Rumah lelong didefinisikan sebagai hartanah yang akan dijual oleh pihak bank melalui lelongan awam yang dibuat sama ada di pejabat tanah, mahkamah atau di tempat lelongan awam seperti di dewan atau di hotel. Justeru, hartanah lelong bank lebih rendah iaitu di antara 30% – 50% daripada harga pasaran semasa. Oleh kerana itu harga rumah lelong lebih murah berbanding harga rumah biasa. Namun begitu, bagi individu yang berniat untuk membeli rumah lelong atau sudah pun membeli rumah lelong, pasti tertanya-tanya kembali, sama ada beli rumah lelong terus dari bank tu berbaloi atau tidak? Oleh itu mari kita lihat sama ada berbaloi ataupun tidak, beli rumah lelong terus dari bank ini.
Pada zaman kini, ramai rakyat Malaysia sanggup memerah keringat mereka bekerja siang dan malam untuk mengumpul duit bagi memenuhi impian mereka iaitu salah satunya adalah membeli rumah. Hal ini demikian kerana, umum mengetahui harga rumah pada zaman kini tidaklah begitu murah dan makan masa bertahun-tahun untuk membeli sebuah rumah bagi individu yang menghasilkan gaji yang sedikit.
Kebanyakan yang berniat untuk membeli rumah ini adalah golongan bujang yang ingin mendirikan rumahtangga sebagai persiapan sebelum berkahwin. Namun begitu, ada juga golongan muda mahupun yang lebih berusia yang sudah berkahwin ingin membeli rumah bagi memberikan keselesaan kepada pasangan masing-masing.
Namun begitu, disebabkan harga rumah sekarang sangat mahal dan memerlukan masa bertahun-tahun untuk mengumpul duit dan membeli rumah idaman, oleh itu ada di antara individu yang sanggup membeli rumah lelongan.
Hal ini dikatakan demikian kerana, rumah lelongan ini di katakan di jual dengan harga yang lebih murah daripada harga rumah di pasaran.
Pilihan Harga
Jika dilihat dari segi kelebihan, beli rumah lelong terus dari bank sememangnya berbaloi kerana harga yang dijual lebih rendah berbanding harga pasaran. Bukan itu sahaja, apabila seseorang individu itu berminat untuk membeli rumah lelongan secara tidak langsung individu tersebut sudah menetapkan bajet bagi harga rumah lelong yang ingin dibeli.
Hal ini demikian kerana, rumah lelongan mempunyai pelbagai pilihan harga di mana setiap individu yang membeli boleh memilih mana-mana rumah yang harganya sesuai dengan bajet. Justeru, pilihan harga menjadi salah satu aspek jika korang mempersoalkan adakah berbaloi beli rumah lelong.
Duit deposit lesap
Namun begitu, walaupun beli rumah lelong terus dari bank membantu seseorang individu itu mendapatkan harga yang murah, namun terdapat juga kekurangan atau keburukan jika membeli rumah lelong. Keburukkannya adalah duit deposit seseorang itu boleh lesap.
Bagi yang belum mengetahui, di Malaysia terdapat dua lelongan iaitu Loan Agreement Cum Assignment (LACA) yang memerlukan seseorang individu meletakkan deposit sebanyak 5% dan Non-LACA yang memerlukan 10% daripada harga reserved.
Bukan itu sahaja, bagi harga rumah LACA, baki bayaran keseluruhan perlu diselesaikan dalam masa 90 hari manakala untuk Non-LACA perlu diselesaikan dalam masa 120 hari.
Justeru bagi yang bercadang untuk membeli rumah lelong terus dari bank, pastikan tunai yang ada mencukupi untuk membayar baki jumlah keseluruhannya bagi mengelakkan deposit seseorang individu lesap begitu sahaja.
Bil Tertunggak
Selain itu, masalah bil tertunggak juga boleh menjadi salah satu keburukan jika membeli rumah lelong terus dari bank. Hal ini demikian kerana, bagi individu yang sudah berjaya membeli rumah lelongan, mereka terpaksa menyelesaikan segala hutang bil yang tertunggak bagi rumah tersebut, jika rumah yang dilelong itu mempunyai sebarang bil yang tertunggak.
Jika nasib seseorang individu itu tidak begitu baik, maka individu itu akan mendapat rumah lelongan yang masih memiliki hutang bil yang belum diselesaikan. Oleh itu, bagi individu yang ingin membeli rumah lelong terus dari bank perlulah menyemak dahulu bil yang tertunggak pada rumah lelong tersebut.
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi kelebihan dan keburukan dalam pembelian rumah lelongan ini. Namun begitu, di atas ini terdapat sedikit kelebihan dan kekurangan pembelian rumah lelongan yang korang perlu tahu. Justeru, melalui perkara yang dinyatakan, seseorang individu itu boleh menilai adakah berbaloi beli rumah lelong atau pun tidak.
Korang ada pengalaman membeli rumah lelong terus dari bank? Jom, kongsikan dengan atok untuk dijadikan panduan pembaca lain.
Rujukan Lain
Kalendar cuti sekolah dan cuti umum 2023 ini adalah untuk memudahkan masyarakat merancang perjalanan dan perbelanjaan yg terlibat. Moga bermanfaat!
Ramai anak muda yg jarang ikut solat jenazah. Jadi, bagi yg nak belajar tu, atok kongsikan di sini cara dan panduan solat jenazah JAKIM.
Bimbang rekod kewangan telah disenaraihitam oleh pihak bank? Sini atok bincangkan seringkasnya bagaimana cara semak blacklist bank negara..
Antara universiti awam atau universiti swasta, mana satu pilihan korang? Oleh itu, jom kita lihat senarai lengkap IPTA di Malaysia..
Hutang keliling pinggang? Mahu bebas daripada hutang dgn segera? Jadi jom kita lihat cara membayar hutang dengan cepat menurut islam..
Bakal menunaikan umrah tidak lama lagi? Di sini atok list-kan senarai barang umrah untuk wanita. Hanya yg paling asas dan mustahak saja..
Di sini atok kongsikan senarai cuti umum 2023 Sabah. Semoga perkongsian cuti umum Wilayah Sabah bagi Tahun 2023 ini membantu korang hendaknya.
Asyik ke ATM bila nak semak baki duit? Baca tutorial mengenai cara daftar Maybank2u online banking dan juga cara tukar password Maybank2u di sini.
Panik, fobia, gugup, gementar atau bimbang adalah tanda tanda anxiety. Atok akan kongsikan kepada korang tanda tanda anxiety attack pada seseorang..
Assalamualaikum
Kak sury nak tanya utk rumah lelong bawah 100k , nak standby dlm bape rm cash ?