Petua Hilangkan Batuk Berkahak Dan Gatal Tekak

Bagi korang yang mengalami batuk berkahak dan gatal tekak pasti akan bimbang kerana batuk berkahak tak kunjung hilang walaupun sudah menelan pelbagai jenis ubat. Oleh itu, selain bergantung dengan ubat yang terdapat di klinik-klinik mahupun farmasi, korang juga boleh mengamalkan beberapa tips atau petua hilangkan batuk dan gatal tekak. Justeru, di bawah atok kongsikan serba sedikit tentang petua hilangkan batuk berkahak dan gatal tekak yang boleh korang cuba di rumah.

Petua Hilangkan Batuk Berkahak dan Gatal Tekak

Batuk merupakan salah satu tindak balas semulajadi yang berlaku apabila terdapat bendasing dan kuman yang perlu disingkirkan.

Bukan itu sahaja, batuk ini juga boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira usia muda mahupun tua.

Batuk yang di alami ini juga terjadi di sebabkan beberapa punca seperti jangkitan pada paru-paru yang boleh menyebabkan iritasi pada lapisan dan menyebabkan penghasilan kahak.

Selain itu, sakit asma juga merupakan salah satu punca batuk terjadi dalam kehidupan kita. Hal ini demikian kerana, asma adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan.

Hal ini secara tidak langsung menyebabkan simptom lain berlaku seperti batuk dan nafas berbunyi.

Lebih jelas, berikut ini merupakan beberapa punca terjadinya batuk berkahak dan gatal tekak.

Punca Batuk berkahak

Batuk berkahak juga dikenali sebagai “batuk mengeluarkan dahak”. Batuk berkahak disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya:

  • Infeksi saluran pernafasan seperti influenza, bronkitis, dan pneumonia
  • Alergi seperti asma atau alergi rhinitis
  • Obstruksi saluran nafas seperti tumor atau asap rokok
  • Gastroesofageal reflux disease (GERD)
  • Penyakit jantung dan paru-paru
  • Reaksi terhadap ubat-ubatan tertentu

Selain petua yang diberikan di sini, korang yang selalu mempunyai kahak mungkin boleh cuba pula Petua Hilangkan Kahak Cara Tradisional Yang Korang Kena Cuba ni..

Punca Gatal tekak

Gatal tekak juga kekadang disebut “gatal tenggorokan”. Gatal tekak boleh jadi disebabkan oleh:

  • Infeksi virus atau bakteria
  • Alahan seperti rhinitis alahan atau asma
  • Sinusitis atau infeksi hidung
  • Merokok atau terdedah pada asap rokok
  • Terdedah pada bahan kimia atau pencemaran udara
  • Penyakit tekak seperti faringitis atau laringitis
  • Penggunaan ubat-ubatan

Batuk berkahak dan gatal tekak boleh menjadi tanda-tanda atau gejala penyakit. Tetapi biasanya tidak serius. Berkaitan dengan punca dan tahap keparahan, kedua-dua keadaan ini boleh berbahaya jika tidak dirawat dengan betul.

Tetapi, jika simptom batuk berkahak atau gatal tekak korang masih berlarutan atau disertai dengan gejala lain seperti demam, sesak nafas atau sakit dada. Segera berjumpa doktor. Ini boleh menunjukkan keadaan serius yang memerlukan rawatan segera.

Air Masak

Untuk pengetahuan korang, petua semulajadi yang korang boleh lakukan di rumah sahaja adalah meminum air masak secukupnya.

Petua ini mungkin kelihatan sangat mudah tetapi ianya sangat sukar dilakukan. Namun begitu, ianya membantu korang untuk mengurangkan sakit tekak dan batuk berkahak.

Hal ini dikatakan demikian kerana, batuk yang berlarutan akan mengakibatkan sakit tekak dan gatal tekak yang berpanjangan.

Justeru, jika korang mengamalkan air masak yang mencukupi secara tidak langsung tekak korang tidak akan berasa kering dan gatal sekaligus dapat mengurangkan batuk berkahak yang di alami.

Bukan itu sahaja, apabila korang meminum air masak yang mencukupi, kahak yang terdapat pada tekak korang akan mencair sekaligus mengelakkan berlakunya dehidarsi. Oleh itu, ini merupakan salah satu petua hilangkan batuk berkahak dan gatal tekak.

Halia

Seterusnya, petua hilangkan batuk berkahak dan gatal tekak yang boleh korang cuba di rumah ialah dengan menggunakan halia.

Selain halia digunakan sebagai bahan masakan, halia juga berkhasiat dalam membantu membuang kahak dan melegakan serta mengurangkan pedih atau gatal pada tekak.

Apa yang korang perlu lakukan dengan halia adalah korang hanya perlu menggunakan halia untuk dijadikan teh halia dan diminum secara panas atau suam.

Satu lagi cara hilangkan tekak gatal dengan cepat menggunakan halia ini ialah korang campurkan daun pudina ke dalam rendaman air teh halia korang. Ia akan membantu hilangkan gatal tekak dengan lebih pantas. InsyaAllah.

Selain pudina, korang juga boleh mencampurkan sedikit madu untuk menambahkan rasa pada teh halia yang dibuat dan pastikan korang meminum air teh halia ini dua kali sehari. Kebiasaanya ialah setiap pagi dan malam.

Air Asam Jawa

Selanjutnya, korang juga boleh menggunakan asam jawa sebagai petua untuk hilangkan batuk berkahak dan gatal tekak.

Apa yang korang perlu lakukan adalah korang perlu mencampurkan dua sudu asam jawa ke dalam segelas air suam.

Kemudian kacau hingga sebati dan tapiskan air asam jawa tersebut untuk membuang biji dan seratnya.

Air asam jawa ini sangat membantu korang untuk melegakan tekak yang gatal dan pedih sekaligus dapat menyejukkan badan yang panas.

Pastikan korang meminum air asam jawa ini dua kali sehari untuk kesan yang lebih baik. Bagi korang yang tiada masa untuk membuat air asam jawa ini di rumah, korang boleh sahaja membelinya di kedai-kedai.

Madu campur lemon

Satu lagi, petua ni memang jadi amalan atok. Madu campur lemon. Atok memang banyak bekalan madu di rumah. Beli direct dengan penternak. Dijamin halal, tanpa was-was. Tidak ditambah air mahu pun gula.

Bila rasa tekak macam dah mula nak gatal. Atok masukkan beberapa hiris lemon ke dalam gelas dan tambah tiga sudu madu. Kemudian, tuang air suam sampai penuh. Kacau dan minum seperti biasa. Dua kali sehari. Pagi sebelum sarapan sekali dan segelas lagi sebelum tidur.

Bagi korang yang merokok, kurangkan sedikit rokok tu dalam tempoh amalan ni. InsyaAllah kahak akan jauh berkurangan. Selesema yang ringan pun boleh tak jadi, kalau kena gayanya.

Kesimpulannya, di atas ini merupakan beberapa petua hilangkan batuk berkahak dan gatal tekak yang boleh diamalkan dan dilakukan di rumah bagi korang yang mempunyai gejala-gejala berikut.

Namun begitu, korang juga perlu berjumpa dengan doktor sekiranya gejala-gejala yang korang alami ini semakin teruk walaupun korang sudah mengamalkan rawatan secara tradisional di rumah bagi menghilangkan batuk berkahak dan gatal tekak.

Rujukan Lain

Baru pas duduk temuduga SPA minggu lepas? Berdebar menanti keputusan? Kurangkan rasa gementar korang dan baca tanda lulus temuduga kerajaan ini.

Cuti adalah hak korang. Korang perlu tahu mengenainya. Kali ini, atok akan bincangkan jenis-jenis cuti pekerja swasta mengikut Akta Kerja 1955.

Mandi wajib dilaksanakan untuk membersihkan atau mensucikan diri daripada najis hadas besar. Korang ingat tak cara mandi wajib dengan betul?

Bagi korang yang ingat-ingat lupa cara pengiraan zakat pendapatan, artikel ini akan menunjukkan bagaimana cara kira zakat pendapatan dengan tepat..

Anak dah masuk tahun 4 tapi masih tak hafal-hafal sifir? Sebagai ibubapa, korang pasti risau. Di sini ada dibincangkan beberapa cara mudah hafal sifir..

Anak dah nak masuk tahun 3 tapi hanya menguasai kemahiran menulis dan mengira tetapi tidak untuk kemahiran membaca? Atok kongsikan beberapa cara nak ajar anak membaca..

Ramai pemilik kereta yang mengalami nasib warna kereta putih berubah menjadi kekuningan. Jom baca tips penjagaan kereta warna putih yg korang boleh cuba buat sendiri..

Ramai anak muda yg jarang ikut solat jenazah. Jadi, bagi yg nak belajar tu, atok kongsikan di sini cara dan panduan solat jenazah JAKIM.

Sebelum beli iPhone, cuba kena cek dahulu. Jadi, artikel ini Baca cara check iPhone original atau refurbish bagi korang dah terbeli atau bakal beli..

Leave a Comment

error: Content is protected !!