Bagi korang yang ingin memohon kerja kerajaan melalui SPA atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Korang perlulah mempunyai akaun di dalam sistem SPA9 bagi memudahkan urusan permohonan pekerjaan dan semakan status. Justeru itu, bagi korang tidak mempunyai akaun SPA9 dan berhasrat untuk membukanya, di bawah diterangkan seringkas mungkin tentang SPA9 login masuk (cara daftar & mohon).
Kadar pengangguran yang semakin hari semakin meningkat ini telah membuatkan ramai golongan tidak kira tua mahupun muda mencari pekerjaan melalui aplikasi mahupun laman web yang disediakan.
Namun begitu, majoriti golongan muda yang baru habis belajar mahupun masih belajar, mereka telah mencari pekerjaan dalam sektor awam di laman sesawang dan antaranya adalah melalui SPA9.
Namun begitu, pasti ada di antara korang yang tertanya-tanya apa itu SPA9. Bagi korang yang tertanya-tanya apa itu SPA9, SPA9 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam merupakan portal khas untuk pencarian kerja di sektor awam Malaysia.
Bukan itu sahaja, untuk pengetahuan semua, portal SPA9 ini menawarkan banyak jawatan untuk pengambilan kakitangan kerajaan dan semua pengambilan penjawat awam ini akan dilaksanakan melalui portal ini.
Berikut merupakan perkongsian SPA9 login masuk (cara daftar & mohon) yang perlu korang tahu terutama bagi mereka yang ingin memohon pekerjaan dalam sektor awam.
Nota: Untuk makluman korang, portal ini disebut sebagai SPA9 sahaja ya. Bukan SPA9i. Tiada huruf ‘i’ di hujungnya. Ramai pula yang taip di Google ‘spa9i login masuk 2023‘. Sekian.
Langkah 1 (Daftar SPA9)
Sebelum korang boleh login masuk SPA9, langkah yang pertama bagi korang yang tidak mempunyai akaun ialah daftar SPA9. Berikut cara-cara daftar SPA9..
1. Korang perlu melayari pautan pendaftaran SPA9.
2. Kemudian korang perlu klik pendaftaran pengguna dan seterusnya pada skrin daftar akaun baru akan terpapar.
3. Selanjutnya, pastikan semua maklumat yang diperlukan diisi dengan betul pada borang permohonan.
4. Kemudian setelah selesai mengisi borang permohonan, korang perlu klik butang butang “daftar”.
- Peringatan: pastikan nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.
- Nombor telefon dan alamat emel yang di gunakan atau di masukkan mestilah aktif kerana segala notis penghantaran maklumat akan di buat melalui emel dan nombor telefon.
- Diingatkan juga tentang soalan keselamatan kerana ianya akan digunakan untuk reset kata laluan jika terlupa.
Langkah 2 (login masuk SPA9)
1. Korang perlu melayari semula skrin daftar masuk SPA9 dan kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang betul dan tepat.
2. Kemudian, klik login masuk dan akan terpapar skrin maklumat pemohon.
Langkah 3 (maklumat pemohon)
1. Klik pada “maklumat peribadi” dan akan terpapar semua maklumat yang telah diisi semasa proses daftar akaun baru SPA9.
Namun begitu, korang perlu mengisi maklumat yang bertanda merah dan kemudian klik simpan setelah maklumat lengkap diisi.
Langkah 4 (maklumat akademik)
1. Seterusnya, untuk mengisi maklumat akademik, korang boleh klik “maklumat kelayakan akademik”
2. Kemudian setelah lengkap maklumat diisi, korang boleh klik butang “simpan”.
Langkah 5 (jawatan dipohon)
1. Klik pada menu “jawatan dimohon” mengikut sub-menu mengikut kelayakan akademik SPM/SPMV/SVM/SKM dan ijazah.
2. Kemudian pilih jawatan pada ruang jawatan yang layak dipohon.
3. Seterusnya, korang boleh memilih pusat temuduga melalui senarai yang diberikan.
4. Kemudian korang boleh klik butang simpan.
Langkah 6 (pengakuan pemohon)
1. Setelah memohon jawatan, korang boleh klik pautan pengakuan pemohon dan skrin akan terpapar.
2. Kemudian, pastikan semua maklumat telah diisinya dengan betul. Kemudian klik petak setuju dan tandakan (/) pada petak berkenaan.
3. Setelah korang menyemak dengan lengkap dan berpuas hati dengan maklumat yang diisi, korang boleh terus klik butang hantar.
4. Selesai. Kini secara rasminya korang dah mohon kerja di sektor awam melalui portal SPA9.
Kesimpulannya, cara-cara atau langkah yang dinyatakan di atas ini merupakan cara login masuk SPA9 dan cara memohon di portal SPA9 yang perlu korang ketahui jika korang ingin memohon kerja dalam sektor perkhidmatan awam.
Justeru, bagi korang yang masih belum mempunyai akaun dan belum daftar SPA9, korang bolehlah membuat akaun baru terlebih dahulu dan kemudian login masuk SPA9 tersebut dan memohon seperti cara yang ditunjukkan di atas ini.
Rujukan Lain
Kita memiliki pelbagai jenis stesen keretapi seperti KTM, ETS, MRT dan juga LRT. So, kali ini kita tengok pula cara beli tiket ETS online KTMB..
Signal WiFi korang lemah? Berikut dikongsikan cara kuatkan signal WiFi yang korang boleh lakukan. Ikuti 6 tips mudah ini..
Ramai masih tak mengetahui tanda-tanda awal penyakit buah pinggang. Oleh itu, di sini dikongsikan tanda-tanda sakit buah pinggang peringkat awal.
Hangat dan tular diperkatakan mengenai ChatGPT. Ramai yang nak tahu. Jadi jom kenali apa itu ChatGPT dan cara menggunakannya..
Bagi pelajar-pelajar yang berminat menyambung pelajaran di kolej vokasional, ini senarai kolej vokasional di Malaysia dan kursus yang ditawarkan..
Bagi korang yang NAK tahu senarai IKBN dan IKTBN serta kursus yang ditawarkan, ini senarai penuh IKBN dan IKTBN beserta kursus yang ditawarkan..
Tengah mencari soalan Pengetahuan Am Malaysia? Di sini dikongsikan beberapa contoh soalan Pengetahuan Am tentang Malaysia..
Korang dah ingat-ingat lupa cara Solat Sunat Aidilfitri? Baca cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri (JAKIM) yang perlu korang ketahui ini.
ini untuk mohom kerja ke latihan?? lepasan spm boleh log in ke?? banyak yang saya nak tahu pasal latihan ni…