Cara Melegakan Batuk Baby

Jika golongan dewasa yang mengalami batuk dan selesema, maka cara mengatasinya sangatlah mudah kerana golongan dewasa yang batuk dan selesema hanya perlu mengambil ubat batuk untuk melegakan batuk yang dialami. Namun berbeza dengan baby kerana jika bayi mengalami batuk mahupun selesema, ibu bapa terpaksa membawa bayi mereka untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan saranan daripada doktor mengenai ubat-ubatan yang sesuai untuk bayi. Namun begitu, tidak semua ibu bapa berkesempatan untuk membawa bayi mereka berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Oleh itu, terdapat beberapa cara melegakan batuk baby bagi ibu bapa yang agak sibuk atau menghadapi sebarang masalah untuk membawa bayi ke klinik.

Cara Melegakan Batuk Baby

Untuk makluman, kebanyakan bayi yang mengalami penyakit seperti batuk dan selesema adalah di sebabkan kuman virus yang di kenali juga sebagai influenza. Bukan itu sahaja, bayi kecil juga sangat mudah di jangkitan kuman serta di jangkakan dalam setahun, seorang bayi akan mengalami batuk dan selesema lebih kurang lapan kali.

Apa itu batuk baby?

Batuk baby berlaku akibat saluran pernafasan bayi mengalami iritasi atau terjejas dengan faktor tertentu. Faktor itu mungkin disebabkan penumpukan lendir berlebihan. Penumpukan lendir ini pula mungkin berkaitan dengan kotoran atau kuman atau penyakit atau virus atau perengsa persekitaran seperti debunga atau asap.

Batuk pada bayi adalah reaksi semula jadi tubuh bayi yang bertujuan untuk menjaga kebersihan saluran pernafasan. Keadaan batuk pada bayi ini secara amnya dapat diatasi secara semulajadi setelah kotoran, kuman atau virus di saluran pernafasan keluar daripada saluran pernafasan bayi.

Namun begitu, apabila bayi mulai membesar maka kekerapan seorang bayi untuk jatuh sakit akan menurun. Justeru, bagi bayi yang masih kecil ini, terdapat beberapa cara melegakan batuk baby yang boleh diamalkan oleh ibu bapa.

Rehat Yang Cukup

Bagi bayi yang mengalami batuk yang berpanjangan, cara untuk melegakan atau menghilangkannya adalah dengan memberikan bayi rehat yang mencukupi. Hal ini demikian kerana, jika seorang bayi itu aktif, maka itu merupakan satu petanda yang sangat baik.

Namun begitu, korang tetap perlu memastikan bahawa bayi korang mendapat rehat yang mencukupi bagi memastikan batuk yang di alaminya dapat sembuh dengan cepat.

Oleh itu, selain memastikan bayi korang kekal aktif untuk kekal cergas dan bertenaga, korang juga perlu memastikan bayi korang mendapat rehat yang mencukupi seperti tidur yang cukup untuk memulihkan kembali batuk yang di alami. Justeru, ini merupakan salah satu cara melegakan batuk baby yang boleh ibu bapa amalkan.

Pengudaraan Yang Lancar

Mencegah dalah lebih baik daripada mengubati. Ini petua yang paling berkesan sekali. Cuma ramai yang abaikan. Korang mesti pastikan pengaliran udara di dalam rumah lancar dan bergerak.

Udara yang bersih dan segar menjamin kesihatan bayi korang. Jangan biarkan bayi korang terperap sahaja di dalam bilik. Aircond sebenarnya tidak begitu baik untuk kesihatan sistem pernafasan bayi.

Sekurang-kurangnya, paling tidak sekali pun, korang bukalah pintu serta tingkap rumah pada setiap pagi. Biarkan udara berganti dan supaya udara segar mengalir masuk ke rumah.

Air Yang Mencukupi

Selain itu, cara melegakan batuk baby adalah dengan memberikan bayi air yang mencukupi. Namun begitu, air yang harus di beri kepada bayi bukanlah air mineral atau air kosong tetapi air susu.

Air susu yang dimaksudkan adalah air susu formula atau air susu ibu. Walau bagaimanapun, setiap air susu yang di berikan kepada bayi mestilah mengikut pengambilan air yang di syorkan oleh institusi perubatan akademik kebangsaan iaitu dimana bagi bayi yang berusia 0 hingga 6 bulan pengambilan air yang di syorkan adalah sebanyak 700 ml.

Justeru, apabila bayi meminum air yang mencukupi, maka sel-sel akan menjadi sihat dan terhidrat sekaligus ianya dapat membantu melegakan dan memulihkan batuk baby.

Madu Dan Air Suam

Antara petua hilangkan batuk baby yang boleh dipertimbangkan ialah menggunakan madu dan air suam.

Peringatan: Jangan memberi madu pada bayi berusia di bawah 1 tahun kerana risiko botulisme.

Sekiranya bayi sudah berusia lebih dari 1 tahun, korang sebagai ibu boleh memberi bayi madu untuk merawat batuk. Madu merupakan pemanis semula jadi. Selain itu, ia dapat membantu melegakan batuk dan sakit tekak pada bayi. Bukan itu sahaja, madu juga mempunyai sifat anti-bakteria yang dapat melawan jangkitan pelbagai jenis penyakit.

Caranya ialah dengan memberikan sesudu madu kepada bayi atau mencampurkannya dengan air suam untuk melegakan batuknya.

Meninggikan Kepala Bayi

Seterusnya, bagi melegakan batuk baby, korang juga boleh menggunakan bantal kecil atau gulungan tuala bagi meninggikan kepala bayi. Hal ini di lakukan bagi membantu bayi korang bernafas dengan lebih selesa.

Dengan meninggikan kepala bayi ini secara tidak langsung dapat melegakan atau mengurangkan kekerapan batuk baby korang. Cara tersebut sangat membantu dek kerana apabila korang meninggikan kepala bayi, secara tidak langsung kahak dan lendir yang menyebabkan batuk baby tidak berhenti dapat di kurangkan.

Justeru, apabila korang melakukan cara tersebut, maka bayi korang akan dapat berehat dan tidur dengan tenang dan selesa sepanjang tempoh pemulihannya.

Kesimpulannya, selain cara yang dinyatakan di atas ini, masih terdapat banyak lagi cara melegakan batuk baby yang boleh diamalkan oleh ibu bapa yang bayinya mengalami batuk tanpa henti.

Namun begitu, jika korang tidak berkesempatan untuk menggunakan cara yang lain, maka cara yang dinyatakan di atas ini sangat membantu melegakan dan memulihkan batuk pada bayi korang.

Walau bagaimanapun, jika bayi korang mengalami batuk yang teruk walaupun sudah mencuba pelbagai cara, maka korang perlu membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik daripada doktor.

Rujukan Lain

Nak melancong ke luar negara dalam masa terdekat ini? Jadual padat tapi solat kena jaga. Jom pelajari cara solat jamak dan qasar (syarat & niat)..

Di sini atok kongsikan tiga doa agar cepat dapat kerja yang diinginkan bagi korang yang sedang berusaha mendapatkan kerja. Moga dimakbulkan..

Di sini diterangkan cara semakan penyata KWSP online melalui i-Akaun dan cara pendaftarannya bagi individu yang baru mula membuka KWSP..

Jadual tarikh bayaran PERKESO 2023 ini adalah berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh pihak PERKESO di portal rasmi mereka. Moga bermanfaat..

Di sini atok kongsikan senarai cuti umum Kelantan 2023. Semoga perkongsian cuti umum Negeri Kelantan bagi Tahun 2023 ini membantu korang hendaknya.

Dah lama korang tak puasa kan? Niat pun dah hampir terlupa. Jadi kali ini kita nak ulangkaji sikit lafaz niat puasa ramadhan sebulan penuh dan sehari..

Sebagai rakyat Malaysia, ketahuilah oleh mu akan intipati-intipati bajet 2023 ini. Termasuk bajet 2023 penjawat awam, bajet 2023 b40 dan lain-lain..

Mesti korang dah tak sabar nak bayar cukai kan? So, kali ni atok kongsikan cara bayar cukai pendapatan individu online. Ada dua kaedah mudah..

Leave a Comment

error: Content is protected !!