Kerajaan telah memutuskan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Kementerian Kewangan (MOF) untuk golongan B40 yang pada asalnya dijadualkan pada bulan Mac 2023 diawalkan pemberiannya kepada hari Selasa, 17 Januari 2023. Keputusan mengawalkan pemberian STR 2023 itu adalah bagi meringankan beban sara hidup rakyat. Di bawah dikongsikan cara login STR 2023 dan beberapa soalan lazim mengenai STR 2023.
Apa itu STR?
STR ialah program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
Kerajaan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Tarikh Pembayaran Fasa 1 STR 2023
Tarikh pembayaran STR Fasa 1 adalah seperti berikut:
Ada Akaun : Bayaran mulai 17 Januari 2023 secara berperingkat.
Tiada Akaun : Penunaian di kaunter Cawangan BSN mulai 17 Januari 2023.
Jumlah Bantuan STR Fasa 1
RM300 : Isi Rumah
RM100 : Warga Emas Tiada Pasangan
RM100 : Bujang
Log Masuk MySTR 2023
Ikuti langkah-langkah yang ringkas untuk log masuk MySTR seperti di bawah:
1) Log Masuk di Portal MySTR
2) Masukkan No MyKad korang
3) Pastikan No MyKad yang dimasukkan adalah dalam 12 digit
4) Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dash
Contoh: jika Nombor MyKad ialah 900402-02-6547, masukkan 900402026547
5) Tekan butang Semak
Sila ambil perhatian. Akan ada dua situasi di sini semasa dalam proses login mySTR:
A) Jika belum pernah mendaftar, akan akan terpapar ralat ini “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar.” Maka, korang perlu buat pendaftaran STR terlebih dahulu.
B) Jika pernah mendaftar, akan berjaya login MySTR
6) Selepas berjaya masuk, korang boleh mula daftar permohonan Sumbangan Tunai Rahmah
7) Siap
Nota:
Menu Log Masuk MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk semakan kelayakan STR fasa 1 bagi penerima yang mempunyai rekod STR 2023.
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Cara membuat semakan status pembayaran STR
Semakan status pembayaran STR boleh dibuat pada menu Semakan Pembayaran Fasa 1 seperti menggunakan langkah-langkah berikut:
1. Klik Log Masuk MySTR
2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
4. Masukkan Kata Laluan
5. Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
6. Maklumat yang akan dipaparkan termasuklah;
- Nama Pemohon
- No Mykad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Nota: Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.
Akaun MySTR disekat?
Jika korang mempunyai kesukaran untuk login dan menerima ralat atau jika korang telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 3 kali. ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Dah Login MySTR, Kena Buat Apa?
Selepas berjaya login MySTR, pemohon bertanggungjawab untuk melengkapkan permohonan dan menyemak dari semasa ke semasa.
Selain itu, korang juga boleh melakukan perkaran-perkara berikut:
- Kemaskini STR
- Semak status permohonan STR
- Semak status kelulusan STR
- Semak bayaran STR
Maklumat lanjut berkenaan STR
Jika korang dah baca cara login mySTR, namun masih lagi mempunyai masalah untuk Log Masuk atau korang ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran STR, permohonan STR, kemaskini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline STR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:
- 1-800-88-2747
Alternatif lain, sila hubungi nombor hotline STR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:
- 03-8882 4565
- 03-8882 4566
Korang juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
- 03- 89111000
Beberapa Soalan Lazim Mengenai STR 2023
Bagaimanakah korang boleh mengetahui yang korang adalah penerima bayaran STR Fasa 1?
Semakan status bayaran STR boleh dibuat mulai 17 Januari 2023 melalui:
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Pembayaran Fasa 1; atau
- Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke cawangan LHDNM berhampiran.
Akaun bank yang korang telah daftarkan semasa BKM 2022 berstatus tidak aktif / tutup, bagaimanakah kaedah pembayaran Fasa 1 yang korang akan terima?
Pembayaran korang akan dikreditkan ke dalam akaun bank berkenaan sekiranya status pengkreditan fasa terakhir BKM 2022 adalah berjaya kredit. Tuntutan tunai di kaunter BSN hanya boleh dibuat selepas status gagal kredit dipaparkan dalam semakan portal STR.
Korang perlu hadir ke Cawangan BSN bersama kad pengenalan asal korang bagi membuat tuntutan bayaran.
Sekiranya korang diisytiharkan muflis dan akaun yang korang daftarkan sebelum ini telah dibekukan, bagaimanakah korang boleh mendapatkan bayaran STR Fasa 1?
Korang perlu merujuk kepada agensi berkaitan untuk mendapatkan kebenaran membuka akaun / mengaktifkan semula akaun bank sebelum tuntutan bayaran Fasa 1 dibuat.
Penerima BKM 2022 telah meninggal dunia pada tahun 2022 tetapi menerima bayaran STR Fasa 1. Adakah pasangan / waris yang didaftarkan layak menerima bayaran tersebut?
Layak. Pasangan / waris yang didaftarkan perlu hadir ke BSN untuk membuat penunaian dengan membawa dokumen sokongan yang berkaitan seperti di Soalan 15. Walau bagaimanapun, keutamaan penunaian adalah kepada pasangan. Dokumen pembuktian tambahan seperti dalam jawapan 15 (iv) diperlukan sekiranya pasangan tidak dapat hadir membuat penunaian.
Sekiranya penerima BKM 2022 bagi kategori Bujang / Warga Emas tiada pasangan telah meninggal dunia pada tahun 2022, adakah waris layak bayaran STR Fasa 1?
Tidak. Penerima STR yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022.
Adakah waris dibenarkan untuk membuat penunaian bagi penerima yang uzur / kurang upaya / sakit berpanjangan atau mempunyai halangan untuk membuat penunaian di BSN dan siapakah yang dibenarkan untuk menjadi waris berkenaan?
Ya. Waris dibenarkan untuk membuat penunaian bagi pihak penerima pembayaran secara tunai sahaja. Waris yang dibenarkan untuk penunaian adalah waris yang telah didaftarkan oleh penerima semasa BKM 2022 dan mestilah terdiri daripada hubungan berikut:
i. Pasangan
ii. Ibu / Bapa
iii. Anak
iv. Adik-Beradik
v. Cucu
Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa mewakilkan penerima bagi penunaian STR Fasa 1 di BSN?
Dokumen yang perlu dikemukakan oleh waris yang didaftarkan adalah seperti berikut:
i. Kad pengenalan (asal atau salinan) penerima;
ii. Kad pengenalan (asal) waris: dan
iii. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris
Diharapkan perkongsian cara login STR 2023 dan beberapa soalan lazim mengenai STR 2023 ini sedikit sebanyak membantu para penerima yang menghadapi masalah berkaitan.
Rujukan Lain
Roadtax ni kena renew setiap tahun untuk mengelakkan dikenakan saman. Sini atok kongsikan langkah atau cara renew roadtax dan insuran kereta.
Bagi korang yang ingin menyambung pengajian di UiTM, di sini dikongsikan beberapa senarai kursus pengajian di UiTM dan lokasi kampus..
Nak sambung belajar? Atok akan pecahkan perbezaan tingkatan 6, matrikulasi dan diploma berdasarkan beberapa kriteria. Moga membantu korang memilih..
Nak masuk matrikulasi? Bagi yang masih tertanya-tanya bilakah permohonan kemasukan matrikulasi 2023 dibuka, KPM telah mengeluarkan tarikh rasmi..
Malas nak jalan jauh-jauh pegi kaunter semata-mata nak beli tiket bas? Tiada masalah. Kita belajar cara beli tiket bas online kali ni..
Dividen ASB dah masuk! Malas pula nak beratur. Jadi kali ni, jom kita lihat cara daftar ASB online pertama kali dan semak dividen ASB..
Bagi yg belum tahu cara membuat semakan baki loan Bank Rakyat secara online. Di sini dikongsikan cara semak baki pinjaman bank rakyat secara online..
Hangat dan tular diperkatakan mengenai ChatGPT. Ramai yang nak tahu. Jadi jom kenali apa itu ChatGPT dan cara menggunakannya..