Cara Daftar MyBSN Online Banking

Korang dah lama ada akaun BSN? Asyik ke ATM bila nak semak baki? Bila nak tahu bantuan kerajaan dah masuk pun payah? Nak beli barang di Shopee pon tak bleh? Semua itu dah tak perlu dirisaukan lagi sekarang. Pakai jer myBSN Online. Jadi tutorial ringkas kita hari ni adalah mengenai cara daftar MyBSN online banking.

Cara Daftar MyBSN Online Banking

Apa itu myBSN?

MyBSN adalah Sistem Perbankan Internet oleh BSN. Ia mengandungi semua perkara tentang Bank Simpanan Nasional atau BSN termasuk maklumat korporat serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Ia juga boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan melalui internet.

Kemudahan Ditawarkan Oleh myBSN internet banking

  • Pertanyaan Baki / Semak Baki Akaun

Lihat Baki Akaun dan Rekod Transaksi (Deposit/Kad Kredit/SSP) korang.

  • Pemindahan Dana / Transfer Online

Pemindahan dana ke mana-mana bank dan nombor mudah alih.

  • Pembayaran Bil

Bayar bil korang pada bila-bila masa, di mana-mana jua.

  • Pembayaran Kad Kredit

Bayar kad kredit korang atau kad kredit pihak ke-3.
Permohonan PIN Kad Kredit
Permohonan untuk menukar PIN kad kredit.

  • Kad Debit

Kemas Kini Had Pembelian.
Kemas Kini Status Transaksi Luar Negara.
Kemas Kini Status Urusan Pembelian Dalam Talian.
Lapor Kad Hilang / Dicuri.

  • Simpanan e-SSP

Simpan untuk masa depan korang.

  • Pembelian PIN

Ingin melanjutkan pengajian korang ke peringkat lebih tinggi? Beli nombor ID unik atau No. PIN secara dalam talian. Hanya daripada BSN.

  • Topup Phone

Tiada masalah habis kredit telefon lagi. Tambah nilai mobile korang pada bila-bila masa, di mana-mana jua.

  • Arahan Tetap

Urus bayaran berkala korang ke akaun BSN dan akaun di bank lain secara dalam talian.

  • Pembayaran Pinjaman / Loan

Korang boleh membuat bayaran ke semua akaun Pinjaman BSN (Pinjaman Peribadi, Pinjaman Perumahan dan Sewa Beli).

  • Muat Turun e-Penyata

Mohon e-penyata melalui dalam talian.

  • Permohonan Dalam Talian

Permohonan e-Saver.
Permohonan untuk Kad Kredit.

  • Peti Masuk Mesej Terjamin

Tulis dan hantar mesej yang terjamin selamat untuk sebarang pertanyaan.

Nota: Atok telah dengan sedaya upaya memastikan tutorial cara daftar MyBSN online banking ini setepat yg boleh pada masa ia ditulis. Sekiranya ada perubahan semasa terhadap laman sesawang MyBSN atau update terkini pada Aplikasi Mobile MyBSN, ia adalah di luar kawalan atok.

Cara Daftar MyBSN Online Banking

1. Klik di sini untuk pendaftaran kali pertama.

first time registration BSN Online

2. Masukkan maklumat: Nombor Kad Debit / Kad Kredit, Nombor Pin (untuk Kad Debit Sahaja), tarikh tamat tempoh Kad dan CVV2.

Masukkan maklumat di BSN Online

3. Masukkan nombor Kad Pengenalan baru / Kad Pengenalan lama / nombor Passport.

Masukkan no kad pengenalan di BSN Online

4. Masukkan ID Pengguna baru, mohon dan masukkan Kata Laluan Satu Kali atau One Time Password (OTP) dan pilih gambar keselamatan.

Masukkan id pengguna baru di BSN Online

Sesudah siap semua langkah di atas, korang dah boleh melihat senarai akaun di menu ‘Account Overview’.

Nota: Tapi untuk melakukan transaksi perbankan seterusnya di dalam MyBSN Internet Banking, pengesahan diri buat kali pertama wajib dilakukan.

Mengaktifkan akses myBSN Internet Banking

Terdapat dua (2) cara untuk mengaktifkan akses myBSN Online Banking korang:

Pertama:

Sila dapatkan bantuan dari kakitangan BSN jika korang berada di Cawangan. Ni paling senang kalau kebetulan.

Kedua:

Satu lagi, Korang kena hubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di 1-300-88-1900 (Dalam Negara) / +603-2613 1900 (Luar Negara). Pusat Khidmat Pelanggan BSN beroperasi dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam sahaja.

Login BSN Online (Untuk Kali Pertama)

Selepas mendaftar di BSN Online dan dah buat salah satu cara mengaktifkan akses myBSN di atas, korang sudah boleh log masuk ke akaun MyBSN. Ikuti langkah di bawah untuk log masuk buat kali pertama :

  1. Sila ke laman web MyBSN Online.
  2. Masukkan Username, seperti korang dah daftarkan sebelum ini di MyBSN.
  3. Klik butang Login untuk mengakses ke akaun korang.
  4. Buat varifikasi Online Image. Kalau sama seperti yang korang pilih semasa pendaftaran, maka kira ok. Kalau tak sama, maknanya userneme yg korang masukkan tu salah.
  5. Masukkan Password yang telah korang setkan semasa mendaftar.
  6. Isikan maklumat peribadi korang setelah dapat akses masuk. Ini penting.
  7. Pilih soalan rahsia korang dan sertakan sekali jawapan korang. Bagi setiap soalan yang korang pilih tu.
  8. Selesai, kini korang dah berjaya log masuk ke akaun BSN Online. Dan dah boleh buat transaksi.

Beberapa persoalan tentang BSN Online

Perlukah saya membuka akaun baharu untuk Perbankan Internet BSN Online?

Tidak perlu. Korang boleh gunakan akaun BSN dan nombor kad ATM yang sedia ada tu.

Saya tiada akaun BSN. Bolehkah saya menggunakan perkhidmatan MyBSN Online Banking?

Tidak. Untuk berurusan secara dalam talian dengan MyBSN, korang perlu memiliki Akaun Simpanan dengan kad ATM dan PIN ATM. Barulah boleh mendaftar dengan MyBSN Online Banking.

Bolehkah saya daftar nombor telefon bimbit luar negara?

Tidak. Buat masa ini, MyBSN tidak buka pendaftaran TAC menggunakan nombor telefon bimbit luar negara.

Perlukah saya daftar semula MyBSN Online Banking selepas kad ATM saya diganti baharu disebabkan kecurian atau kehilangan?

Tidak. Korang tidak perlu lagi membuat pendaftaran semula.

Jika saya lupa password MyBSN Online Banking, bagaimana boleh saya dapatkan password baharu?

Jangan panik. Korang cuma perlu klik ‘Forgot Password’ dan masukkan butiran kad dan pin.

Bolehkah saya tukar password MyBSN Online Banking saya?

Boleh. Log masuk ke MyBSN dan klik Profile Management. Pilih Change Password dan mohon TAC. Selepas dapat SMS. Masukkan nombor TAC dan tukar kata laluan la korang.

Apa perlu saya buat jika terlupa username MyBSN Online Banking?

Untuk yang ini, korang memang kena hubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1300 88 1900 (Dalam Negara) atau +603-2613 1900 (Luar negara).

Sejarah Ringkas Bank Simpanan Nasional (BSN)

Bank Simpanan Nasional Malaysia (BSN) merupakan sebuah pertubuhan perbadanan yg diperbadankan di bawah Akta Bank Simpanan Nasional 1974 dan ditubuhkan pada tanggal 01 Disember 1974.

Di bawah Akta Parlimen 146 – Undang-Undang Malaysia 1974 di bawah kendalian Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah. Ia dilancarkan dengan rasminya pada tarikh 5 Disember 1974 oleh Perdana Menteri pada ketika itu yakni Allahyarham Tun Abdul Razak.

Di mana, Bank Simpanan Nasional (BSN) telah mengambil alih kesemua tugas dan tanggungjawab di bawah Akta Bank Simpanan Pejabat POS. Khidmat Post Office Savings Bank ini telah wujud sejak zaman pemerintahan British sehinggalah ke pasca merdeka. Ringkasnya, Bank Simpanan Nasional (BSN) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

Penutup

So, itulah dia tutorial mudah mengenai cara daftar MyBSN online banking dan juga cara login BSN Online untuk kali pertama. Pasni tak payah lagi asyik ke ATM bila nak semak baki atau bila nak tahu bantuan kerajaan dah masuk belum. Nak beli barang di Shopee pon dah takde masalah. Cuma jangan berhabisan sangat, jimat-jimat juga untuk masa depan. Haha..

Rujukan Lain

Ada rumah lelong murah berdekatan? Atau korang mmg dah lama berniat membeli rumah lelong? Jom kita lihat adakah berbaloi beli rumah lelong..

Korang tidak perlu berasa bimbang sekiranya masih tidak tahu bagaimana cara solat yang betul bagi wanita. Baca cara solat sempurna bagi wanita ni..

Korang perlu membuat semakan untuk mengetahui sama ada korang memiliki saman atau tidak. Jom check saman online PDRM di sini..

Apabila suami mula curang, sebagai seorang isteri pasti akan berasa cemburu dan marah. Mari baca cara bagaimana menangani suami curang..

Tgh solat, time tu la baru teringat keta dah kunci ke belum. Tgh solat, dalam hati berkata ‘harap2 selipar aku tak diambil orang la hendaknya’. Jom baca cara untuk khusyuk dalam solat..

Perkongsian cara download slip gaji online melalui tiga kaedah iaitu: penyata gaji bulanan, penyata gaji tahunan dan penyata gaji untuk pinjaman..

Ramai yang masih kurang jelas bagaimana cara membuat tuntutan MySalam. Jom baca cara membuat tuntutan MySalam RM700 dan MySalam penyakit kritikal..

Atok ringkaskan di sini kelayakan cuti kakitangan awam setakat yang termampu, kalau ada tersilap mohon betulkan di ruangan komen. Moga bermanfaat..

Muka korang penuh jerawat? Baca 3 cara hilangkan jerawat pasir di dahi dengan cepat dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah ini..

Leave a Comment

error: Content is protected !!