Tips Penjagaan Kereta Warna Putih

Lazimnya, Hal ini terjadi kerana individu tersebut kurang menitikberatkan penjagaan yang rapi terhadap kereta dan juga kerana usia kenderaan tersebut sudah melebihi tiga tahun dan ke atas. Namun begitu, jika kereta berwarna putih tersebut di jaga dengan baik dan rapi, kadar untuk kereta berwarna putih berubah menjadi kekuningan dapat dikurangkan. Justeru itu, bagi individu yang tidak tahu akan cara yang betul dan mudah untuk merawat atau menjaga kereta berwarna putih, di bawah ini akan dibincangkan serba sedikit tips penjagaan kereta warna putih.

Tips Penjagaan Kereta Warna Putih

Setiap orang tidak kira daripada usia muda mahupun tua, lelaki mahupun wanita, pasti memiliki jenis kereta idaman masing-masing beserta dengan warna kesukaan mereka. Namun begitu, jika dilihat ramai di antara pengguna kenderaan lebih memilih dan berminat dengan warna yang gelap bagi warna kenderaan mereka.

Sebagai contoh sesetengah golongan lelaki lebih suka kereta mereka berwarna hitam. Hal ini demikian kerana warna hitam lebih nampak menonjol dan juga mempunyai vibe kereta ala-ala mafia.

Selain itu, dengan pemilihan warna yang lebih gelap ianya dapat mengelakkan kereta korang kelihatan kotor. Namun begitu, ada juga sesetengah daripada penggemar kereta yang lebih memilih warna kenderaan mereka berwarna putih.

Hal ini demikian kerana, warna putih itu sendiri menampakkan kereta tersebut lebih elegan dan ringkas. Bukan itu sahaja, warna putih kenderaan juga sesuai untuk digunakan oleh semua jantina di pelbagai peringkat usia.

Namun begitu, bagi individu yang memilih warna putih sebagai warna kereta yang dipandu, individu tersebut hendaklah lebih menitikberatkan tentang penjagaan kereta agar kereta mereka tidak kelihatan lebih kotor.

Jika korang tidak menjaga warna cat kereta korang dengan rapi, warna putih tersebut boleh kelihatan kekuningan dan kusam. Bukan itu sahaja, kesan tompokan hitam juga akan turut kelihatan pada bahagian pintu terutama pada musim hujan jika ianya tidak dicuci dengan segera.

Polish kereta

Polish kereta merupakan salah satu tips penjagaan kereta warna putih yang boleh setiap individu praktikkan agar kereta berwarna putih lebih kelihatan bersih dan berkilat. Jika kereta korang tercalar atau terkena kotoran, korang perlu membersihkan kereta dengan polish sesegera yang mungkin.

Pastikan korang mengelap secara lembut pada permukaan cat kereta dan juga jangan biarkan polish tersebut terlalu lama kerana apabila polish di biarkan terlalu lama pada permukaan cat, ia akan menjadi kering dan terlalu keras.

Wax Kereta

Selain daripada membersihkan kereta dengan polish, korang juga boleh menggunakan wax kereta sebagai tips penjagaan kereta warna putih. Untuk wax kereta, korang boleh melakukannya sahaja di rumah tanpa perlu ke kedai cuci kereta.

Korang boleh sahaja membeli wax di kedai-kedai seperti di DIY atau hardware. Tambahan pula, wax kereta ini perlu dilakukan kerana ianya dapat memastikan kotoran tidak mudah terlekat pada cat kereta korang memandangkan wax sudah melicinkan permukaan cat kereta.

Cuci Kereta

Mencuci kereta merupakan salah satu langkah atau tips penjagaan kereta warna putih yang korang boleh lakukan. Hal ini demikian kerana, dengan kerap mencuci kereta, secara tidak langsung kereta korang akan lebih kelihatan bersih daripada kotoran dan tompokan hitam.

Jika korang yang tidak gemar ke kedai cuci kereta, korang boleh sahaja mencuci kereta di rumah sekurang-kurangya seminggu sekali. Kalau korang tidak mencuci kereta putih korang, secara tidak langsung akan kelihatan tompokan hitam yang sukar ditanggalkan jika dibiarkan kotor terlalu lama tanpa dicuci.

Kesimpulan

Bagi individu yang menyukai warna putih sebagai warna kereta yang dipandu, korang perlulah memastikan kereta putih tersebut sentiasa dalam keadaan bersih dan berkilat tanpa sebarang kekotoran. Justeru, bagi individu yang tercari-cari cara terbaik untuk membersihkan dan menjaga kereta warna putih agar tidak kelihatan kotor, tips penjagaan kereta warna putih di atas dapat membantu korang mengatasi masalah tersebut.

Rujukan Lain

Sebelum korang jalan berlenggang kangkong, kangkong masak belachan ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta.

Baru pas duduk temuduga SPA minggu lepas? Berdebar menanti keputusan? Kurangkan rasa gementar korang dan baca tanda lulus temuduga kerajaan ini.

Cuti adalah hak korang. Korang perlu tahu mengenainya. Kali ini, atok akan bincangkan jenis-jenis cuti pekerja swasta mengikut Akta Kerja 1955.

Mandi wajib dilaksanakan untuk membersihkan atau mensucikan diri daripada najis hadas besar. Korang ingat tak cara mandi wajib dengan betul?

Bagi korang yang ingat-ingat lupa cara pengiraan zakat pendapatan, artikel ini akan menunjukkan bagaimana cara kira zakat pendapatan dengan betul..

Anak dah masuk tahun 4 tapi masih tak hafal-hafal sifir? Sebagai ibubapa, korang pasti risau. Di sini ada dibincangkan beberapa cara mudah hafal sifir..

Anak dah nak masuk tahun 3 tapi hanya menguasai kemahiran menulis dan mengira tetapi tidak untuk kemahiran membaca? Atok kongsikan beberapa cara nak ajar anak membaca..

Kalendar cuti sekolah dan cuti umum 2023 ini bagi memudahkan masyarakat merancang perjalanan dan perbelanjaan yg terlibat.

Munafik atau talam dua muka juga dikenali sebagai hipokrit. Biasanya, berpura-pura mengikuti ajaran agama namun tidak membenarkan dalam hatinya. Oleh itu, artikel ini berkaitan ciri-ciri orang munafik..

2 thoughts on “Tips Penjagaan Kereta Warna Putih”

Leave a Comment

error: Content is protected !!