Harga Myvi Baru Dan Bayaran Bulanan (2025)

Tahun ni ramai yang nak beli kereta baru lagi kan. Lagi-lagi kereta Myvi baru 2025 ni. Jadi, hari ni Atok akan kongsikan untuk korang harga myvi baru dan bayaran bulanan. Produa mengeluarkan Myvi ini pada tahun 2005. Sehingga sekarang iaitu model yang lebih elegan. Ramai anak muda sekarang yang suka model terbaru ini termasuk golongan wanita. Kalau korang nak tahu, Myvi baru ni direka bentuk sepenuhnya di Malaysia. Kereta ini jugalah yang dijuluki sebagai ‘King of Road’.

Harga Myvi Baru 2025 Dan Bayaran Bulanan

Harga Myvi baru dan bayaran bulanan

VarianHarga OTR (tanpa insurans)Bulanan 9 tahun (10% DP)Bulanan 7 tahun (10% DP)
1.3 G (Tanpa PSDA)RM 48,137 – RM 48,550 RM 515–536RM 572–596
1.3 G | RM 50,187 – RM 50,395RM 536–563RM 596–626
1.5 X | RM 52,991 – RM 52,912RM 563–591RM 626–657
1.5 H | RM 56,791 – RM 57,022RM 607–637RM 675–709
1.5 AV (Advance) | RM 61,915 – RM 62,160RM 662–695RM 736–772
  • 1.3 G (Tanpa PSDA): RM 48.1k – monthly RM 515–536
  • 1.5 Advance (AV): RM 61.9k – monthly RM 662–695

Harga mungkin berbeza antara cawangan dan termasuk bayaran kereta serta cukai jalan, tetapi tidak termasuk insurans.

Anggaran Bayaran Bulanan Myvi 2025

Nota: Berdasarkan loan 9 tahun, ansuran bulanan zon RM 515–695 untuk varian-varian Utama. Loan 7 tahun akan menaikkan bayaran bulanan sekitar 10–15 %.

Contoh pengiraan:

Myvi 1.3 G (tanpa PSDA)

9 tahun: RM 515/bulan
7 tahun: RM 572/bulan

Myvi 1.5 AV

9 tahun: RM 662/bulan
7 tahun: RM 736/bulan

(Anggaran menggunakan down payment 10%, kadar faedah pasaran ~3 %, tanpa insurans).

Kelebihan model Myvi baru 2025

1. Reka bentuk

Myvi yang terbaru kini mempunyai reka bentuk dan design yang semakin elegan bagi Atok. Ia lebih slim dan sporty iaitu sesuai kepada orang muda hari ini. Jika korang bandingkan dahulu, reka bentuk dulu lebih bulat. Tambahan pula, lampu dan highbeam menggunakan LED sepenuhnya. Barulah cantik kan.

2. Keyless

Model baru ini di datangkan dengan smart entry di mana korang tidak perlu memakai kunci seperti sebelum ini.

3. Ruang yang luas

Kereta Myvi dikenali sebagai kereta yang luas juga, tapi yang baru ni mungkin korang lihat di bahagian luar mungkin slim namun di dalam lebih luas dari korang jangka.

Selain itu juga, mereka telah pendekkan tempat duduk kereta di mana korang boleh dapatkan ruang kaki yang lebih luas.

4. Built in TNG reader

Kereta Myvi yang terbaru ini melahirkan kelebihan ‘Toll Reader’ macam smart tag juga. Di mana korang boleh letakkan kad dan lepas daripada barrier tol high way.

Mudah dan sangat berguna untuk korang semua. Siap boleh semak baki lagi tu. Dasyat betul keluaran kereta myvi kali ni ya.

5. Kemas dan lebih praktikal

Produa baru kali ini lebih mesra kepada wanita di luar sana. Menambah fungsi yang berguna kepada wanita ketika memandu seperti penyangkut beg tangan ataupun handbag holder.

Bukan itu saja, model Myvi 2025 turut mempunyai poket di bahagian kerusi untuk meletakkan telefon bimbit. Ruang yang selesa dan luas serta kemas akan menarik minat korang untuk membelinya.

Konklusinya..

Setiap harga yang Atok senaraikan mungkin berbeza mengikut interest rate terkini. Jadi, ia mungkin korang boleh jadikan sebagai harga rujukan sahaja. Harga bagi kereta Myvi paling murah berharga RM46,500.00 dengan anggaran ansuran bulanan RM492.00.

Jadi, artikel mengenai harga Myvi baru dan bayaran bulanan ini akan membantu korang membuat kira-kira. Walaupun begitu, ramai gila yang suka beli model Myvi baru yang terkini ni. Sehinggakan diangkat sebagai model paling laris dan laku keras.

Jadi, sebelum beli tu, fikir lah sebaik mungkin ye. Mengikut keperluan dan bajet yang korang ada. Akhir sekali, jadilah pengguna yang bijak. Sekian perkongsian mengenai harga Myvi baru dan bayaran bulanan daripada Atok. Semoga memberi manfaat kepada pembaca.

Info-info Lain

Bagi yang masih belum memahami apa itu i-saraan KWSP dengan lebih jelas, di sini akan diterangkan serba sedikit tentang apa itu i-saraan KWSP..

Topik Atok pada kali ini, kesultanan melayu Melaka dan perbincangan mengenai pengasasan dan sistem pentadbiran masyarakat melayu Melaka terdahulu..

Kali ini Atok akan kongsikan kelebihan selawat jibril yang antaranya membuka pintu rahmat dan menyingkap pintu rezeki. Mudah-mudahan korang boleh amalkan..

Di sini Atok sediakan 20 ucapan selamat pengantin baru (ringkas & islamik) untuk korang. Sesuai diujarkan kepada kawan, family & crush korang! Yeah..

Kali ini Atok akan kongsikan kepada korang tanda-tanda influenza A yang perlu diketahui. Pengesanan awal, boleh menyelamatkan nyawa korang..

Mesti korang serabut dan pening nak bawa barang apa masuk asrama. Jom baca senarai barang keperluan asrama perempuan yang wajib korang bawa..

Rasanya yang enak dan memiliki banyak kebaikan. Persoalannya, menghasilkan telur separuh masak berapa minit? Jadi, ini dia cara yang betul!

1 thought on “Harga Myvi Baru Dan Bayaran Bulanan (2025)”

Leave a Comment

error: Content is protected !!