Cara Solat Jamak Dan Qasar (Syarat & Niat)

Islam itu mudah. Kata-kata tersebut sering kita dengar walau dimana kita berada dan apa jua yang kita lakukan. Hal ini demikian kerana, Allah SWT sentiasa memudahkan hamba-hambanya dalam menjalankan ibadahnya terutama dalam ibadah solat walaupun dalam perjalanan atau pengembaraan yang jauh. Antara hadiah yang diberikan Allah SWT pada kita ialah kemudahan menjamak dan mengqasar solat ketika berpergian. Jom pelajari cara solat jamak dan qasar (syarat & niat).

Cara Solat Jamak Dan Qasar (Syarat & Niat)

Solat adalah satu kewajipan yang perlu dilakukan oleh semua umat islam dan jika ditinggal ianya berdosa. Hal ini sangat merisaukan bagi sesetengah individu di mana ada di antara individu yang bercuti dan pejalanan jauh sehingga tiada masa untuk berhenti berehat dan menunaikan solat.

Hal ini sangatlah mengkhawatirkan individu-individu tersebut. Namun begitu, bagi individu yang sedang dalam pejalanan yang jauh, korang sudah tidak perlu khuatir kerana korang boleh melakukan solat jamak dan qasar jika perjalanan korang melebihi 85 kilometer.

Oleh itu, bagi individu yang masih tidak arif mengenai solat jamak dan qasar ini, maka di sini akan dikongsikan serba sedikit tentang cara solat jamak dan qasar (syarat & niat) yang boleh korang pelajari.

Syarat- syarat musafir yang dibenarkan solat jamak dan qasar

Untuk makluman korang, berikut merupakan beberapa syarat- syarat musafir yang dibenarkan solat jamak dan qasar.

1) Destinasi yang hendak dituju haruslah melebihi dua marhalah atau di anggarkan 85 km sehingga 90 km iaitu bersamaan dengan 56 batu

2) Mengetahui destinasi yang ingin dituju

3) Musafir bukan tujuan untuk melakukan maksiat

Syarat bagi solat qasar

Seterusnya merupakan beberapa syarat bagi solat qasar sahaja.

1) Harus melepasi sempadan kawasan tempat tinggal.
2) Dalam keadaan musafr ketika melakukan solat qasar.
3) Pastikan solat fardhu empat rakaat.
4) Perlu berniat qasar ketika takbiratulihram.
5) Tidak berniat untuk bermukim atau bermusafir melebihi 4 hari dan tidak termasuk pejalanan pegi dan balik.
6) Tidak berimamkan imam yang melakukan solat sempurna rakaatnya.

syarat solat jamak

Selanjutnya, ini merupakan syarat-syarat solat jamak.

Untuk makluman korang juga, solat jamak terbahagi kepada dua iaitu jamak takdim dan jamak takhir.

Jamak takdim ialah menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu pertama sebagai contoh solat zohor dan maghrib.

Manakala bagi solat jamak takhir pula menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu solat yang kedua sebagai contoh asar dan Isyak.

Selain itu, bagi solat jamak takdim antara solat pertama dan kedua tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dan harus dilakukan secara berturut-turut dan berkekalan musafir sehingga mengangkat takbir solat kedua.

Manakala bagi solat jamak takhir pula ianya berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat. Justeru ini merupakan antara beberapa syarat bagi solat qasar dan jamak.

Seterusnya adalah niat dan cara solat qasar jamak takdim dan qasar jamak takhir yang perlu korang tahu.

Cara solat jamak Zohor dan Asar takdim (yang diqasarkan)

1) Berdiri dan menghadap kiblat, kemudian lafazkan niatnya dan yang paling wajib adalah niat semasa takbiratul ihram.

Lafaz niat solat jamak takdim (Zohor):

Usolli fardhaz zuhri qosron rak’ataini jam’a taqdiimin lillaahi ta’aala (dalam rumi)
Maksud: Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar secara jamak takdim kerana Allah taala.

2) Niatkan dalam hati ketika takbiratul ihram kemudian lakukan solat fardhu zohor sebanyak 2 rakaat dengan bacaan surah al-fatihah dan diikuti dengan surah yang lain.

3) Kemudian teruskan dengan lafaz niat jamak fardhu asar

Lafaz niat solat jamak takdim (Asar):

Usolli fardhol ‘asri qosron rak’ataini jam’a taqdiimin lillaahi ta’aala.
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar secara jamak takdim kerana Allah taala.

4) Niatkan dalam hati ketika takbiratul ihram dan lakukan solat fardhu asar sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-fatihah dan surah yang lain.

Nota: Jangan pisahkan antara kedua-dua solat Zohor dan Asar yang dijamak tersebut terlalu lama. Segera solat semula selepas habis.

Cara solat jamak takhir: (zohor dan asar)

1) Cara solat jamak takhir ialah dimulakan dengan solat fardhu asar. Berdiri dan menghadap kiblat dan lafazkan niat.

Lafaz niat solat jamak takhir (Asar):

Usolli fardhol ‘asri qosron rak’ataini jam’a tak-khiirin lillaahi ta’aala.
Maksud: Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar secara jamak takhir kerana Allah taala.

2) Niatkan dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram. Kemudian lakukan solat fardhu asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-fatihah dan diikuti dengan surah yang lain.

3) Teruskan dengan lafaz niat jamak solat zohor.

Lafaz niat solat jamak takhir (Zohor):

Usolli fardhaz zuhri qosron rak’ataini jam’a tak-khiirin lillaahi ta’aala.
Maksud: Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar secara jamak takhir kerana Allah taala.

4) Niatkan dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram dan kemudian lakukan solat fardhu zohor sebanyak 2 rakaat dengan bacaan surah al-fatihah dan diikuti dengan surah yang lain.

Demikian sedikit penjelasan tentang cara solat jamak dan qasar, termasuk syarat solat qasar, syarat solat jamak, cara solat jamak takdim Zohor dan Asar serta cara solat jamak takhir Zohor dan Asar. Pengetahuan ini perlu terutama korang yang bercadang melancong atau menempuh perjalanan yg jauh tidak lama lagi.

Rujukan Lain

Tak dpt tido malam sebab anak demam selsema? Baca dulu beberapa cara sembuhkan selsema bayi yang boleh ibu bapa lakukan. Mudah-mudahan berkesan..

Bagi korang yang ingin mengetahui di manakah Pusat Latihan Polis berada selain di Kuala Lumpur, ini dia beberapa senarai PULAPOL di Malaysia..

Bagi korang yang ingin mengetahui harga renew lesen memandu 2023, kali ini dikongsikan harga renew lesen dan dokumen yg perlu dibawa ke kaunter.

Bagi korang yang berminat menyertai PDRM dan menjadi polis, sila rujuk iklan jawatan kosong Polis Diraja Malaysia 2023 dan cara memohon di sini.

Setelah diperkenankan, inilah dia Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023 / Hari Raya Puasa 1444H. Selamat Hari Raya semua. Maaf zahir dan batin..

Koleksi ucapan hari lahir untuk orang tersayang yg korang boleh tiru dan edit. Berikan kpd ibu bapa, isteri, sahabat, adik beradik & sebagainya..

Di sini dikongsikan cuti bagi tarikh hari raya korban 2023 / hari raya haji 1444H mengikut negeri-negeri di Malaysia. Salam Aidiladha untuk semua..

Bagi korang yang ingin mempelajari format surat kiriman rasmi, berikut merupakan surat kiriman rasmi format dan contoh. Moga berguna..

Artikel ini berkaitan petua turunkan darah tinggi yang confirm berkesan, khas kepada mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi..

Leave a Comment

error: Content is protected !!