Jadual Bayaran Pencen JHEV 2025

Di bawah, atok kongsikan jadual bayaran pencen JHEV 2025. Jadual bayaran pencen ATM 2025 ini adalah berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran, Angkata Tentera Malaysia (ATM) di portal rasmi mereka. InsyaAllah dengan perancangan yg betul dan penggunaan yg berhemat, duit pencen ATM tu boleh bertahan sehingga bayaran JHEV seterusnya masuk.

Jadual Bayaran Pencen JHEV 2025

Sebelum itu, bagi veteran ATM yang ingin mendapatkan penyata pencen JHEV untuk tahun ini, penyata pencen JHEV boleh diperolehi secara online di pautan penyata JHEV ini. Korang perlu mendaftar semula bagi mendapatkan penyata pencen berkenaan.

Jadual Bayaran pencen ATM 2025

Oleh itu, berikut merupakan tarikh-tarikh pembayaran pencen ATM bagi sepanjang tahun 2025 ini.

BULANTARIKH BAYARANHARI
JanuariJanuari 17, 2025Jumaat
FebruariFebruari 19, 2025Rabu
MacMac 21, 2025Jumaat
AprilApril 18, 2025Jumaat
MeiMei 21, 2025Rabu
JunJun 20, 2025Jumaat
JulaiJulai 18, 2025Jumaat
OgosOgos 20, 2025Rabu
SeptemberSeptember 19, 2025Jumaat
OktoberOktober 15, 2025Rabu
NovemberNovember 19, 2025Rabu
DisemberDisember 17, 2025Rabu

Nota: Sekiranya jadual bayaran pencen JHEV 2025 di atas ‘crash‘ di paparan mobile atau smartphone korang, boleh rujuk jadual bayaran pencen JHEV 2025 dalam format gambar atau jpg di bawah.

Jadual Bayaran Pencen JHEV ATM 2025

Bayaran pencen tentera 2025 bagi Januari

Pada bulan Januari iaitu 15/01/2025 adalah hari pembayaran JHEV dan ianya jatuh pada hari Jumaat. Pembayaran JHEV pada bulan Januari telah diawalkan sedikit disebabkan pada bulan Januari walaupun tiada sambutan atau perayaan pada bulan ini.

Bayaran pencen tentera 2025 bagi Februari dan Mac

Pada bulan Februari, tarikh pembayaran JHEV dijadualkan pada 19/02/2025 iaitu bersamaan hari Rabu.

Seterusnya, pada bulan Mac pula, tarikh pembayaran JHEV ATM turut dibayar pada 21/03/2025 iaitu pada hari Jumaat. Bagi bulan Februari dan Mac, kedua-dua pembayaran JHEV akan dibuat pada tarikh standard.

Bayaran pencen askar 2025 bagi April dan Mei

Pada 18/04/2025 iaitu hari Jumaat adalah tarikh dan hari yang dikeluarkan untuk pembayaran JHEV pada April. Tarikh pembayaran ini juga diawalkan daripada kebiasaannya kerana pada bulan April terdapat cuti umum yang diberikan.

Seterusnya, pada bulan Mei pula pembayaran JHEV akan dibuat pada 21/05/2025 iaitu pada hari Rabu. Pembayaran faedah JHEV pada bulan Mei sama seperti kebiasaannya walaupun terdapat pesta Kaamatan pada hari Selasa dan Rabu kerana sambutan tersebut akan diraikan pada 30 dan 31 Mei selepas tarikh biasa pembayaran JHEV.

Bayaran pencen askar 2025 bagi Jun hingga November

Jadual bayaran pencen JHEV 2025 untuk bulan Jun akan diberikan pada 20/06/2025 (hari Jumaat), manakala bagi bulan Julai pula ialah pada 18/07/2025 (Jumaat). Sementara, untuk Ogos ialah 20/08/2025 (Rabu) dan bulan September ialah pada 19/09/2025 yakni bersamaan hari Jumaat.

Oktober dan November pula masing-masing pembayaran JHEV ialah pada 15/10/2025 (Rabu) dan 19/11/2025 yakni jatuh pada hari Rabu. Walaupun pada bulan Jun, Julai dan November terdapat beberapa perayaan istimewa namun tarikh-tarikh bagi perayaan berikut adalah selepas ataupun sebelum tarikh kebiasaan bayaran JHEV dikeluarkan.

Bayaran Pencen JHEV Disember

Pada bulan Disember, tarikh pembayaran JHEV bagi penerima faedah diawalkan pada 17/12/2025 iaitu pada hari Rabu kerana pada bulan tersebut terdapat perayaan hari Krismas yang jatuh pada 25 Disember 2025.

Jadi itulah dia, jadual bayaran pencen JHEV 2025 yang telah ditetapkan berdasarkan jadual rasmi yang dikeluarkan oleh pihak JHEV sendiri di laman sesawangnya.

Ada di antara pembayaran JHEV ini yang diawalkan agar veteran tentera dapat membuat persiapan untuk menyambut perayaan masing-masing.

Apa itu JHEV?

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM atau JHEV telah ditubuhkan pada 11 Oktober, 2000. Jabatan ini telah diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Pertahanan Malaysia. Jabatan telah memulakan operasi secara rasminya pada 1 Januari 2001 di lokasi di Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Objektif utama Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM ini adalah untuk membantu para pesara Angkatan Tentera Malaysia dalam meningkatkan taraf sosioekonomi setelah menamatkan perkhidmatan dalam ATM. Seterusnya, menggubal dasar bagi melindungi kepentingan di samping mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan kebajikan Veteran ATM, merancang dan melaksanakan Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan JHEV dan beberapa objektif lagi.

Kehilangan Kad Bekas Tentera (KBT)

Sagi veteran tentera yang kehilangan Kad Veteran. Sila ikuti langkah berikut:

Mula-mula sekali, kena buat laporan kehilangan Kad Bekas Tentera di balai polis berhampiran.

Seterusnya, isi borang permohonan Kad Veteran yang boleh diperolehi dari JHEV negeri yang berdekatan atau boleh muat turun Borang Permohonan KV di sini.

Sila majukan borang berkenaan bersama-sama dengan:

  • Laporan polis
  • Salinan buku perkhidmatan
  • Salinan kad pengenalan anda dan pasangan
  • Salinan sijil nikah
  • Sekeping gambar berukuran pasport

Hantarkan borang beserta dokumen di atas ke JHEV Negeri atau terus ke JHEV ATM untuk tindakan selanjutnya.

Sekiranya ada kemusykilan / pertanyaan sila berhubung terus dengan Staf Unit Kad Bekas Tentera di talian 03-20508111.

Beberapa Soalan Lazim Mengenai Pencen JHEV

Adakah perlu menyertakan salinan Buku Rekod Perkhidmatan semasa memohon tuntutan bayaran balik perubatan?

Untuk permohonan pertama kali, salinan Buku Rekod Perkhidmatan adalah diperlukan untuk tujuan mengemaskini maklumat korang ke dalam sistem JHEV. Walaupun begitu, permohonan tuntutan bayaran balik perubatan tetap akan diproses walaupun tiada salinan buku rekod perkhidmatan jika korang adalah veteran berpencen.

Apakah Faedah Hilang Upaya

Faedah Hilang Upaya adalah bayaran yang dibuat kepada anggota tentera yang mendapat kecederaan kekal semasa di dalam perkhidmatan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Hilang Upaya itu diperkaitkan dengan tugas.
  • Hilang Upaya diperakui oleh Lembaga Perubatan dan Lembaga Penentuan Sebab (LPS)
  • Faedah ini terhenti apabila penerima meninggal dunia.
  • Faedah ini berasaskan kepada peratus Hilang Upaya yang ditentukan oleh Lembaga Penentuan Sebab (LPS).

Penerima juga layak menerima faedah yang dibayar bawah Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982 tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan.

Apakah faedah kematian yang diberikan kepada orang tanggungan, sekiranya Veteran ATM meninggal dunia?

Veteran ATM berpencen meninggal dunia

Sekiranya Veteran ATM yang sedang menerima pencen perkhidmatan meninggal dunia, orang tanggungannya boleh dibayar:

  • Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Veteran Berpencen
  • Pencen Terbitan

Veteran ATM tidak berpencen meninggal dunia

Yayasan Veteran ATM menyediakan bantuan kewangan kepada waris yang layak bagi mengurangkan beban kewangan menguruskan jenazah Veteran yang meninggal dunia:

  • Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Veteran Tidak Berpencen

Rujukan Lain

Jadual tarikh bayaran PERKESO 2025 ini adalah berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh pihak PERKESO di portal rasmi mereka. Moga bermanfaat..

Di sini atok kongsikan senarai cuti umum Kelantan 2025. Semoga perkongsian cuti umum Negeri Kelantan bagi Tahun 2025 ini membantu korang hendaknya.

Dah lama korang tak puasa kan? Niat pun dah hampir terlupa. Jadi kali ini kita nak ulangkaji sikit lafaz niat puasa ramadhan sebulan penuh dan sehari..

Sebagai rakyat Malaysia, ketahuilah oleh mu akan intipati-intipati bajet 2025 ini. Termasuk bajet 2025 penjawat awam, bajet 2025 b40 dan lain-lain..

Baca 5 cara melegakan batuk bayi bagi ibu bapa yang agak sibuk atau menghadapi sebarang masalah untuk membawa bayi ke klinik. Penting untuk diketahui..

Bagi korang yang ingin mempelajari format surat kiriman rasmi, berikut merupakan surat kiriman rasmi format dan contoh. Moga berguna..

Musim-musim hujan ni, banyak kawasan yg berpotensi dinaiki banjir. Bagaimana cara cek kawasan banjir? Bagaimana pula cara semak aras air? Baca sini..

Nak sambung belajar? Atok akan pecahkan perbezaan tingkatan 6, matrikulasi dan diploma berdasarkan beberapa kriteria. Moga membantu korang memilih..

Leave a Comment

error: Content is protected !!