Apa yang korang perlu bawa apabila masuk asrama? Mesti korang serabut dan pening nak bawa barang apa je kan. Takut tinggal benda-benda keperluan yang penting pula. Tak pasal-pasal kena buat kerja dua kali. Artikel Atok kali ini akan kongsikan barang keperluan asrama perempuan yang wajib korang bawa apabila diterima masuk ke asrama.
Isi Kandungan
Senarai ini juga berguna kepada korang yang baru nak masuk sekolah berasrama, universiti ataupun kolej yang mewajibkan tahun pertama perlu duduk di asrama. Kalut korang, kalut lagi mak ayah yang sibuk dengan persiapan anak-anak yang perlu masuk asrama.
Mesti korang terfikir nak masukan barang apa dalam bagasi korang nantikan? Jadi, jom teruskan baca sedikit pesanan ni Atok untuk memastikan list check barang keperluan asrama perempuan lengkap.
Barang keperluan asrama perempuan:
1. Dokumen
Setiap kemasukan asrama, dokumen merupakan benda wajib yang korang perlu bawa. Jangan dilupa dan jangan sampai tinggal pula. Setiap pendaftaran pertama untuk kemasukan asrama sememangnya perlu membawa beberapa dokumen yang wajib untuk ditunjukkan kepada pihak pengurusan apabila di minta. Atok sarankan simpan semua dokumen dalam satu fail untuk memudahkan korang mencarinya nanti.
2. Baju lengan panjang
Untuk pelajar perempuan, pastikan korang wajib bawa baju panjang lengan. Kenapa, ia bertujuan untuk memudahkan korang memakai semasa melakukan aktiviti rasmi yang di jalankan oleh pihak sekolah. Kalau bawa lebih pun lagi better lah.
3. Tudung sarung
Tudung sarung ni benda yang wajib korang ada. Senang korang nak sarung je dekat kepala. Tak perlu iron bagai. Kebiasaannya, di luar asrama mesti korang malas nak cantik lebih-lebih lagi nak iron tudung. Tudung sarung kan ada, korang nak pergi mana-mana sarung sahaja tudung. Tak payah nak membuang masa untuk cari tudung dan gosok.
4. Baju kurung
Baju kurung memang wajib korang bawa. Sebab, selalunya asrama mempunyai waktu prep di mana korang ada yang perlu memakai baju kurung. Selain itu, asrama selalunya mempunyai aktiviti rasmi dan orang perlu memakai baju kurung. Tapi, jangan lah korang bawa baju kurung yang sarat dengan perhiasan di baju. Sebaiknya, bawa baju kurung tradisional yang simple dan kemas.
5. Telekung
Membawa telekung sendiri merupakan perkara wajib korang perlu buat ketika masuk asrama. Hal ini demikian kerana, ia akan memudahkan korang menunaikan solat ketika berada di asrama.
Kalau bawa telekung tu, jangan lupa bawa sejadah sekali. Senang korang nak solat di asrama atau pun surau sekolah. Tapi kebiasaannya korang akan ke surau untuk solat berjemaah.
6. Kain dan baju dalam (singlet)
Ini juga adalah barang asrama perempuan yang amat mustahak. Pastikan korang membawa baju dan kain dalam yang cukup selama 7 hari. Kalau korang rajin, boleh lah basuh setiap hari ke. Untuk ini biasanya singlet berwarna putih ataupun hitam untuk dikenakan bila memakai baju sekolah ataupun baju kurung. Manakala, kain dalam pula jangan lupa bawa beberapa helai untuk mengelakkan kaki kelihatan daripada jauh.
7. Anak tudung
Anak tudung memang wajib dibawa, ia akan membantu korang menutup rambut dan kemas apabila memakai tudung kan. Pastikan bawalah anak tudung tambahan. Jangan sampai korang pakai anak tudung yang sama sehingga berbau kan? Jadi, bawalah anak tudung lebih. Biasanya asrama ni, barang korang akan bercampur dan berkemungkinan mudah hilang. Jadi, make sure bawa anak tudung tambahan.
8. Selipar
Selain daripada waktu sekolah, korang mesti keluar jalan pergi mana-mana kan. Jadi, korang perlu memakai selipar misalnya perlu ke tandas. Jangan pakai kasut pula.
9. Keperluan mandi
Baldi, gayung dan tuala perkara penting korang kena sediakan ketika masuk ke asrama. Ini tiga barang keperluan asrama untuk perempuan yang mandatori. Baldi akan memudahkan korang membasuh kain dan gayung pula gunakan semasa mandi. Biasanya, pihak asrama tidak akan sediakan korang pancuran air tau. Tuala tu, korang boleh lah sediakan dua helai, jangan pinjam tuala kawan pula.
10. Penyangkut baju dan penyepit baju
Kedua-dua item ini salah satu barang keperluan asrama perempuan wajib korang bawa. Lagi-lagi korang bawa baju banyak pula kan. Tak adalah locker baju korang serabut dan untuk kelihatan kemas penyangkut bajulah penyelamatnya. Jimat ruang pula tu.
Penyepit baju pula bertujuan untuk memudahkan korang menjemur baju dan pakaian in case korang duduk di tingkat atas. Perlu sidai baju pakaian agar tidak terjatuh. Satu hal korang kena basuh untuk kali kedua pula.
Korang perlu lebih alert dalam menyediakan senarai barang keperluan asrama perempuan. Namun setahu Atok, pihak asrama akan menyediakan senarai mengenai barang yang perlu dibawa atau dibeli. Tapi, untuk memudahkan korang, Atok juga ada menyediakan senarai keperluan dan kelengkapan yang korang perlu bawa apa bila masuk ke asrama perempuan.
Akhir kata dari Atok, diucapkan tahniah kepada korang yang dapat masuk ke asrama perempuan. Belajar rajin-rajin tau dan all the best.
Info-info Lain
Tahu tak, sapa orang dalam gambar duit kertas tu? Itulah Agong yang pertama. Ok.. Pada kali ini jom kita tengok senarai yang DiPertuan Agong Malaysia.
Korang tiada sejarah mempunyai kencing manis tapi risau? Sebagai langkah berjaga-jaga, baca tanda tanda kencing manis pada peringkat awal ini..
Bagi yang masih belum memahami apa itu i-saraan KWSP dengan lebih jelas, di sini akan diterangkan serba sedikit tentang apa itu i-saraan KWSP..
Topik Atok pada kali ini, kesultanan melayu Melaka dan perbincangan mengenai pengasasan dan sistem pentadbiran masyarakat melayu Melaka terdahulu..
Kali ini Atok akan kongsikan kelebihan selawat jibril yang antaranya membuka pintu rahmat dan menyingkap pintu rezeki. Mudah-mudahan korang boleh amalkan..
Di sini Atok sediakan 20 ucapan selamat pengantin baru (ringkas & islamik) untuk korang. Sesuai diujarkan kepada kawan, family & crush korang! Yeah..
Kali ini Atok akan kongsikan kepada korang tanda-tanda influenza A yang perlu diketahui. Pengesanan awal, boleh menyelamatkan nyawa korang..
very good!