Buat masa ini, terdapat dua jawatan kosong polis 2023. Jawatan kosong Polis Diraja Malaysia yang sedang dibuka untuk permohonan pada ketika ini ialah Sarjan Polis Gred YA5 (Lelaki / Wanita) dan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki / Wanita).
Nota Penting: Sebelum itu, bagi yg terpilih ke sesi temuduga Polis utk ambilan di Jabatan Polis Diraja Malaysia yg dijadualkan dalam bulan Mei ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan lazim temuduga utk jawatan ni boleh anda baca di contoh soalan temuduga Polis ini.
Sila baca maklumat di bawah:
Pengambilan Jawatan Sarjan Polis Gred YA5 (Lelaki / Wanita) Tahun 2023
Gaji dan Elaun Sarjan Polis Gred YA5
- Gaji Gaji Minimum – RM 1,930.00
- Gaji Maksimum – RM 5,801.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM 150.00
- Elaun Tetap Perumahan : RM 300
- Elaun Cola : RM100 – RM 350
- Elaun Khidmat Awam : RM 115
- Elaun Khas PDRM : RM 200
- Elaun Seragam PRP/ Konstabel : RM 690
- Elaun Kasut : RM 300
Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima.
Syarat Kelayakan Sarjan Polis Gred YA5
- Warganegara Malaysia,
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 28 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Akademik
- Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan, undang-undang, kejuruteraan, pengajian islam atau dalam bidang-bidang yang diperlukan dan diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, dan
- Kepujian Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Fizikal
- Tinggi sekurang-kurangnya 163sm (lelaki) dan 157sm (wanita)
- Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan 48kg (wanita)
- Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) ai antara julat 19 hingga 26
- Ukuran lilit dada sekurang-kurangnya 81sm (biasa) dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kanan dan kiri yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan alat bantuan penglihatan
- Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan berdaftar
Diskripsi tugas Sarjan Polis Gred YA5
Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di:
- Jabatan Pengurusan
- Cawangan Khas
- Jabatan Siasatan Jenayah
- Jabatan Keselatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
- Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
- Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
- Jabatan Logistik dan Teknologi
- Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard
- Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
- Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.
Tempoh Permohonan Jawatan Kosong Sarjan Polis Gred YA5
- 27 Disember 2022 – 09 Januari 2023
Taraf Jawatan dan Klasifikasi Perkhidmatan Sarjan Polis Gred YA5
- Taraf Jawatan: Tetap
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Cara Memohon
Rujuk di bawah. Ada diterangkan di dalam post ini..
Pengambilan Jawatan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki / Wanita) Tahun 2023
Gaji dan Elaun Konstabel Polis Gred YT1
- Gaji Gaji Minimum – RM 1,220.00
- Gaji Maksimum – RM 2,748.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM 85.00
- Elaun Tetap Perumahan : RM 350
- Elaun Cola : RM100 – RM 350
- Elaun Khidmat Awam : RM 95
- Elaun Khas PDRM : RM 200
- Elaun Seragam PRP/ Konstabel : RM 690
- Elaun Kasut : RM 300
Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima.
Syarat Kelayakan Konstabel Polis Gred YT1
- Warganegara Malaysia,
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 28 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Akademik
- Lulus Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YT1: RM1,220.00]; dan
Bagi calon PMR : Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan Lulus empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D.
Misalnya, jika korang perolehi keputusan PMR minimum seperti berikut:
Mata Pelajaran | Kelulusan Minimum |
---|---|
Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu | ‘C’ |
Matematik | ‘D’ |
Sains | ‘D’ |
Pendidikan Islam | ‘D’ |
Bahasa Inggeris | ‘D’ |
Sejarah | ‘D’ |
Bagi calon PT3 : Kepujian dalam Bahasa Melayu Ujian Bertulis dan Bahasa Melayu (Lisan) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred E.
Misalnya, jika korang perolehi keputusan PT3 minimum seperti berikut:
Mata Pelajaran | Kelulusan Minimum |
---|---|
Bahasa Melayu Ujian Bertulis & Bahasa Melayu (Lisan) | ‘C’ |
Matematik | ‘E’ |
Sains | ‘E’ |
Pendidikan Islam | ‘E’ |
Bahasa Inggeris | ‘E’ |
Sejarah | ‘E’ |
Fizikal
- Tinggi sekurang-kurangnya 163sm (lelaki) dan 157sm (wanita)
- Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan 48kg (wanita)
- Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) ai antara julat 19 hingga 26
- Ukuran lilit dada sekurang-kurangnya 81sm (biasa) dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kanan dan kiri yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan alat bantuan penglihatan
- Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan berdaftar
Diskripsi tugas Konstabel Polis Gred YT1
Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di:
- Jabatan Pengurusan
- Cawangan Khas
- Jabatan Siasatan Jenayah
- Jabatan Keselatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
- Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
- Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
- Jabatan Logistik dan Teknologi
- Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard
- Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
- Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.
Tempoh Permohonan Jawatan Kosong Konstabel Polis Gred YT1
- 12 Januari 2023 – 25 Januari 2023
Taraf Jawatan dan Klasifikasi Perkhidmatan Konstabel Polis Gred YT1
- Taraf Jawatan: Tetap
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Perhatian:
- Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat akan menyebabkan permohonan tidak diproses.
- Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui portal rasmi PDRM di:
https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/
Cara Daftar e-PENGAMBILAN PDRM
Berikut adalah cara daftar e-PENGAMBILAN PDRM bagi membuat pendaftaran online untuk memohon kedua-dua jawatan Polis di atas:
- Masuk ke laman web https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.
- Klik pada butang ‘Pendaftaran Baru’.
- Isikan semua maklumat diperlukan dan klik pada butang ‘Serah’.
- Tunggu dan semak e-mel korang untuk mengaktifkan akaun.
- Sekiranya tiada e-mel diterima, buka semula laman e-Pengambilan PRDM dan klik pada pautan ‘Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID’ untuk tujuan pengaktifan akaun.
- Sekiranya korang lupa Password, klik pada pautan ‘Lupa Kata Laluan’.
- Sekiranya tiada e-mel diterima untuk Password baru, klik pada pautan ‘Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan’.
Setelah korang selesai mendaftar sebagai pengguna di dalam sistem e-PENGAMBILAN PDRM, langkah seterusnya ialah log masuk dan mengisi borang permohonan. Ini adalah langkah yang penting.
Ikuti langkah-langkah di bawah:
Cara Log Masuk e-PENGAMBILAN PDRM Dan Cara Mengisi Borang Permohonan
- Isikan ID Pengguna dan Kata Laluan dan ketik butang ‘Log Masuk’.
- Klik pada tab Maklumat Peribadi, maklumat data peribadi dengan tanda bintang (*) adalah input wajib. Wajib isi. Klik pada butang ‘Simpan’ sebelum ke langkah seterusnya.
- Dalam tab Keluarga, isi semuanya dan klik butang ‘Simpan’.
- Dalam tab Akademik, isi maklumat SPM dan PT3/PMR dengan tepat dan klik butang ‘Simpan’.
- Dalam tab Ko-Kurikulum, isi sekurang-kurangnya satu aktiviti Ko-Kurikulum dan klik butang ‘Simpan’.
Setelah selesai langkah-langkah di atas, sekarang barulah korang boleh hantar borang permohonan jawatan kosong polis 2023.
Follow step-step berikut:
Cara Permohonan Jawatan Polis Melalui e-PENGAMBILAN PDRM
- Ketik pada menu Permohonan Polis > Permohonan Baru.
- Sila pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum adalah betul yang kita isi dalam langkah di atas adalah lengkap dan tepat.
- Dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan sama ada Sarjan Gred YA5 atau Konstabel Gred YT1.
- Klik pada butang ‘Simpan’.
- Dalam tab Pengakuan, pastikan korang tick atau pilih setiap pengakuan pemohon.
- Dalam tab Pengesahan, sekiranya borang dah dihantar, korang sudah tidak boleh kemaskini. Oleh itu, korang perlu memastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.
- Klik pada butang ‘Hantar Borang’ untuk menghantar permohonan online.
Setelah korang menghantar permohonan online ini, lebih kurang sebulan atau dua bulan selepas tarikh tutup permohonan iklan jawatan kosong polis 2023, korang dah boleh semak status keputusan. Lulus ke gagal kan..
Ikut langkah membuat semakan status permohonan di e-PENGAMBILAN PDRM ini:
Cara Semakan Status Permohonan e-PENGAMBILAN PDRM
- Macam biasa, korang pergi ke pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/
- Masukkan No.KP Baru tanpa dash (-) dan masukan Kata Laluan. Klik butang ‘Log masuk’.
- Klik di ‘Semak Status Permohonan’ dan ketik ‘Semak’.
- Status Pengambilan akan dipaparkan.
- Jika berjaya, korang cetak surat panggilan tersebut.
- Kalau gagal, cuba lagi tahun depan.
Talian Hayat
Sekiranya korang ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai permohonan jawatan kosong polis boleh hubungi talian bantuan di 03-22668348 atau 03-22668350 atau 03-22668351.
So, demikianlah perkongsian dua iklan jawatan kosong polis 20233 dan cara memohon secara online melalui sistem e-PENGAMBILAN PDRM yg kongsikan kali ini. Mudah-mudahan ia membantu korang hendaknya.
Apa itu PDRM?
Sebagai seorang bakal anggota polis, korang kena la tahu apa itu PDRM..
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan pasukan polis Malaysia yang beribu pejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Pasukan beruniform ini adalah agak unik berbanding pasukan negara lain. Ini kerana PDRM adalah terpusat, iaitu segala bentuk perkhidmatan kepolisan dari tugas am ke perisikan adalah di bawah bidang kuasanya.
Ketua Polis Negara (PKN) pada masa ini disandang oleh Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Timbalan Ketua Polis Negara pula disandang oleh Tan Sri Dato’ Razarudin Husain.
PDRM turut dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Simpanan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Selain itu, Rakan Cop ialah program komuniti yang sudah dilancarkan pada tahun 2006 bertujuan membantu membenteras jenayah dengan info dan maklumat daripada masyarakat awam.
Anggota Sang Saka Biru juga turut mengadakan kerjasama dengan pasukan keselamatan negara jiran iaitu Kepolisian Negara Republik Indonesia, Polis Diraja Thailand, Polis Diraja Brunei, Pasukan Polis Singapura, Polis Kebangsaan Filipina, dan Keselamatan Awam Rakyat Vietnam.
Selamat memohon dan semoga berjaya.
Rujukan Lain
Di sini atok kongsikan senarai cuti umum Selangor 2023. Semoga perkongsian cuti umum Negeri Selangor bagi Tahun 2023 ini membantu korang hendaknya.
Bagi individu yg tinggal di Selangor dan nak ambil lesen memandu, korang semak senarai pusat latihan memandu di Selangor di sini. Selamat belajar..
Bagi pesara atau ahli keluarga pastinya ingin mengetahui jadual tarikh bayaran pencen 2023 pesara kerajaan bukan? Jadi, mari lihat di sini..
Korang ragu-ragu kehalalan sesuatu produk? Logo halal ada tapi belum tentu ada sijilnya. Jom baca tiga cara semak status halal JAKIM online..
Tak dpt tido malam sebab anak demam selsema? Baca dulu beberapa cara sembuhkan selsema bayi yang boleh ibu bapa lakukan. Mudah-mudahan berkesan..
Bagi korang yang ingin mengetahui di manakah Pusat Latihan Polis berada selain di Kuala Lumpur, ini dia beberapa senarai PULAPOL di Malaysia..
Bagi korang yang ingin mengetahui harga renew lesen memandu 2023, kali ini dikongsikan harga renew lesen dan dokumen yg perlu dibawa ke kaunter.
Di sini atok kongsikan senarai cuti umum Kelantan 2023. Semoga perkongsian cuti umum Negeri Kelantan bagi Tahun 2023 ini membantu korang hendaknya.
Saya ingin sekolah polis
Kena lulus ujian kemasukan polis dahulu. Didoakan semoga Jacquelina berjaya menjadi seorang polis.