Semak Status Halal JAKIM Online

Terdapat sesetengah pengguna tidak mahir atau kurang arif dalam menyemak status halal JAKIM. Justeru, pihak JAKIM telah melakukan inovasi dengan membuka lama web online yang dibentangkan di halal.gov.my. Bagi pengguna atau pengeluar yang tidak arif dalam semakan halal JAKIM secara online, di bawah ini akan dibincangkan serba sedikit tentang faedah dan cara semak status halal JAKIM online.

Semak Status Halal JAKIM Online

Zaman kini dapat dilihat pelbagai permasalahan telah terjadi dalam pengeluaran produk baik produk kecantikan mahupun produk makanan. Hal ini demikian kerana, pada masa kini terdapat banyak produk tiruan yang dikeluarkan di pasaran dengan menggunakan logo-logo halal tetapi tiada sijil yang sah dan diiktirafkan.

Justeru, perkara ini telah mengundang kebimbangan dalam kalangan masyarakat kerana kebanyakkan produk yang dikeluarkan mempunyai logo halal JAKIM tetapi tiada sijil yang sah dan ini boleh menyebabkan banyak pembeli mudah terpedaya. Bukan itu sahaja, bagi pembeli logo halal yang terdapat pada setiap produk yang dikeluarkan akan menandakan produk tersebut selamat digunakan dek kerana perkataan halal itu merujuk kepada kewajipan bagi setiap orang muslim untuk membeli atau menggunakan produk.

Oleh itu, bagi mengelakkan kebimbangan dalam menggunakan sesuatu produk, pengguna perlulah membuat semakan status halal JAKIM terdahulu untuk memastikan produk yang dibeli dan digunakan adalah selamat.

Untuk pengetahuan korang sebagai pengguna yang bijak, dengan mempelajari dan mengetahui status halal sesuatu produk itu sangat berfaedah kerana apabila korang mengetahui cara menyemak tersebut korang tidak berasa ragu-ragu untuk membeli sesuatu produk itu.

Bukan itu sahaja, dalam era globalisasi yang bebas sekarang sudah pasti banyak produk asing yang memasuki pasaran Malaysia sama ada melalui pengedar rasmi atau tidak rasmi.

Oleh itu, dengan sistem semakan yang dilaksanakan dapat membantu pengguna dan juga pengedar untuk menyemak sama ada produk tersebut boleh digunakan ataupun tidak. Jadi, mari kita lihat pula cara semak status halal JAKIM online.

Semak status halal JAKIM online melalui laman web

Cara-cara untuk semak status halal JAKIM online adalah seperti berikut:

  1. Pastikan korang mengakses sistem semakan online dengan klik Halal Malaysia Directory.
  2. Kemudian di bahagian carian, korang pilih negeri dan kategori.
  3. Kategori atau skim yang boleh korang pilih:
    • International
    • Barang gunaan
    • Kosmetik dan dandanan diri
    • Farmaseutikal
    • Premis makanan
    • Logistik
    • Rumah sembelihan
    • Produk makanan, makanan tambahan dan minuman
    • Pengilangan kontrak
    • Barang gunaan pembungkusan
    • Barang gunaan kulit, tulang dan bulu haiwan
    • Barang gunaan perubatan
  4. Setelah selesai memilih kategori atau skim, pada ruang semak status halal, korang perlu memasukkan apa-apa kata kunci sebagai contoh ‘minyak’ dan kemudian klik pada ikon carian di papan kekunci. Namun begitu, pada bahagian pencarian tersebut korang juga boleh mengisi kata kunci tanpa perlu memilih kategori atau skim.
  5. Kemudian, maklumat carian berserta tarikh luput sijil halal syarikat dan pautan untuk merujuk maklumat dengan lebih terperinci akan dipaparkan.
  6. Seterusnya, klik pada ikon kanta pembesar di bahagian bawah kotak nama dan alamat syarikat untuk mengetahui maklumat terperinci syarikat seperti:
    • Nama syarikat
    • Alamat
    • Nombor telefon dan nombor fax
    • Alamat emel
    • Nombor rujukan
    • Pegawai rujukan
    • Senarai produk atau menu
  7. Setelah selesai semua semakan, korang boleh mengklik maklumat tersebut kemudian boleh di cetak sebagai rujukan.

Semak status halal JAKIM online melalui aplikasi mobile

Selain cara di atas, korang juga boleh menyemak status halal suatu produk menggunakan aplikasi mobile. Korang boleh download Verify Halal melalui Apple Store atau Verify Halal melalui Google Play.

Semak status halal JAKIM online melalui SMS

Untuk menyemak status halal JAKIM melalui SMS, korang boleh ikut panduan di bawah:

Taip HALAL <jarak> SEMAK <jarak> NOMBOR PENDAFTARAN SYARIKAT

Contoh: HALAL SEMAK PT2286Q

Kemudian, hantarkan ke nombor 15888

Maklumat akan dihantar ke telefon korang, jika ada.

Penutup

Itulah dia tiga kaedah atau cara semak status halal JAKIM online yang boleh korang gunakan untuk menyemak kedudukan sijil sesuatu produk tersebut sah dan selamat di gunakan atau pun tidak.

Kesimpulannya, bagi pengguna dan pengeluar yang tidak arif tentang bahagian semakan status halal JAKIM ini bolehlah menggunakan laman web yang disediakan bagi menyemak status halal JAKIM. Justeru di atas ini adalah cara semak status halal JAKIM online yang korang boleh gunakan jika korang berasa ragu-ragu dengan sesuatu produk yang dijual di pasaran. Oleh itu, diharapkan agar cara yang disenaraikan di atas ini sedikit sebanyak dapat membantu mana-mana pengguna atau pembekal.

Rujukan Lain

Mencari jenama tudung sememangnya penting bagi mereka yang menghasilkan tudung tersendiri dan menjualnya. Baca tips mencari idea jenama tudung ni..

Dalam artikel ini dikongsikan beberapa keperluan untuk memulakan penternakan kambing yg mesti korang tahu sebelum memulakan projek ternakan.

Ada yg sampai bertengkar mempertahankan sebutan masing-masing. Jadi mana satukah sebutan yang betul? Adakah Ikan Talapia atau Ikan Tilapia?

Atok ringkaskan di sini kelayakan cuti kakitangan awam setakat yang termampu, kalau ada tersilap mohon betulkan di ruangan komen. Moga bermanfaat..

Di sini atok kongsikan senarai cuti umum Selangor 2023. Semoga perkongsian cuti umum Negeri Selangor bagi Tahun 2023 ini membantu korang hendaknya.

Bagi individu yg tinggal di Selangor dan nak ambil lesen memandu, korang semak senarai pusat latihan memandu di Selangor di sini. Selamat belajar..

Bagi pesara atau ahli keluarga pastinya ingin mengetahui jadual tarikh bayaran pencen 2023 pesara kerajaan bukan? Jadi, mari lihat di sini..

Nak melancong ke luar negara dalam masa terdekat ini? Jadual padat tapi solat kena jaga. Jom pelajari cara solat jamak dan qasar (syarat & niat)..

Kali ini Atok akan kongsikan kepada korang tanda-tanda influenza A yang perlu diketahui. Pengesanan awal, boleh menyelamatkan nyawa korang..

Leave a Comment

error: Content is protected !!