Cara Naikkan Followers Shopee

Setelah korang membuka kedai shopee pasti korang ingin mendapatkan follower yang ramai, agar ramai bakal pelanggan atau pembeli dapat mengetahui akan kewujudan kedai shopee korang. Ini sekaligus akan meningkatkan jualan korang di Shopee. Oleh itu, di sini akan dibincangkan serba sedikit tentang cara naikkan followers Shopee.

Cara naikkan followers Shopee0

Bagi korang yang baru bermula dalam perniagaan di shopee perlu mengetahui produk-produk yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan atau pembeli agar kedai shopee korang sentiasa laku dan sentiasa menjadi pilihan pelanggan atau pembeli.

Bukan itu sahaja, apabila korang sudah tahu apa yang ingin dijual, kemudian korang perlu mencari pemborong atau pembekal untuk mendapat produk-produk yang ingin dijual ke shopee daripada mereka.

Tahukah korang pada tahun 2015 terdapat 7 buah negara di asia tenggara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan, Filipina dan Vietnam merupakan antara negara yang telah dilancarkan aplikasi shopee. Bukan itu sahaja, shopee merupakan konsep perniagaan C2C iaitu consumer to consumer dan kemudian telah ditukar menjadi business to consumer (B2C).

Untuk makluman korang, lebih 70 penyediaan perkhidmatan kurier di seluruh pasaran memberikan sokongan logistik kepada pelanggannya seperti NinjaVan, Pos Malaysia, Pos Indonesia, J&T Express dan DHL eCommerce telah bekerjasama dengan shopee. Ini merupakan serba sedikit tentang shopee yang perlu korang tahu bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan di shopee.

Pasti ramai yang tertanya-tanya adakah bilangan follower dapat meningkatkan jualan terutama di shopee? Sesetengah peniaga atau penjual yang mempunyai pengalaman dalam perniagaan di shopee berpendapat bahawa bilangan follower boleh dikatakan mampu meningkat atau menaikkan jualan.

Tambahan pula, bagi mereka yang belum mengetahuinya, butang ‘boost’produk merupakan salah satu features yang diberikan kepada setiap penjual oleh shopee. Butang tersebut berfungsi sebagai tempat pelanggan menekan butang tersebut dan shopee akan menayangkan iklan produk korang kepada pelanggan atau pembeli yang berkemungkinan berminat dengan produk tersebut.

Apabila butang tersebut ditekan, bukan sahaja mereka yang berminat sahaja dapat melihat iklan tersebut tetapi follower korang juga akan mendapat melihatnya. Oleh hal yang demikian, itu merupakan antara sebab mengapa follower dapat meningkatkan atau menaikkan jualan di shopee.

Walau bagaimanapun, kita berbalik semula kepada tujuan asal iaitu untuk mengetahui cara naikkan followers Shopee. Terdapat dua cara untuk menaikkan atau menambahkan follower di shopee dan antara cara yang korang boleh cuba adalah pertama follow price dan seterusnya adalah manual following.

Mari kita lihat cara pertama naikkan followers di shopee.

Follow Price

Untuk makluman korang cara naikkan followers Shopee bagi mereka yang baru memulakan perniagaan di shopee ataupun bagi mereka yang sudah lama berniaga di shopee tetapi masih belum mempunyai follower yang ramai bolehlah mengikuti cara ini. Oleh itu, korang boleh menggunakan cara follow price untuk menaikkan atau menambahkan follower di shopee.

Namun pasti korang ingin tahu apa atau bagaimana follow price berfungsi. Untuk pengetahuan korang, follow price adalah cara untuk menaikkan follower dengan memberi diskaun kepada pembeli sekiranya mereka mem-follow kedai shopee korang. Ketika korang menggunakan aplikasi shopee korang akan dapat melihat satu gambar popup yang memaparkan popup follow now dan dari situlah follow price berfungsi.

Bukan itu sahaja, penjual biasanya akan memberikan voucher diskaun Seringgit Malaysia kepada mereka yang mem-follow kedai shopee mereka. Tetapi korang juga tentu ingin tahu apa fungsi voucher seringgit Malaysia diberikan? Untuk pengetahuan korang, setiap seringgit Malaysia tersebut akan ditolak oleh pihak shopee daripada harga setiap produk yang telah terjual.

Sebagai contoh, jika korang menjual produk berharga dua puluh Ringgit Malaysia menggunakan voucher follow price, maka duit yang akan masuk ke dalam akaun korang adalah sebanyak Sembilan belas Ringgit Malaysia.

Jika kita lihat dari peringkat untuk menggunakan cara follow price adalah dengan bermula dengan seller center kemudian terus ke marketing center, kemudian marketing tools dan akhir sekali follow price. Itu merupakan salah satu cara naikkan followers Shopee. Oleh itu, bagi mereka yang ingin naikkan follower digalakkan menggunakan cara tersebut.

Manual Following

Apa itu manual following? Manual following atau dalam bahasa melayunya follow pengguna secara manual adalah di mana ianya merupakan salah satu cara korang follow setiap pembeli menggunakan kaedah manual. Hal ini demikian kerana, untuk manual following, pihak shopee akan memberikan korang kebenaran sebagai penjual untuk mem-follow seramai seratus orang dalam masa dua puluh empat jam.

Namun begitu, bagi sesetengah peniaga atau penjual yang pernah menggunakan cara tesebut merasakan cara begitu agak leceh kerana korang perlu konsisten untuk mem-follow seratus orang pengguna di shopee dalam masa dua puluh empat jam.

Walau bagaimanapun, jika korang mem-follow seratus orang pengguna dalam masa dua puluh empat jam dan setiap hari, belum tentu pengguna-pengguna tersebut akan follow korang semula. Sebagai contohnya, sekiranya korang follow sebanyak tiga puluh pengguna, maka kemungkinan besar yang akan follow back korang hanya separuh daripada tiga puluh pengguna iaitu dalam lima belas orang pengguna bahkan kurang daripada itu.

Oleh kerana itu, manual following ini di anggap agak melecehkan atau menyusahkan namun ini merupakan antara langkah yang mampu menambahkan atau meningkatkan follower. Bagi korang yang merasakan cara ini agak rumit, korang boleh menggunakan cara follow user bedasarkan minat.

Sementara korang menggunakan manual following, korang juga boleh mencuba menggunakan follow user berdasarkan minat kerana ianya mungkin dapat membantu korang menambahkan follower di shopee dengan lebih cepat.

Cara begini sangat mudah untuk korang lakukan iaitu korang hanya perlu membuat sedikit kajian tentang apa yang pesaing korang jual di shopee dan kemudian memastikan jumlah jualan produk pesaing korang juga tinggi. Namun begitu, korang perlu tahu cara atau susunan cara bagaimana mem-follow user berdasarkan minat ini. Korang perlu pergi ke shop kemudian all product, seterusnya tukarkan url kepada followers.

Sebagai contoh taip kasut di kotak carian shopee kemudian klik di mana-mana produk kasut yang korang suka. Setelah itu korang perlu mengklik ‘view shop’ seterusnya klik ‘all products’ kemudian tukar kepada follower dan akhir sekali korang hanya perlu klik follow.

Oleh hal yang demikian, ini merupakan cara mem-follow user berdasarkan minat. Sudah jelas bahawa cara manual following dan juga tambahan cara follow user berdasarkan minat merupakan antara cara yang boleh meningkat follower di shopee.

Kesimpulannya, kedua-dua cara tersebut sememangnya antara cara yang mampu menambahkan follower korang di shopee. Kedua-dua cara tersebut sangat sesuai di gunakan bagi mereka yang baru berjinak-jinak memulakan perniagaan di shopee. Kedua-dua cara tersebut ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Mungkin ada yang cepat, ada yang agak leceh sedikit. Tetapi ianya masih dapat membantu korang untuk menambahkan follower di shopee.

Walau bagaimanapun, sudah tentu terdapat beberapa cara lagi yang boleh korang ketahui untuk menaikkan follower di shopee. Namun begitu, jika korang hanya mengetahui dua cara ini iaitu follow price dan juga manual following, ianya sudah cukup memadai. Asalkan rajin. Nak hidup, kena usaha lebih. Namun, segalanya terpulang kepada korang, sama ada ingin mencuba cara tersebut ataupun tidak.

Rujukan Lain

Apabila suami mula curang, sebagai seorang isteri pasti akan berasa cemburu dan marah. Mari baca cara bagaimana menangani suami curang..

Tgh solat, time tu la baru teringat keta dah kunci ke belum. Harap2 selipar aku tak diambil orang. Jom baca cara dapatkan khusyuk dalam solat..

Perkongsian cara download slip gaji kerajaan melalui tiga kaedah iaitu: penyata gaji bulanan, penyata gaji tahunan dan penyata gaji untuk pinjaman..

Ramai yang masih kurang jelas bagaimana cara membuat tuntutan MySalam. Jom baca cara membuat tuntutan MySalam RM700 dan MySalam penyakit kritikal..

Asyik ke ATM bila nak semak baki? Baca tutorial mengenai cara daftar MyBSN online banking dan juga cara login BSN Online untuk kali pertama ini.

Asyik ke ATM bila nak semak baki duit? Baca tutorial mengenai cara daftar Maybank2u online banking dan juga cara tukar password Maybank2u di sini.

Tidak tahu bagaimana cara mengira waktu subur? Jangan bimbang. Di sini atok bincangkan serba sedikit cara kira waktu subur untuk hamil.

Bagi pesara atau ahli keluarga pastinya ingin mengetahui tarikh-tarikh bayaran pencen 2023 pesara kerajaan bukan? Jadi, mari lihat di sini..

Atok kongsikan kepada korang petua hilangkan sakit gusi berdenyut bagi mengurangkan rasa sakit di bahagian gusi tu sementara menunggu doktor..

Leave a Comment

error: Content is protected !!