Pendaftaran SPM Persendirian 2024

Selain kita mendengar tentang SPM percubaan, pernah tak korang dengar tentang SPM Persendirian? Kalau korang nak tahu, SPM Persendirian ini adalah merupakan peperiksaan yang dikhususkan buat mereka yang tidak pernah menduduki peperiksaan SPM. Ini bermaksud SPM Persendirian ini lebih tertumpu kepada golongan atau individu yang tercicir di alam persekolahan atau atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan terpaksa mengambil SPM secara persendirian. Oleh itu, bagi mereka yang ingin ambil SPM persendirian ini, maka di bawah ini akan dikongsikan tentang cara pendaftaran SPM Persendirian 2024 yang korang perlu tahu.

Cara Mengambil SPM Persendirian

Korang juga kena tahu antara calon-calon yang layak untuk mengambil peperiksaan SPM Persendirian ini adalah dari golongan individu yang tidak menamatkan persekolahan sehingga tingkatan 5 dan kebiasaanya mereka berhenti setelah tamat Pendidikan menengah rendah (PMR) iaitu tingkatan 3.

Selain itu, individu yang tidak pernah bersekolah atau tercicir dari arus pendidikan dan biasanya mereka daripada golongan yang susah dan individu yang dibuang sekolah dan tidak menamatkan persekolahan sehingga tingatan 5.

Akhir sekali, pelajar-pelajar sekolah swasta & Maahad Tahfiz, ini juga adalah kalangan yang perlu mengambil SPM secara persendirian.

SPM dalam erti kata lain adalah Sijil Pelajaran Malaysia yang diduduki oleh semua calon tingkatan 5 di setiap sekolah di seluruh negeri di Malaysia. Dan mereka yg tidak b3rsekolah lagi.

Selain daripada yg disebutkan di atas, dipanggil – SPM calon sekolah. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini sangat penting untuk semua pelajar tingkatan 5 bagi menilai setiap mata pelajaran yang korang pelajari di sekolah dan juga ianya adalah penentu sama ada korang layak untuk memohon UPU bagi menyambung pengajian di peringkatan universiti.

Apa itu SPM?

Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM adalah sejenis peperiksaan yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ini ialah 17 tahun, iaitu semasa di Tingkatan 5. Ia merupakan ujian awam terakhir pendidikan menengah atas.

Sijil Pelajaran Malaysia juga adalah syarat asas untuk pelajar di Malaysia menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Selepas memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia, pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil STPM, Matrikulasi atau kursus asas universiti. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-level.

Bermula dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2021, KPM mulai menggunakan format baharu KSSM menggantikan format lama KBSM. Sementara, untuk kertas Bahasa Inggeris pula, KPM mula menjajarkan format peperiksaan Bahasa Inggeris agar sejajar dengan Common European Framework of Reference atau CEFR yang digunakan di peringkat antarabangsa.

Makluman: pendaftaran SPM persendirian 20234 sudah ditutup oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pendidikan.

Pendaftaran SPM persendirian 2024

Berikut merupakan cara daftar SPM persendirian 2024:

1. Korang perlulah melayari laman web Pendaftaran calon SPM Persendirian dan kemudian klik bahagian ‘SPM Tahun 2024’ dan kemudian klik ‘Daftar Calon Baharu’.

2. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan kemudian tekan butang ‘Mohon’.

3. Setelah berjaya masukkan nombor kad pengenalan, sahkan maklumat yang telah diisi. Namun begitu, sebelum disahkan pastikan kad pengenalan merupakan kad milik korang. Seterusnya, tekan butang ‘Teruskan’.

4. Selanjutnya, apa yang korang perlu lakukan adalah korang perlu memilih mata pelajaran yang korang ingin di daftarkan dan seterusnya tekan butang’Teruskan’.

5. Kemudian korang kena pastikan mata pelajaran elektif sebagai mata pelajaran tambahan sekiranya korang memilih 10 mata pelajaran. Pemilihan mata pelajaran juga tidak boleh kurang dan juga tidak boleh lebih daripada bilangan yang telah ditetapkan dan kemudian tekan butang ’Teruskan’.

6. Seterusnya, korang perlu memilih pusat peperiksaan dan tekan butang ‘Teruskan’ untuk membuat semakan.

7. Setelah korang selesai memilih pusat peperiksaan, korang perlu menyemak pendaftaran dan kemudian tekan butang ‘Hantar’.

8. Apabila semua maklumat pendaftaran SPM persendirian 2024 sudah berjaya dihantar, apa yang korang perlu buat atau lakukan adalah korang perlu memastikan bayaran yuran peperiksaan dibuat secara perbankan elektronik. Ini kerana, setiap permohonan yang sudah dibayar sahaja akan diproses.

Tarikh-tarikh penting pendaftaran SPM persendirian 2024

PERKARATARIKH
1.Tempoh pendaftaran calon persendirian SPM 202301/03/2024 – 14/06/2024
2.Tarikah semakan status pendaftaran calon persendirian SPM 2023mulai 07/04/2024
3.Tarikh peperiksaan SPM 2024November 2024

Nota:

  • Bayaran Proses Lewat Daftar sebanyak RM150.00 dikenakan bagi calon yang membuat bayaran dan lewat daftar mulai 08/06/2024 – 14/06/2024.
  • Bayaran-bayaran lain (Bayaran Asas dan Bayaran Mata Pelajaran) adalah mengikut kadar sedia ada.

Justeru, ini merupakan antara proses atau cara permohonan spm persendirian 2024 online bagi mereka yang mengambil SPM calon Persendirian. Namun begitu, setiap pendaftaran SPM Persendirian yang dilaksanakan ini, ianya bergantung pada tarikh pengumuman yang akan di buat. Di mana, korang boleh daftar SM Persendirian 2024 ini jika telah diumumkan tarikh pendaftaran untuk SPM Persendirian.

Kesimpulannya, walau pun masih terdapat golongan pelajar yang tidak dapat untuk mengambil SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia iaitu salah satu peperiksaan umum atas sebab beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Namun atas keperhatinan terhadap para pelajar yang ingin mengambil peperiksaan SPM ini, maka peluang telah diberikan kepada mereka yang ingin menduduki SPM Persendirian.

Justeru, untuk korang yang betul-betul mahu mengambil peperiksaan SPM Persendirian ini, maka korang bolehlah melihat cara yang telah dinyatakan di atas iaitu cara pendaftaran SM Persendirian 2024. Bukan itu sahaja, adalah diharapkan perkongsian tentang cara daftar spm persendirian 2024 online yang dinyatakan di atas ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar yang ingin mengambil peperiksaan SPM Persendirian.

Rujukan Lain

Dah lama korang tak puasa kan? Niat pun dah hampir terlupa. Jadi kali ini kita nak ulangkaji sikit lafaz niat puasa ramadhan sebulan penuh dan sehari..

Sebagai rakyat Malaysia, ketahuilah oleh mu akan intipati-intipati bajet 2023 ini. Termasuk bajet 2023 penjawat awam, bajet 2023 b40 dan lain-lain..

Baca 5 cara melegakan batuk bayi bagi ibu bapa yang agak sibuk atau menghadapi sebarang masalah untuk membawa bayi ke klinik. Penting untuk diketahui..

Bagi korang yang ingin mempelajari format surat kiriman rasmi, berikut merupakan surat kiriman rasmi format dan contoh. Moga berguna..

Musim-musim hujan ni, banyak kawasan yg berpotensi dinaiki banjir. Bagaimana cara cek kawasan banjir? Bagaimana pula cara semak aras air? Baca sini..

Di sini, atok kongsikan jadual bayaran pencen JHEV 2024. Untuk dijadikan rujukan kepada para veteran tentera. Moga bermanfaat untuk semua..

Ini ialah jadual waktu peperiksaan SPM 2024. Termasuk jadual waktu SPM untuk ujian amali dan jadual waktu SPM untuk ujian bertulis..

Malas nak jalan jauh-jauh pegi kaunter semata-mata nak beli tiket bas? Tiada masalah. Kita belajar cara beli tiket bas online kali ni..

3 thoughts on “Pendaftaran SPM Persendirian 2024”

Leave a Comment

error: Content is protected !!