Musim-musim hujan ni, banyak kawasan yg berpotensi dinaiki banjir. Bagaimana cara menyemak kawasan banjir terkini? Bagaimana pula cara menyemak aras air? Korang boleh berbuat demikian di MyPublic Infobanjir.
Apa itu banjir?
Banjir atau bah adalah satu keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat luas yang biasanya kering. Banjir kerap berlaku di kawasan rata atau rendah ketika kadar air yang dibekalkan oleh hujan lebih tinggi daripada kadar pengeringan.
Lebihan air ini akan terkumpul di suatu tempat atau kawasan dan kadang-kadang boleh mencapai tahap kedalaman berbahaya. Permukaan tanah boleh menjadi tepu dengan air yang menghentikan penyusupan air dengan berkesan.
Penyusupan air juga lambat di kawasan tanah padat, batu, konkrit, kawasan berturap atau berbumbung. Banjir biasanya bermula di kawasan rata seperti dataran dan di kawasan depresi tempatan yang tidak tersambung ke saluran aliran kerana halaju aliran darat bergantung pada cerun permukaan. Lembangan endoreik mungkin mengalami banjir di kawasan ketika taburan air melebihi kadar penyejatan.
Selain itu, banjir juga boleh berlaku akibat limpahan dari takungan air seperti sungai, tasik atau lautan. Air akan melimpah atau mungkin memecahkan benteng dan mengakibatkan air tersebut melepasi dari sempadan biasa.
Ini kalau banjir musim tengkujuh, bagaimana pula dengan banjir kilat?
Apa itu banjir kilat?
Banjir kilat jauh lebih berbahaya dengan banjir biasa. Banjir kilat berlaku apabila peningkatan aras air permukaan berlaku dengan cepat disebabkan curahan hujan lebat dalam satu tempoh yang singkat. Cuma bagusnya ialah air banjir kilat surut dengan cepat selepas hujan berhenti.
Banjir kilat disebabkan oleh kadar aliran permukaan yang banyak (run-off). Disebabkan kadar susupan air oleh liang-liang pori tanah yang rendah. Ini disebabkan oleh permukaan tanah bandar diliputi oleh lapisan tar, aspalt, bitumen dan sebagainya.
Banjir kilat pada kebiasaanya berlaku di kawasan-kawasan bandar. Lebih tepat lagi, bandar yang sedang mengalami proses urbanisasi pesat. Kepesatan ini menyebabkan kekurangan litupan tumbuh-tumbuhan dan ditambah pula dengan proses pengondolan pada kawasan tadahan hujan.
Berikut adalah bandar yang pernah mengalami banjir kilat pada tahun 2020 dan 2021:
- Banjir Kilat Di Pahang
- Banjir Kilat Kuala Terengganu
- Banjir Kilat Ipoh & Kinta Perak
- Banjir Kilat Di Segambut dan Setiawangsa
- Banjir Kilat Hulu Langat, Selangor
- Kajang Dan Bangi, Selangor Dilanda Banjir Kilat
- Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat
- Banjir Kilat Di Kota Kinabalu
- Banjir Kilat Di Seremban, Negeri Sembilan
Aplikasi MyPublic Infobanjir
Aplikasi MyPublic Infobanjir merupakan aplikasi yang direka untuk memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat banjir yang terperinci berhubung bencana alam ini. Aplikasi ini menyediakan data banjir untuk 1 500 kawasan di seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak. Aplikasi ini juga mengeluarkan hebahan amaran banjir yang boleh diakses secara real time.
Sekitar tahun 2014, bencana banjir ekstrem telah melanda beberapa negeri di Malaysia membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Johor, Sabah dan Sarawak. Kejadian banjir ekstrem di tiga negeri pantai timur Semenanjung Malaysia telah mengorbankan 25 nyawa dan anggaran kerugian adalah berjumlah RM 2.85 bilion ringgit.
Berikutan bencana tersebut, JPS telah meningkatkan sistem ramalan dan amaran banjir di seluruh negara melalui Program Ramalan dan Amaran Banjir yang akan dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun (2015-2025). Dengan penambahbaikan demi penambahbaikan, JPS telah meningkatkan sistem hebahan maklumat banjir di mana laman sesawang Public Infobanjir telah ditambahbaik dengan memasukkan dua elemen baru iaitu paparan yang informatif dan maklumat ramalan dan amaran banjir lebih awal.
Maklumat ramalan banjir 2 hari sebelum berlaku banjir di lokasi terpilih dipaparkan dengan lebih interaktif, gabungan peta lokasi dan senarai kawasan yang dijangka akan banjir.
Ini cara menyemak kawasan banjir terkini untuk makluman bersama.
1) Semakan Info Banjir di Portal JPS (MyPublic InfoBanjir)
a) Untuk semakan notifikasi aras air dan hujan terkini melalui laman web Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), korang follow link ini : https://publicinfobanjir.water.gov.my/
b) Bagi menyemak keamatan Hujan (dalam satu jam), korang boleh follow link ini: https://publicinfobanjir.water.gov.my/hujan/
Petunjuk:
Hujan Renyai 1-10 (mm) – warna hijau
Hujan Sederhana 11-30 (mm) – warna kuning
Hujan Lebat 31-60 (mm) – warna jingga
Hujan Sangat Lebat >60 (mm) – warna merah
c) Untuk menyemak aras air, korang boleh follow link ini: https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air/
Petunjuk Aras Air
Normal – warna hijau
Waspada – warna kuning
Amaran – warna jingga
Bahaya – warna merah
c) Untuk menyemak amaran banjir, korang boleh follow link ini: https://publicinfobanjir.water.gov.my/ramalan/amaran-banjir/
Selain itu, korang juga boleh dapatkan info melalui Facebook MyPublic InfoBanjir: https://www.facebook.com/publicinfobanjir
2) Info Cuaca / Amaran Terkini MetMalaysia
Untuk mendapatkan info cuaca terkini serta amaran berkaitan hujan atau ribut, sila layari Portal Jabatan Metereologi Malaysia melalui pautan berikut: https://www.met.gov.my/
Pelbagai info cuaca terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sila dapatkan maklumat yang sahih melalui laman web Jabatan Metereologi Malaysia ini.
Selain itu, korang juga boleh dapatkan info terkini melalui media sosial, korang juga boleh follow Twitter rasmi MetMalaysia di @metmalaysia
3) Info bencana alam atau banjir NADMA
Untuk maklumat lanjut tentang bencana alam atau banjir, korang juga dinasihatkan melayari Portal Bencana NADMA melalui pautan ini: https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan
Itulah dia tiga cara menyemak kawasan banjir terkini dan aras air. Moga berguna untuk korang dan semoga kita terus berwaspada, mematuhi SOP dan atok doakan keselamatan rakyat Malaysia agar semuanya baik-baik sahaja.
Rujukan Lain
Di sini diterangkan cara semakan penyata KWSP online melalui i-Akaun dan cara pendaftarannya bagi individu yang baru mula membuka KWSP..
Jadual tarikh bayaran PERKESO 2023 ini adalah berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh pihak PERKESO di portal rasmi mereka. Moga bermanfaat..
Di sini atok kongsikan senarai cuti umum Kelantan 2023. Semoga perkongsian cuti umum Negeri Kelantan bagi Tahun 2023 ini membantu korang hendaknya.
Dah lama korang tak puasa kan? Niat pun dah hampir terlupa. Jadi kali ini kita nak ulangkaji sikit lafaz niat puasa ramadhan sebulan penuh dan sehari..
Sebagai rakyat Malaysia, ketahuilah oleh mu akan intipati-intipati bajet 2023 ini. Termasuk bajet 2023 penjawat awam, bajet 2023 b40 dan lain-lain..
Baca 5 cara melegakan batuk bayi bagi ibu bapa yang agak sibuk atau menghadapi sebarang masalah untuk membawa bayi ke klinik. Penting untuk diketahui..
Bagi korang yang ingin mempelajari format surat kiriman rasmi, berikut merupakan surat kiriman rasmi format dan contoh. Moga berguna..
Bagi korang yang ingin menyambung pengajian di UiTM, di sini dikongsikan beberapa senarai kursus pengajian di UiTM dan lokasi kampus..