Lepas solat, jangan terus berdiri. Rasulullah SAW tidak mengalakkannya. Walau sesibuk mana pun, walau kena sambung buat kerja lepas solat. Ambil la masa sedikit masa menadah tangan kepada Rabbul Jalil. Masalahnya, tak hafal doa selepas solat yang panjang-panjang? Nak belajar doa selepas solat yang mudah? Atok kongsikan di bawah bacaan doa selepas solat fardhu dalam tulisan rumi beserta maksudnya. Jadi senang korang nak hafal..
Isi Kandungan
Doa adalah satu bentuk ibadah kepada Allah SWT. Berdoa merupakan satu tanda kerendahan diri seorang hamba terhadap Allah SWT. Membaca doa selepas solat merupakan satu cara hidup yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW sebagai satu ibadah.
Doa hendaklah dilakukan secara ikhlas, khusyuk dan penuh tawaduk serta mestilah dilakukan dengan cara yang sesuai dengan syarak.
Adakah korang sedang mencari dan ingin mempelajari bacaan doa selepas solat fardhu? Jangan risau kejap lagi Atok akan kongsikan doa selepas solat fardhu yang korang boleh amalkan.
Bacaan doa selepas solat bukanlah sesuatu yang dilarang, bahkan amalan berdoa amat digalakkan. Ia merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Sebagai seorang hamba, kita bukannya makhluk yang sempurna. Oleh itu, selain daripada menjalankan ibadah solat dengan sesempurna mungkin, kita berdoa memohon keampunan kepada maha pencipta. Moga-moga diperkenankan.
Berikut 5 doa selepas solat rumi dan maksudnya..
1. Baca tahmid memuji Allah SWT
الحمد هلل رب العالمين
Rumi: Alhamdulillahi Rabbil alamin.
Maksudnya: Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
2. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
وَالصَّلَاةُ وَالسَّلامُ عَلَى أَشْرَفْ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Rumi: Wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiya iwal mursalin wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma ‘in.
Maksudnya: “Semoga selawat serta salam keatas junjungan Nabi dan Rasul termulis serta keluarga dan sahabat-sahabatnya.
3. Doa selepas solat fardhu yang pertama
اللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنّا صَلَاتَنَا وَصِيَا مَنَا وَرُكُو عَنَا وَسُجُوْدَنَا وَقُعُوْدَنَا وَتَضَرُّ عَنَا وَتَخَشُوْ عَنَا وَتَعَبُّدَنَا وَتَمَمْ تَقْصِيْرَ نَا يَا اللَّهُ يَا رَبَّ الْعَا لَمِيْنَ
Rumi: Allahumma Rabbana Taqobbal minna solatana wa siayamana wa ruku ‘ana wa sujudana wa qu ‘udana wa tadhorru ‘ana wa takhoshu ‘ana wa ta ‘abbudana wa tammim taqsirona ya Allah Ya rabbal alamin.
Maksudnya: Ya Allah, terimalah solat kami, puasa kami,rukuk kami, sujud kami, duduk kami, kerendahdirian kami, kekhusyukan kami, pengabdian kami, dan sempurnakanlah apa yang kami lakukan selama ini, Tuhan sekalian alam.
4. Doa selepas solat fardhu yang kedua
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْ حَمْنَا لَنَكُوْ نَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
Rumi: Rabbana dzolamna anfusana wa illam taghfirlana wa tarhamna lana ku nanna minal khosirin.
Maksudnya: Mereka berkata, Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami telah berbuat zalim kepada diri-diri kami. Dan jika Engkau tidak memberi keampunan kepada kami dan merahmati kami, kami sesungguhnya menjadi termasuk dari golongan orang-orang yang rugi.” (Surah A’raf: ayat 23)
5. Doa selepas solat fardhu yang ketiga
رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا
Rumi: Rabbana wala tahmil ‘alaina Isron kama hamaltahu ‘alallazi namin qoblina.
Maksudnya: Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.
6. Doa selepas solat fardhu yang keempat
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْم الْكَافِرِينَ
Rumi: Robbana af righr ‘alaina sobron wasabbit aqdamana wansurna ‘alal qaumil kafirin.
Maksudnya: Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir (Surah Al-Baqarah: 250)
7. Doa selepas solat fardhu yang kelima
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Rumi: Rabbana atina fiddun ya hasanah wafil akhirati hasanah wa kina ‘azabannar.
Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan dibdunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka. (Surah Al-Baqarah 201).
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi doa-doa selepas solat fardhu yang korang boleh belajar dan amalkan. Tetapi ini adalah yang paling pendek dan ringkas. Memang senang sangat nak ingat.
Antara kelebihan berdoa ialah mendekatkan kita dengan Allah SWT. Di mana, kita bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT sahaja sebagai makhluk. Dengan berdoa juga, kita berharap segala urusan kehidupan di dunia dan akhirat menjadi lebih mudah.
Oleh itu, semoga doa selepas solat yang Atok telah kongsikan ini memudahkan hajat korang untuk berdoa dan beramal kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT mencintai hambanya yang suka berdoa, meminta segala perkara urusan dipermudahkan tidak kiralah urusan yang rumit mahu pun yang mudah. Hatta nak makan yang simple tu pun.
Semoga doa selepas solat yang pendek dan ringkas ini bermanfaat untuk korang.
Rujukan Lain
Bukan bunga ros, bukan bunga orkid dan bukan bukan juga bunga kekwa. Tapi bunga raya bunga kebangsaan bagi negara Malaysia. Baca lebih lanjut..
Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara Malaysia merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum dalam persekutuan Malaysia..
Di sini Atok akan kongsikan kepada korang doa sebelum berbuka puasa ramadhan yang korang boleh amalkan sebelum berbuka puasa nanti. Selamat berbuka!
Korang fresh graduan yg tengah cari contoh resume terbaik sebagai rujukan? Jangan risau, Atok kongsikan contoh resume terbaik fresh graduate di sini.
Murid-murid digalakkan menggunakan peribahasa dalam karangan dan exam. Diharap senarai peribahasa dan maksudnya ini membantu korang..
Anak kucing memang comel! Geram jer tengok kan. So, kali ni atok nak share pasal makanan kucing terbaik untuk bulu dan gemuk!
Korang sakit tekak? Di sini Atok kongsikan untuk korang, 5 petua hilangkan sakit tekak dengan cepat tanpa perlu berjumpa dengan doktor..
Kali ini Atok akan kongsikan tanda tanda mengandung minggu pertama, khas untuk mereka yang mengandung anak pertama. Cuba cek, ada tak?