atokpencen.com merupakan sebuah blog berkaitan kerjaya yang atok da sira dengan cili. Bukan cili boh tapi cili warna putih yang pedas tu. Atok pun tak tahu apa ke namanya. Atok ni bukannya tahu masak, nenek korang yang pandai. Blog atokpencen.com ni ialah platform perkongsian infomasi daripada atok sendiri. Kalau nak kira, atok memang malas nak kongsi apa-apa dengan korang tapi sebab atok sayangkan korang semua maka atok isi juga la masa lapang dengan menulis di sini. Sambil-sambil tunggu nenek siap masak.
Secara ringkasnya, topik yang akan atok cover dalam blog atokpencen.com ini hanya 3 sahaja iaitu:
Topik 1: Tips exam online
Yg ni atok bahagikan kepada tiga bahagian utama:
a) Seksyen Pengetahuan Am
b) Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah
c) Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris
Topik 2: Tips ujian psikometrik
2) Panduan ujian psikometrik SPA
Topik 3: Tips temuduga SPA
Sila ambil perhatian, korang jangan cedok bulat-bulat semua yang atok cakap dalam blog atokpencen.com ni pula. Boleh jadi atok salah. Atok mengaku. Jadi korang jangan salahkan atok pula atas sebarang kerugian, kerosakan, kehilangan atau apa-apa jua liabiliti yang korang tanggung selepas menerima bulat-bulat apa yang atok kongsikan atau terbeli produk yang atok syorkan.
Memang la atok pastikan hanya produk berguna dan berkualiti yang atok suruh korang beli. Biasanya panduan dan rujukan khusus untuk exam online, psikometrik dan temuduga. Takdenya atok nak suruh korang beli game atau suruh korang masuk skim cepat kaya. Tapi pinta atok, tolong jangan bergantung sepenuhnya kepada panduan dan rujukan tersebut sahaja. Ia memang cukup, tapi tidak memadai.
Satu lagi pesanan atok, jangan berhenti belajar. Jangan ingat korang da ada diploma ke degree ke maka tugas belajar sudah selesai. Kalau korang nak berjaya, kena rajin study perkara baharu. Katakan korang nak duduk exam online Juruaudit W41, korang hengat silibus dia sama ka dengan sukatan sewaktu ambil exam degree dulu? Tak sama bhai..
Kena belajar semula. Kena tahu apa tugas hakiki, dimana korang bakal ditugaskan dan berapa gaji. Korang kalau bab gaji memang pantas.. Dah dapat gaji esok jangan berhutang tak ingat dunia pula. Personal loan, hutang keta, kad kredit bla bla..
Alih-alih da paras hidung. Last-last nak beli rumah pun dah tak mampu. Yang lemas korang, bukan atok. Atok da kaya. Atok ingatkan jer.
Balik semula ke exam online tu, sebab korang pun belum lulus lagi. So jangan nak berangan beli keta Honda City dulu. Selain soalan asas berkaitan tugas, exam online by SPA juga mahu menguji kemahiran pengiraan dan bahasa Inggeris. Banyak gila kot soalan pengiraan dia. Atok memang muntah ijo kalau bab-bab nombor ni. Tanpa berfikir panjang, atok akan escape (ponteng kelas) sewaktu mudi mudi dahulu bila tengok cikgu Math dan otw. Bebulu atok nengoknya. Dah la gemok. Hahaha..
Akhirul kalam, atok doakan korang semua berjaya dalam exam online, ujian psikometrik dan seterusnya temuduga yang bakal dihadiri kelak. SPA ni bukan kita boleh ramal, beberapa tahun lepas menantang Psikometrik ni belum wujud lagi. Jadi apa-apa hal terkini mengenai perkembangan SPA atok akan update dlm blog atokpencen.com ni.
Awal-awal atok nak minta maaf ye sebab atok ni kadang kalau gurau memang kasar sikit. Jadi sepanjang masa korang layari blog atokpencen.com ni, korang akan jumpa banyak sindirian sinis, kata-kata nasihat dan sebagainya. Pesan atok, korang hadap ja la..
Nota: Sebelum korang menggunakan apa-apa maklumat daripada blog atokpencen.com ni. Dan sebelum korang ambil bulat-bulat apa yang atok tulis. Korang kena baca dahulu Privacy Policy atau Dasar Privasi blog AtokPencen.com ni. Atok tak mahu korang salahkan atok di kemudian hari.
Nota lagi: Bagi yang ada pertanyaan atau ada sebarang cadangan, korang boleh menggunakan bebrapa saluran yang disediakan untuk menghubungi atok di sini.