Gaji Kasar Dan Gaji Bersih

Gaji Kasar Dan Gaji Bersih

Tidak semua mengetahui apa itu gaji kasar dan gaji bersih serta perbezaan antara kedua-dua terma gaji tersebut.

Hal ini demikian kerana, kedua-dua maksud gaji tersebut adalah berbeza. Dan bagi korang yang baru mula bekerja perlulah mengetahui terlebih dahulu apa itu gaji bersih, gaji kasar dan juga gaji pokok.

Kali ni kita belajar apa maksud gaji bersih, gaji kasar, gaji pokok & perbezaan yang perlu korang ketahui.

Berikut merupakan maksud gaji bersih, gaji kasar dan juga gaji pokok yang perlu korang ketahui.

Maksud gaji bersih

Gaji bersih ialah jumlah wang yang benar-benar masuk ke akaun bank korang selepas semua potongan seperti KWSP, SOCSO, cukai pendapatan, dan lain-lain telah ditolak. Ia adalah pendapatan sebenar yang boleh digunakan untuk perbelanjaan harian, simpanan, atau pelaburan.

Sebagai contoh, jika gaji kasar korang RM3,500 tetapi selepas potongan KWSP (11%) dan cukai pendapatan, korang hanya menerima RM3,100! Inilah gaji bersih korang.

Menariknya, memahami gaji bersih membantu korang merancang kewangan dengan lebih bijak. Korang boleh mengira bajet bulanan, menetapkan simpanan, dan mengelakkan kejutan apabila melihat jumlah yang masuk ke akaun bank.

Maksud gaji kasar

Gaji kasar merujuk kepada jumlah keseluruhan pendapatan seseorang sebelum sebarang potongan seperti KWSP, SOCSO, cukai pendapatan, atau lain-lain pemotongan dilakukan. Ia termasuk gaji pokok serta elaun tetap seperti elaun perjalanan, elaun perumahan, dan bayaran lebih masa (OT).

Sebagai contoh, jika seseorang pekerja mempunyai gaji pokok sebanyak RM3,000 dan menerima elaun sebanyak RM500, maka gaji kasarnya adalah RM3,500.

Gaji kasar sering digunakan dalam iklan pekerjaan kerana ia memberikan gambaran jumlah pendapatan sebelum potongan. Nampak besar dan lumayan la kan..

Maksud gaji pokok

Gaji pokok merujuk kepada jumlah asas yang dibayar kepada pekerja sebelum sebarang elaun, bonus, atau potongan dikenakan. Ia adalah bayaran tetap yang ditetapkan dalam kontrak pekerjaan dan menjadi asas kepada pengiraan faedah seperti KWSP dan SOCSO.

Sebagai contoh, jika seseorang pekerja menerima gaji kasar sebanyak RM3,500, yang termasuk elaun pengangkutan dan bonus prestasi, gaji pokoknya mungkin hanya RM2,700 kerana ia tidak mengambil kira elaun atau insentif tambahan.

Gaji pokok juga memainkan peranan penting dalam menentukan bayaran lebih masa dan faedah pencen. Dalam konteks undang-undang buruh, Akta Kerja 1955 menetapkan bahawa majikan tidak boleh mengurangkan gaji pokok tanpa persetujuan bertulis daripada pekerja.

Perbezaannya antara ketiganya

Setelah korang mengetahui maksud-maksud bagi gaji bersih, gaji kasar dan gaji pokok, kini korang perlu ketahui apakah perbezaan bagi ketiga-tiga gaji tersebut.

  • Gaji kasar = gaji asas + elaun tambahan jika ada
  • Gaji bersih = gaji asas + elaun tambahan jika ada – potongan
  • Gaji pokok = gaji asas sahaja

Inilah perbezaan yang korang perlu tahu untuk ketiga-tiganya.

Oleh itu, diharapkan perkongsian ini dapat membantu korang lebih mengenali apa itu gaji bersih, gaji kasar dan gaji pokok.

Info-info Lain

Nak beli kereta baru? Lagi-lagi kereta Myvi baru 2025 ni. Jadi, hari ni Atok akan kongsikan untuk korang harga myvi baru dan bayaran bulanan..

Senarai ini mungkin sesuai dan dapat membantu korang memilih hadiah untuk kawan perempuan korang. Ada 20 idea bajet di sini..

Dalam artikel ini Atok kongsikan mengenai cara korang buat semakan cukai tanah Selangor melalui kad pengenalan sahaja. Diharap membantu..

Topik yang akan dibincangkan kali ini mengenai ciri-ciri pelajar cemerlang untuk kegunaan karangan dan ulasan korang. Jangan tiru bulat-bulat pula..

Artikel ini berkaitan petua turunkan darah tinggi yang confirm berkesan, khas kepada mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi..

Loan aku ni lepas tak? Rekod CCRIS clear ke? So, hari ini Atok akan kongsikan kepada korang cara semak CCRIS online percuma. Jom baca..

Bagi ibu-ibu yg baru pertama kali bersalin, belum ada pengalaman. Jom baca beberapa tanda-tanda nak bersalin (dan dah perlu ke hospital) yang perlu diketahui..

Buat medical checkup untuk mengetahui tanda tanda kencing manis atau baca saja di sini tanda tanda kencing manis pada peringkat awal. Agar langkah awal mengatasi dapat dilakukan.

Leave a Comment

error: Content is protected !!