Setiap kehamilan akan berlaku apabila melalui persenyawaan ovum atau telur dengan sperma. Ovum ini akan dikeluarkan melalui proses ovulasi di mana ketika ovulasi berlaku, ovum yang matang akan dikeluarkan daripada ovari wanita, seterusnya ia akan bergerak melalui tiub fallopian dan kemudian tersedia untuk disenyawakan. Ovulasi adalah waktu ketika kitaran haid bagi seorang wanita boleh hamil. Mungkin ada yang masih belum tahu bagaimana cara pengiraan waktu subur wanita. Oleh itu, di sini akan dibincangkan serba sedikit cara kira waktu subur untuk hamil.
Ramai golongan wanita yang sudah berkahwin ingin memiliki anak bagi melengkapkan status keluarga mereka. Oleh itu, ramai pasangan yang mula membuat perancangan untuk kehamilan untuk memastikan mereka memiliki zuriat.
Walaupun banyak pasangan yang sudah mula merancang untuk hamil, namun terdapat sesetengah pasangan yang kurang pengetahuan akan waktu subur wanita dalam merancang untuk hamil.
Hal ini demikian kerana, pengetahuan dari segi tarikh, bilangan hari dan kitaran haid sangat membantu korang dalam proses perancangan. Oleh hal yang demikian, jika korang mengetahui tarikh, bilangan dan kitaran haid korang, secara tidak langsung ia memudahkan korang untuk merancang kehamilan dengan kadar kejayaan yang munasabah.
Spotting
Untuk pengetahuan korang, cara kira waktu subur untuk hamil adalah dengan melihat tanda-tanda ‘spotting’. ‘spotting’ ini terjadi di sebabkan hormon tubuh korang melalui ovulasi atau waktu subur wanita.
Bukan itu sahaja, jika kira-kira seminggu selepas haid, korang melihat terdapat tompokan kecil berwarna coklat atau pink itu bermakna waktu subur korang semakin hampir.
Namun begitu, tidak semua golongan perempuan yang sudah berkahwin akan mengalami ‘spotting’ ini dan jika ianya terjadi kepada korang maka kitaran waktu subur korang sudah tiba. Justeru, tanda-tanda ‘spotting’ ini merupakan salah satu cara kira waktu subur untuk hamil yang perlu korang ketahui.
Waktu subur selepas haid
Selain tanda-tanda ‘spotting’, pengiraan kitaran haid juga boleh menjadi salah satu cara untuk korang ketahui cara kira waktu subur perempuan.
Namun begitu, korang juga perlu tahu bahawa kitaran haid bagi seseorang wanita adalah berbeza-beza. Tetapi secara standardnya, ovulasi selalu berlaku sekitar hari yang ke-10 sehingga hari yang ke-16 iaitu sebelum kitaran haid korang yang berikutnya. Inilah waktu subur selepas haid.
Namun, cara pengiraan waktu subur perempuan jenis ini hanya sesuai bagi wanita yang mempunyai kitaran period yang teratur. Oleh hal yang demikian, kitaran haid ini penting untuk korang ketahui bila haid korang bermula dan bila haid berakhir supaya korang dapat mengira waktu subur selepas period yg tepat.
Pemeriksaan Serviks
Kenapa pemeriksaan serviks di katakan sebagai salah satu cara kira waktu subur untuk hamil adalah kerana apabila korang kerap membuat pemeriksaan serviks, korang dapat mengetahui perbezaan ketika waktu subur atau ovulasi.
Bukan itu sahaja, apabila semakin dekat dengan waktu kesuburan korang, bahagian serviks korang akan rasa berbeza dari hari ke hari.
Perbezaan yang korang akan rasai adalah di mana apabila mendekati waktu subur, bahagian serviks korang akan menjadi tinggi, lembut dan terbuka dan ianya berbeza dengan bukan waku subur korang.
Sakit Belakang atau Perut
Petanda sakit belakang mahupun perut merupakan petanda yang paling biasa dan juga sering terjadi kepada golongan wanita.
Melalui petanda tersebut, wanita boleh mengetahui waktu bila ovulasi mereka akan terjadi. Namun begitu, setiap petanda adalah berbeza-beza bagi seseorang individu.
Apa yang korang perlu lakukan jika mengalami sakit- sakit pada bahagian belakang dan perut adalah korang perlu menanda di kalendar bagi mebantu mengesan corak kitaran haid bulanan korang.
Apabila korang sudah tahu corak kitaran haid bulanan, maka korang sudah boleh membuat perancangan waktu subur untuk hamil.
Sehingga kini, kita hanya membincangkan waktu subur perempuan. Tetapi perancangan untuk mendapatkan zuriat tidak hanya terletak di bahu si iteri sahaja. Suami juga memainkan peranan penting.
Bagaimana pula untuk mengetahui waktu subur lelaki?
Waktu pagi
Sperma sangat dipengaruhi oleh dua faktor utama, yakni suhu dan masa.
Secara umumnya, dikatakan jumlah sperma akan lebih banyak pada waktu pagi dan dalam suhu sejuk. Dalam keadaan suhu tinggi seperti cuaca yang panas pula, kuantiti dan kualiti sperma menjadi sedikit berkurangan.
Keadaan ini disebabkan oleh testis yang agak sensitif terhadap perubahan suhu persekitarannya.
Jadi bila waktu subur lelaki yang lebih spesifik?
Di Malaysia, dengan cuaca panas dan lembab sepanjang tahun, hanya ada satu waktu ini saja di mana suhu lebih rendah daripada biasa. Bilakah waktu subur lelaki tersebut?
Jawapannya ialah – pada awal pagi!
Untuk lebih tepat lagi, anggaran sekitar jam 4.00 pagi sehingga 7.00 pagi. Ini untuk korang yang tinggal di Semenanjung.
Bagi korang yang duduk di Sabah & Sarawak, waktunya ada sekitar jam 3.00 pagi sehingga 6.00 pagi.
Jadi, gunakanlah panduan waktu subur lelaki ini sebaiknya.
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi cara yang korang boleh lakukan bagi mengetahui waktu subur wanita dan waktu subur lelaki. Namun begitu, di atas ini adalah beberapa cara kira waktu subur untuk hamil yang korang perlu tahu. Oleh itu diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk merancang waktu kesuburan kehamilan.
Rujukan Lain
Korang perlu membuat semakan untuk mengetahui sama ada korang memiliki saman atau tidak. Jom check saman online PDRM di sini..
Apabila suami mula curang, sebagai seorang isteri pasti akan berasa cemburu dan marah. Mari baca cara bagaimana menangani suami curang..
Tgh solat, time tu la baru teringat keta dah kunci ke belum. Harap2 selipar aku tak diambil orang. Jom baca cara dapatkan khusyuk dalam solat..
Perkongsian cara download slip gaji kerajaan melalui tiga kaedah iaitu: penyata gaji bulanan, penyata gaji tahunan dan penyata gaji untuk pinjaman..
Ramai yang masih kurang jelas bagaimana cara membuat tuntutan MySalam. Jom baca cara membuat tuntutan MySalam RM700 dan MySalam penyakit kritikal..
Asyik ke ATM bila nak semak baki? Baca tutorial mengenai cara daftar MyBSN online banking dan juga cara login BSN Online untuk kali pertama ini.
Asyik ke ATM bila nak semak baki duit? Baca tutorial mengenai cara daftar Maybank2u online banking dan juga cara tukar password Maybank2u di sini.
Bagi individu yg tinggal di Selangor dan nak ambil lesen memandu, korang semak senarai pusat latihan memandu di Selangor di sini. Selamat belajar..
Ini ialah senarai harga pakej umrah 2023 dan syarikat berlesen yang boleh dipercayai kalau korang merancang pergi umrah dalam tahun ini..