Selalunya sebutan masyarakat kita adalah berlainan. Oleh kerana kita mempunyai pelbagai bangsa dan suku kaum, sebutan kita mungkin adalah tidak sama dan berbeza. Ada yang menyebut begitu, dan ada yang menyebut begini. Jadi untuk ikan talapia. Adakah sebutannya ikan talapia atau ikan tilapia?
Isi Kandungan
Ramai masyarakat yang mempersoalkan sama ada sebutan yang tepat adalah ikan talapia atau ikan tilapia. Ada juga yang bertengkar untuk mempertahankan sebutan masing-masing sama ada ikan talapia atau ikan tilapia. Jadi mana satukah sebutan yang betul? Ikan Talapia atau Ikan Tilapia?
Ramai orang terkeliru dengan sebutan ini – antara ikan talapia atau ikan tilapia. Oleh itu, daripada rujukan yang atok buat dalam buku Kamus Pelajar Edisi Kedua, sebutan yang betul ialah tilapia dan bukannya talapia. “[ti.la.pia]” yang memberi definisi : nama sj ikan air tawar yang berasal dari Afrika, tilapia spp. Manakala, Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisi “[ti.la.pia] | تيلاڤيا” sebagai : sj ikan darat, Tilapia mossambica. Selain itu juga, jika korang rujuk di website Wikipedia, sebutannya juga ialah tilapia.
Tetapi apa yang mengagumkan, rata-rata masyarakat di Malaysia menyebutnya sebagai ikan talapia. Di mana-mana urusan sekalipun termasuklah dalam aktivit penternakan, memancing atau jual beli, mereka memanggilnya sebagai talapia. Apa yang lebih mengejutkan, mereka sudah memahami maksudnya. Cuma berbezaannya hanya huruf I dan huruf A.
Jika korang mencari maksud perkataan ‘talapia’ di laman sesawang korang tidak akan menemui perkataan tersebut. Hanya perkataan ‘tilapia’ sahaja yang membawa maksud sejenis ikan air tawar. Maka terang lagi bersuluh, bahawa antara ikan talapia atau ikan tilapia. Ikan tilapia adalah sebutan yang tepat.
Namun begitu, mana-mana sebutan sahaja pun boleh jika setiap orang memahaminya. Hal ini janganlah kita jadikan punca pertelagahan antara ikan talapia atau ikan tilapia. Jika korang sudah mengetahui sebutan yang betul, jadi, praktikkannya supaya kita terbiasa menyebut sebutan yang betul.
Selain itu, untuk mengisi masa lapang korang, di dalam artikel ini juga atok kongsikan mengenai 5 jenis ikan tilapia terbaik yang mampu untuk menjana keuntungan lumayan di dalam kolam korang.
Jika korang yang baru ingin berjinak-jinak dalam penternakan ikan tilapia ini, korang perlu tahu jenis ikan terbaik dan mampu untuk memberikan korang keuntungan yang lumayan. Seperti bisnes penternakan yang lain, projek penternakan yang berjaya adalah projek penternakan yang berjaya mendapatkan hasil keuntungan daripada penjualan ikan tilapia yang diternak.
Dan seperti bidang penternakan lain juga, penternakan tilapia sememangnya agak berisiko dan tidak semua penternak berjaya dalam ternakan mereka. Oleh itu, di sini ada beberapa jenis ikan tilapia yang mampu memberikan korang keuntungan yang lumayan.
Ikan Tilapia GIFT (Genetic Improvement of Farmed Tilapia)
Ikan tilapia ini adalah hasil percampuran antara baka tilapia dari 8 buah negara. Antara negara itu ialah Kenya, Israel, Senegal, Ghana, Singapura, Thailand, Mesir dan Taiwan. Ia mempunyai hujung ekor yang berwarna merah pudar dan mempunyai garisan menegak pada bahagian badan dan agak ketara.
Antara ciri-ciri ikan tilapia ini ialah ia sangat tahan kepada apa jua serangan penyakit. Selain itu juga, tempoh pembiakan yang produktif sehingga 1.5 ke 2 tahun. Kemudian, tempoh bertelur bagi jenis ini adalah mengambil masa dari 3-6 minggu. Oleh itu, jumlah telur bagi sekali pengawanan pada berat 600 gram ialah 2000 hingga 3000 butir telur. Selain itu ikan tilapia jenis ini juga mengalami tumbesaran yang cepat, ia mampu mencapai berat 600gram pada umur 5 ke 6 bulan.
Ikan Tilapia BEST (Bogor Enhanced Strain of Tilapia)
Ikan tilapia untuk jenis ini ialah hasil percampuran dari 4 jenis baka tilapia iaitu tilapia tempatan Bogor Indonesia, Tilapia Tasik Indonesia, Tilapia GIFT generasi ke-3, dan Tilapia GIFT generasi ke-6. Ikan Tilapia jenis ini mempunyai warna kelabu kehijauan. Antara ciri-ciri yang terdapat pada ikan tilapia GIFT ini ialah, peratusan untuk anak-anak ikan tilapia ini hidup sehingga dewasa adalah tinggi sebanyak 90%.
Selain itu, peratusan ketahanan ikan tilapia ini terhadap penyakit adalah sebanyak 140% tinggi jika dibandingkan dengan tilapia tempatan. selain itu, untuk tumbesarannya dalam sebulan ialah sangat tinggi mencecah 4.85%. Selain itu juga, jumlah telur bagi satu kali pengawanan pada berat 600 gram ialah 6000 hingga 15000 butir telur. Ianya juga mengalami tumbesaran yang cepat dan mampu mencapai berat 600 gram pada umur 4 ke 5 bulan.
Ikan Tilapia Chitlarada (Ikan Tilapia Diraja Thailand)
Seterusnya pula ialah ikan tilapia chitlarada daripada keturunan tilapia yang dihadiahkan oleh raja jepun kepada raja Bhumibol di Thailand pada sekitar tahun 1965. Ikan tersebut juga dipelihara di dalam perkarangan istana Chitlarada, lantas terhasillah nama Chitlarada yang terkenal sehingga ke hari ini. Ikan tilapia ini juga mempunyai hujung ekor yang berwarna merah.
Antara ciri-ciri yang terdapat pada jenis ikan tilapia chitlarada ini ialah ia sangat tahan lasak terhadap kepadatan pada kolam yang tinggi. Selain itu, ianya juga sangat cepat membesar membesar kepada saiz 250 gram dalam masa 3 hingga ke 4 bulan tetapi tumbesarannya mulai perlahan pada saiz 500 gram pada usia 6 bulan. Hal ini demikian juga, benih ikan jenis ini mempunyai peratusan hidup yang lebih tinggi berbanding tilapia lain.
Ikan Tilapia NIFI (National Inland Fisheries Insitut)
Ikan tilapia ini juga dikenali sebagai ikan tilapia merah. Ikan tilapia merah ini dihasilkan oleh jabatan perikanan Thailand. Tilapia NIFI ini juga dikenali sebagai Tilapia Merah Thailand. Rata-rata ikan tilapia NIFI berwarna merah pudar dan mempunyai sirip yang berwarna merah jingga. Oleh itu mari kita lihat apakah ciri-ciri yang terdapat pada ikan tilapia NIFI ini.
Antara ciri-cirinya ialah, ikan ini lebih cenderung mempunyai keturunan yang dominan jantan. Kemudian, ia juga cepat membesar berbanding ikan tilapia merah lain hasil daripada keturunan yang dominan jantan. Kemudian, ianya juga senang dijual kepada pelanggan. Ini kerana warna dan isinya juga agak tebal.
Ikan Tilapia Merah Taiwan
Ikan tilapia yang terakhir ialah ikan tilapia merah Taiwan. Ikan ini merupakan jenis ikan tilapia yang diimport khas dari Taiwan. Rata-rata ikan tilapia merah Taiwan ini berwarna merah cerah diselang selikan dengan warna jingga dan juga kuning. Ciri-ciri ikan tilapia merah Taiwan ini ialah tumbesarannya sangat pantas dan memberangsangkan sehingga mencapai 700gram dalam masa 6 bulan.
Kesimpulannya, ilmu dalam memilih jenis ikan tilapia ini mungkin nampak mudah tetapi kebanyakan penternak ada yang mengambil ringan tentang perkara ini. Oleh itu, bagi mereka yang ingin bergelar penternak ikan tilapia. Lebih eloklah jika mereka memandang serius perkara ini. Lain jenis ikan, lain cara penternakan dan penjagaannya, jika tersilap langkah, korang hanya mampu melihat ikan-ikan korang mati terapung di dalam kolam korang.
Jadi mengenai sebutan sama ada ikan talapia atau ikan tilapia, korang dah tahu jawapannya!
Rujukan Lain
Asyik ke ATM bila nak semak baki? Baca tutorial mengenai cara daftar MyBSN online banking dan juga cara login BSN Online untuk kali pertama ini.
Asyik ke ATM bila nak semak baki duit? Baca tutorial mengenai cara daftar Maybank2u online banking dan juga cara tukar password Maybank2u di sini.
Tidak tahu bagaimana cara mengira waktu subur? Jangan bimbang. Di sini atok bincangkan serba sedikit cara kira waktu subur untuk hamil.
Korang berniaga di shopee? Follower masih ciput? Jom baca dua cara naikkan followers shopee di sini. Ada yg mudah dan ada yang leceh. Pilih-pilih..
Nak tgk di panggung mana tu? GSC, LFS, TGV, MBO atau MMC? Tak kira panggung mana, cara beli tiket wayang online semua panggung tu ada di sini..
Mencari jenama tudung sememangnya penting bagi mereka yang menghasilkan tudung tersendiri dan menjualnya. Baca tips mencari idea jenama tudung ni..
Dalam artikel ini dikongsikan beberapa keperluan untuk memulakan penternakan kambing yg mesti korang tahu sebelum memulakan projek ternakan.
Bagi korang yang ingin mengetahui harga renew lesen memandu 2024, kali ini dikongsikan harga renew lesen dan dokumen yg perlu dibawa ke kaunter.
Korang tiada sejarah mempunyai kencing manis tapi risau? Sebagai langkah berjaga-jaga, baca tanda tanda kencing manis pada peringkat awal ini..