Sebelum itu, korang kena tahu dahulu apakah punca dan penyebab korang sakit tekak. Manalah tahu korang tak perasan. Walaupun Atok akan kongsikan petua hilangkan sakit tekak dengan cepat namun lebih baik kita mencegah daripada merawat.

Oleh itu, punca pertama mungkin mengalami alahan, asap rokok, cuaca yang kering dan kecederaan pada tekak atau kerongkong. Antara punca-punca di atas, mungkin salah satu punca yang menyebabkan korang sakit tekak. Kalau boleh elakkan perkara tersebut agar sakit tekak tidak akan terjadi atau menjadi bertambah parah.

Inilah dia 5 Petua hilangkan sakit tekak dengan cepat..

1. Minum madu bersama teh hijau

Madu mempunyai pelbagai khasiat, jadi madu juga tersenarai sebagai salah satu cara untuk melegakan sakit tekak dengan berkesan. Untuk melegakan sakit tekak korang boleh campurkan madu dengan air suam ataupun dicampurkan dengan teh hijau.

Selain itu juga, madu ini bertindak sebagai agen yang mengawal simptom batuk. Sekurang-kurangnya dengan madu korang akan mengalami sakit tekak sahaja dan mengelakkan daripada batuk.

Kalau korang nak tahu, teh hijau ini mempunyai sifat antibakteria yang mampu memberikan kelegaan daripada kesakitan, kaya dengan antiioksidan serta boleh menurunkan tahap keradangan pada tekak.

Jadi, dengan minum teh hijau ia akan membantu melegakan sakit tekak korang kerana mengandungi antibakteria.

2. Minum air suam secukupnya

Minum air secukupnya sangat penting untuk kesihatan korang. Selain itu ia juga mampu melegakan sakit tekak. Hal ini demikian kerana, minum air mampu membasahkan tekak korang yang kering apabila sakit tekak.

Walaupun, perit dan sakit apabila menelan. Ia sangat membantu melegakan sakit tekak. Kalau orang dahulu, mesti akan nasihatkan korang untuk kerap minum air kan. Ha, itulah salah satu sebabnya apabila sakit tekak korang kena minum air yang secukupnya.

Tanpa air yang cukup, badan tidak akan menghasilkan air liur dan mukus yang cukup untuk tekak. Apabila, badan korang kehilangan atau kekurangan air, maka ia akan menyebabkan simptom sakit tekak akan lebih menyakitkan.

Tapi jangan minum air panas yang menggelegak tu pula, ia kan membakar tekak korang yang sudah sensitif. Maka akan lebih sakit hasilnya. Gurau. Atok gurau..

3. Kumur-kumur dengan air garam

Air garam? Mesti korang dah telan air liur kan sebut pasal garam. Sebenarnya air garam ini mampu membantu mengurangkan bengkak dan radang membran mukus.

Jadi, secara tidak langsung ia membantu menghilangkan sakit tekak. Lakukan tiga kali sehari dan elakkan buat berlebihan.

Hal ini kerana, ia akan mengeringkan tisu lembut yang berada sekitar mulut korang. Jadi, Atok nasihatkan korang jangan buat lebih dari 3 kali sehari. Makin perit sakit tekak tu nanti.

4. Minum air cuka dengan madu

Kandungan asid dalam cuka dapat membantu membunuh bakteria tau. Manakala madu pula mampu menghilangkan sakit tekak dengan lebih berkesan.

Cara untuk menghilangkan perit sakit tekak dengan mencampurkan sesudu cuka dan madu dalam air suam lalu korang minum.

Insha’Allah dengan kandungan asid yang berada dalam cuka dan madu mampu menghilangkan sakit tekak korang.

5. Kunyah bunga cegkih

Bunga cengkih, selalunya orang akan gunakan untuk memasak. Ia berfungsi sebagai rempah penyedap dalam masakan. Namun, kali ini bunga cengkih untuk merawat sakit tekak.

Tahukah korang, pada zaman silam, bunga cengkih pernah digunakan sebagai bius oleh doktor gigi? Ini kerana, cengkih mampu melegakan sakit gigi kerana mengandungi eugenol yang bertindak balas seperti ubat tahan sakit.

Oleh itu, mengunyah buah cengkih akan mengeluarkan eugenol dan secara tidak langsung melegakan sakit tekak korang. Rasa dia memang pelik sikit dan ada rasa pedas sikit. Tapi tahan jela.

Tapi kalau korang tak tahan mengunyah bunga cengkih ni, korang juga boleh hisap. Ala.. macam makan gula-gula tu.

Kesimpulannya di sini, apabila korang mengalami sakit tekak korang bolehlah gunakan petua hilangkan sakit tekak dengan cepat yang Atok telah kongsikan di atas.

Semoga petua petua hilangkan sakit tekak cara tradisional ini berguna buat korang yang sedang mengalami sakit tekak.

Tapi.. kalau sakitnya tetap sama dan tidak berkurang. Korang kena pergi klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut. Jangan pula ikut petua yang Atok kongsi ini secara berlebihan. Ia akan memberi kesan buruk kepada korang nanti.

Apa-apapun, petua ini telah digunakan sejak turun-temurun dan ia berkesan memang berkesan. Jadi Atok harap ia juga berkesan untuk korang dan jangan lupa jaga kesihatan.

Rujukan Lain

Impian korang ingin menjadi seorang guru? Jangan risau, Atok akan kongsikan senarai IPG di Malaysia untuk korang jadikan rujukan sebelum memohon..

Bukan bunga ros, bukan bunga orkid dan bukan bukan juga bunga kekwa. Tapi bunga raya bunga kebangsaan bagi negara Malaysia. Baca lebih lanjut..

Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara Malaysia merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum dalam persekutuan Malaysia..

Di sini Atok akan kongsikan kepada korang doa sebelum berbuka puasa ramadhan yang korang boleh amalkan sebelum berbuka puasa nanti. Selamat berbuka!

Korang fresh graduan yg tengah cari contoh resume terbaik sebagai rujukan? Jangan risau, Atok kongsikan contoh resume terbaik fresh graduate di sini.

Murid-murid digalakkan menggunakan peribahasa dalam karangan dan exam. Diharap senarai peribahasa dan maksudnya ini membantu korang..

Anak kucing memang comel! Geram jer tengok kan. So, kali ni atok nak share pasal makanan kucing terbaik untuk bulu dan gemuk!

Dalam artikel kali ini Atok akan kongsikan kepada korang ciri ciri negara bangsa kerajaan alam melayu sebelum kedatangan barat..

Leave a Comment

error: Content is protected !!