Lesen perniagaan korang dah nak luput? Jangan bertangguh. Bahaya untuk bisnes korang juga. Renew lesen perniagaan pun dah boleh buat secara online sekarang. Jom tengok how to renew ssm online atau cara renew SSM online EzBiz.
SSM atau nama penuhnya Suruhanjaya Syarikat Malaysia merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). SSM atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia merupakan penyatuan pejabat pendaftaran syarikat atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai registrar of company (ROC) dan pejabat pendaftaran perniagaan atau di kenali dengan registrar of business (ROB).
Itu merupakan serba sedikit tentang SSM.
Korang perlu mengetahui tentang fungsi SSM ini supaya ianya dapat memudahkan urusan korang jika korang ingin mendaftar SSM. Hal ini demikian kerana, bagi mereka yang sudah mendaftar SSM, mereka hanya perlu mengetahui cara renew SSM online EzBiz sahaja, namun berbeza dengan mereka yang belum mendaftar SSM, mereka perlu mengetahui terlebih dahulu tentang fungsi SSM ini.
Oleh itu, di sini akan dibincangkan serba sedikit tentang fungsi SSM dan cara renew SSM online EzBiz bagi korang yang ingin memperbaharui SSM.
SSM merupakan penguatkuasa undang-undang dan peraturan korporat selain berfungsi untuk mendaftar syarikat dan perniagaan. Untuk makluman semua juga, SSM ini bertanggungjawab dalam penambahbaikan kerangka undang-undang korporat sebagai contoh jawatankuasa pembaharuan undang-undang korporat (JPUK) telah di tubuhkan oleh pihak SSM bagi mempersoalkan siapa, apa, bagaimana dan kenapa dalam mengkaji dan memberi saranan penambahbaikan undang-undang korporat di Malaysia.
Setelah korang mengetahui tentang fungsi SSM, kini kita beralih pula kepada cara renew SSM online EzBiz bagi korang yg berniat untuk memperbaharui lesen perniagaan.
Untuk korang yang sudah memiliki lesen perniagaan iaitu SSM tetapi sudah tamat tempoh penggunaannya, korang sangat digalakkan untuk merenew lesen tersebut kerana jika ianya dibiarkan expired selama tempoh lebih setahun, maka korang sudah tidak boleh untuk memperbaharui lesen perniagaan itu lagi.
Oleh kerana itu, pihak SSM telah menyediakan banyak platform yang mudah untuk para peniaga untuk memperbaharui lesen perniagaan secara manual di kaunter SSM atau secara online melalui EzBiz.
Namun begitu, bagi korang yang ingin menggunakan secara online ezBIZ tetapi tidak tahu cara menggunakannya, berikut akan dinyatakan langkah-langkah atau cara renew SSM online EzBiz.
Sebelum korang boleh menggunakan sistem EzBiz online, korang perlu daftar terlebih dahulu.
Cara daftar SSM online
- Pergi ke laman web EzBiz.
- Klik butang ‘Sign Up’ dan isikan nombor kad pengenalan serta nama penuh korang.
- Selepas mendaftar, korang perlu hadir ke kaunter di pejabat SSM berdekatan. Jangan lupa bawa kad pengenalan serta notis pemberitahuan yang diterima daripada emel yang didaftarkan dalam sistem EzBiz.
- Korang perlu membuat pengaktifan ID dengan mengesahkan cap jari (biometrik) untuk tujuan keselamatan maklumat.
- Setelah selesai prosedur di atas, korang boleh balik dan menggunakan Ezbiz bagi tujuan mendaftarkan perniagaan baharu atau renew SSM online EzBiz.
Setelah prosedur di atas selesai, berikut merupakan cara renew SSM online EzBiz yang perlu dikuti..
Cara renew SSM online
1. Pergi ke laman web EzBiz.
2. Kemudian login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkan.
3. Seterusnya, klik bahagian ‘my business service’. Kemudian pilih ‘renewal by owners’.
4. Setelah itu, pendaftaran perniagaan korang akan dipaparkan.
5. Seterusnya, klik pada simbol action untuk meneruskan proses pembaharuan lesen perniagaan.
6. Semak maklumat perniagaan dan lengkapkan borang pembaharuan pendaftaran perniagaan (BORANG A1)
7. Kemudian pilih tempoh pembaharuan perniagaan yang korang inginkan (1tahun hingga 5 tahun).
8. Selanjutnya, buat pembayaran mengikut transaksi yang dipilih.
9. Setelah itu, perakuan pendaftaran perniagaan dapat diperolehi dalam masa lima belas minit selepas transaksi pembayaran di buat.
Justeru, di atas ini merupakan cara renew SSM online EzBiz yang perlu korang ketahui.
Kesimpulannya, di atas ini merupakan cara renew SSM online EzBiz yang perlu diketahui bagi korang yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk merenew lesen perniagaan.
Justeru, bagi korang yang ingin merenew lesen secara cepat dan pantas tanpa perlu berkunjung ke kaunter SSM, korang boleh merenew SSM secara online EzBiz.
Dengan cara tersebut, ianya lebih pantas dan mudah untuk korang merenew lesen perniagaan korang. Oleh kerana itu, diharapkan juga perkongsian cara renew SSM online EzBiz ini dapat membantu mana-mana peniaga yang ingin memperbaharui lesen perniagaan.
Rujukan Lain
Anak kucing memang comel! Geram jer tengok kan. So, kali ni atok nak share pasal makanan kucing terbaik untuk bulu dan gemuk!
Korang sakit tekak? Di sini Atok kongsikan untuk korang, 5 petua hilangkan sakit tekak dengan cepat tanpa perlu berjumpa dengan doktor..
Tak hafal doa selepas solat yg panjang? Nak belajar doa yg pendek & mudah? Ini doa selepas solat fardhu dalam rumi beserta maksudnya. Senang nak hafal..
Surah Al Mulk rumi sebelum tidur. Bacalah, InsyaAllah ia akan menjadi penyelamat dan pendinding azab siksa kubur. Ini cara mudah menghafalnya..
Madu kelulut asli mempunyai tahap antioksidan tinggi yang boleh melindungi daripada penyakit kronik. Baca pelbagai khasiat madu kelulut di sini..
Muka korang penuh jerawat? Baca 3 cara hilangkan jerawat pasir di dahi dengan cepat dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah ini..
Prestasi korang merosot? Pernah dengar khasiat bawang putih bakar? Jom cari tahu sedikit mengenai khasiat bawang putih untuk lelaki pada kali ini..
Korang pasti ingin tahu cara putihkan ketiak yang hitam berkerak sekiranya korang mempunyai masalah ini di bahagian ketiak, leher, siku dan lutut..