Cara Nak Ajar Anak Membaca Dengan Mudah

3M iaitu membaca, menulis dan mengira sememangnya tiga perkara yang penting dalam proses pembesaran anak-anak. Namun begitu, ada juga di antara anak-anak yang hanya mampu menguasai dua kemahiran sahaja. Sebagai contoh, hanya menguasai kemahiran menulis dan mengira tetapi tidak untuk kemahiran membaca. Hal ini demikian secara tidak langsung membuatkan ibu bapa berasa gusar dengan perkembangan anak-anak. Jangan bimbang, di bawah atok akan bincangkan serba sedikit tentang cara-cara nak ajar anak membaca dengan mudah.

Cara nak ajar anak membaca

Umum mengetahui bahawa untuk mengajar anak-anak membaca dan menyebut sesuatu perkataan tersebut bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Justeru ini membuat ibu bapa mulai bimbang jika anak-anak masih tidak boleh membaca sehingga mereka membesar.

Tambahan pula, mungkin ada di antara ibu bapa yang belum menguasai atau mengetahui beberapa teknik yang mudah untuk mengajar anak-anak membaca.

Membacakan buku kepada anak-anak

Antara cara nak ajar anak membaca adalah dengan membacakan buku kepada mereka. Kaedah atau cara begini sememangnya membantu anak-anak untuk lebih mudah menagajar anak-anak membaca. Ibu bapa boleh melibatkan bacaan buku dengan anak-anak pada waktu istirehat mereka sama ada pada waktu petang atau malam iaitu sebelum tidur.

Bacaan buku boleh dilaksanakan selama 20 minit hingga 25 minit sehari. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila ibu bapa kerap membacakan buku kepada anak-anak secara tidak langsung setiap perkataan atau sebutan yang di ucapkan akan diingati oleh anak-anak.

Oleh itu, anak-anak juga dapat mencuba untuk menyebut perkataan tersebut apabila mereka mula berminat membaca buku-buku yang pernah dibacakan.

Selain tu, ibu bapa boleh menyasarkan sebanyak 2 hingga 3 buku sehari dan pastikan buku yang di baca mestilah buku-buku yang ceria yang sesuai dengan usia anak-anak anda. Justeru, jelaslah bahawa membaca buku kepada anak-anak merupakan salah satu cara nak ajar anak membaca.

Memupuk minat membaca

Seterusnya, memupuk minat anak-anak membaca sejak dari kecil. Ini juga merupakan salah satu cara mudah untuk mengajar anak-anak mudah membaca. Hal ini demikian kerana, apabila ibu bapa mendedahkan anak-anak dengan buku sejak dari kecil secara tidak langsung apabila mereka dewasa, mereka sudah terbiasa dengan bacaan buku-buku.

Walau pun ada ibu bapa yang ragu dengan cara ini disebabkan anak-anak masih bayi atau kecil dan tidak mungkin mereka dapat membunyikan setiap perkataan tersebut tetapi setidak-tidaknya mereka dapat mendengar dan memahami konsep membaca yang diaplikasikan oleh ibu bapa.

‘Flash Cards’ atau kad-kad huruf

Selanjutnya, cara nak ajar anak membaca adalah dengan menunjukkan ‘flash cards’ kepada anak-anak. ‘Flash cards’ adalah kad-kad yang mempunyai huruf-huruf atau perkataan yang mudah yang boleh anak-anak pelajari. Bagi anak-anak yang belum mengenal ABC ibu bapa boleh menunjukkan kad-kad yang memiliki huruf ABC untuk anak-anak kenali dan pelajari.

Selain itu, ibu bapa boleh menunjukkan kad tersebut kepada anak-anak untuk mereka pilih kemudian bacakan huruf tersebut bersama-sama.

Dengan adanya ‘flash card’ tersebut ibu bapa boleh memfokuskan pada bunyi huruf dan suku kata perkataan tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan ‘flash cards’ dalam kalangan kanak-kanak sangat membantu ibu bapa untuk mengajar anak-anak membaca.

Penggunaan Teknologi gadget

Mungkin ada di antara ibu bapa yang tidak gemar anak-anak menggunakan gadget seawal dari kecil. Namun begitu, penggunaan teknologi gadget seperti permainan berkaitan huruf dan abjad di dalam gadget ataupun menonton rancangan yang berkaitan dengan pembelajaran melalui saluran Youtube boleh sahaja diaplikasikan kepada anak-anak dengan syarat haruslah ada pemantauan dari ibu bapa.

Hal ini demikian kerana, penggunaan teknologi yang mempunyai pelbagai jenis aplikasi lebih mudah menarik minat anak-anak untuk belajar membaca. Namun begitu, setiap penggunaan yang diberikan perlulah di hadkan agar anak-anak tidak terlalu leka dengan penggunaan gadget.

Kesimpulannya

Terdapat banyak lagi cara nak ajar anak membaca yang boleh diaplikasikan oleh ibu bapa. Di atas ini telah disenaraikan beberapa cara yang boleh ibu bapa aplikasikan kepada anak-anak yang belum lancar membaca. Oleh itu, diharapkan dengan pengaplikasian cara- cara ini, anak -anak menjadi lebih mudah untuk diajar membaca.

Rujukan Lain

Bagi yang lebih suka kerja swasta (sebab prospek kerjaya yang lebih menjanjikan), korang bleh baca cara memohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.

Sebelum korang jalan berlenggang kangkong, kangkong masak belachan ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta.

Baru pas duduk temuduga SPA minggu lepas? Berdebar menanti keputusan? Kurangkan rasa gementar korang dan baca tanda lulus temuduga kerajaan ini.

Cuti adalah hak korang. Korang perlu tahu mengenainya. Kali ini, atok akan bincangkan jenis-jenis cuti pekerja swasta mengikut Akta Kerja 1955.

Mandi wajib dilaksanakan untuk membersihkan atau mensucikan diri daripada najis hadas besar. Di samping membolehkan korang mengerjakan ibadah khusus seperti solat dan puasa. Korang ingat tak cara mandi wajib yang betul?

Bagi korang yang ingat-ingat lupa cara pengiraan zakat pendapatan, artikel ini akan menunjukkan bagaimana cara kira zakat pendapatan dengan betul..

Anak dah masuk tahun 4 tapi masih tak hafal-hafal sifir? Sebagai ibubapa, korang pasti risau. Di sini ada dibincangkan beberapa cara mudah hafal sifir..

Bagi korang yang belum mengetahui ataupun sudah lupa mengenai keunikan bendera Malaysia. Jom ketahui maksud warna bendera Malaysia..

Banyak lagi ke hutang rumah tu? Lagi berapa tahun nak habis? Kalau tak pasti, cuba buat semakan baki pinjaman LPPSA korang. Tiga cara dikongsikan di sini..

Leave a Comment

error: Content is protected !!