Teka teki susah adalah satu aktiviti yang menguji minda. Kebiasannya teka teki susah adalah sebuah pertanyaan yang mempunyai banyak erti yang perlu dipecahkan untuk mendapatkan jawapan. Terdapat banyak jenis teka teki bermula daripada mudah sehingga susah. Teka teki susah ini dimainkan tanpa mengenal usia seseorang. Kali ini Atok ada 25 teka teki paling susah di dunia (la sangat kan) untuk korang jawab. Boleh lah korang berteka teki untuk menghabiskan masa santai apabila berkumpul bersama keluarga atau kawan.
Isi Kandungan
Manfaat teka teki susah ini sangat baik untuk meningkatkan pemikiran korang. Selain itu, berkemungkinan akan meningkatkan penyelesaian masalah, memori dan pengetahuan korang.
Hal ini kerana, jika kita mencabar diri untuk menjawab teka teki yang susah akhirnya kita akan berasa puas hati apabila jawapan kita betul. Ini kan menyebabkan korang lebih kerap dan suka untuk bermain teka teki. Berikut, 25 teka teki paling susah di dunia (la sangat kan) untuk korang.
Jap.. jap! Saja nak pesan. Nanti bila korang dah habis baca koleksi teka teki paling susah di dunia (lah sangat) ni, korang layan pula lain-lain koleksi teka teki best ni. Rileks la. Cepat-cepat, nak gi mana..
Koleksi 25 teka teki paling susah di dunia (la sangat kan)
Benda apa yang orang lain boleh tengok, cuma korang tak boleh tengok?
Jawapan:
Belakang korang lah.
Bintang apa paling dekat dengan bumi?
Jawapan:
Bintang tiga
Semua tarikh peristiwa seperti tarikh bersekolah, berkahwin, berkerja, kita boleh catat dan ingat. Tetapi ada satu tarikh yang kita tidak tak tahu, iaitu?
Jawapan:
Jawapan: Tarikh mati. (deep ye)
Semakin kau lama berjalan, semakin banyak benda ni, apakah ia?
Jawapan:
Tapak kaki.
Apa dia yang rentas desa tapi tak bergerak?
Jawapan:
Jalan raya.
Saya besar dan hitam, saya cakap apa yang anda cakap tetapi suara saya lebih kuat daripada anda.
Jawapan:
Pembesar suara
Ia boleh sebesar istana, juga boleh sekecil semut, yang pelik ia tak muncul pada malam. Apakah ia?
Jawapan:
Bayang-bayang.
Gunung apa yang suka berehat?
Jawapan:
Gunung Everest (ever rest). Rest aje kerjanya.
Dalam banyak-banyak bunga, bunga apakah yang di atas?
Jawapan:
Bunga api
Apa yang ada di tengah rumah?
Jawapan:
Huruf M
Susunkan ayat tersebut, silam saya tua
Jawapan:
Satu Malaysia
Nenek siapa, jalannya meloncat-loncat?
Jawapan:
Nenek si katak
Dalam banyak-banyak benda, benda apa yang susah dilukis?
Jawapan:
Lukis udara
Ia boleh naik tapi tidak boleh turun, apakah ia?
Jawapan:
Umur
Kebanyakan orang perlukan benda ni, susah dicari tapi senang habis. Apakah ia?
Jawapan:
Wang (duit)
Dalam banyak benda, benda apa orang beli untuk makan tapi orang tu tak makan pun.
Jawapan:
Pinggan mangkuk
Benda apa kalau pecah baru berguna?
Jawapan:
Telur rebus
Jauh di mata tapi dekat di hati. Apakah ia?
Jawapan:
Usus
Semakin kita berpaling, semakin ia jauh. Apakah ia?
Jawapan:
Telinga
Pagi hari aku dua, dini hari aku ada tiga. Kalau malam aku tiada. Aku juga ada di hujung api dan di tengah-tengah air. Apakah aku?
Jawapan:
Huruf i
Ikan apa yang selalu berhenti-henti.
Jawapan:
Ikan pause
Ada berapa huruf dalam abjad?
Jawapan:
Ada 5, a, b, j, a dan d.
Ada gajah memanjat bangunan, jadi apa yang pecah?
Jawapan:
Pecah record
Apa yang boleh mengembara ke seluruh dunia, sambil tinggal di sudut?
Jawapan:
Setem
Apa yang ringan seperti bulu, tetapi manusia gagah sekalipun di dunia ini tidak dapat menahannya lebih daripada satu minit.
Jawapan:
Nafasnya (Kalau lebih, mati anak orang)
Macam mana?
Susah ke senang 25 teka teki paling susah di dunia yang Atok kongsikan ini?
Sememangnya teka teki susah ini boleh meningkatkan daya pemikiran kita. Dengan, memainkan dan berusaha mencari jawapan kreatif untuk pelbagai teka teki susah, otak kita akan lebih aktif dan lebih peka untuk mencari klu dan jawapan bagi soalan yang diajukan.
Selain itu, Ia juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan korang. Hal ini demikian kerana, teka teki merupakan satu aktiviti yang dapat dikongsikan kepada semua. Tidak kira peringkat umur, sama ada kanak-kanak, dewasa dan juga tua.
So, itulah dia 25 teka teki paling susah ada jawapan yg sempat dikongsikan kali ini, diharapkan ia memberi manfaat untuk korang.
Tak puas lagi? Nak lagi koleksi teka teki yang lain?
Koleksi teka teki lain
Atok ada 25 teka teki lawak yang boleh buatkan korang pecah perut apabila mendengar jawapannya. Kalau korang pandai, cubalah jawab..
Dalam post bertajuk teka teki haiwan ini, akan Atok kongsikan untuk korang beberapa teka teki haiwan dan jawapan yang menyakitkan hati kawan-kawan korang..
Susahnya teka teki ini, kadang-kadang lagi susah dari subjek math. Jom cuba jawab teka teki senang dan jawapan yang macam tak logik ni..
Nasi goreng apa yang boleh bergerak sendiri
Jwp:nasi goreng pataya sebab ( 4 taya )
Bom apa tak boleh meletup
Jwp:bomba
Gajah kalau nak terbang dengan apa?
Jwp:dengan bersusah payah lah
nampak pelik
Ikan apa yang ilbis
Jawapan ikan bilis
Biawak main skateboard , manusia naik apa
Jwp : Naik Heran
Manusia tengok buaya merangkak ke berdiri ?
Jwp : Berdiri
Banyak banyak penyu, penyu apa yang kurang ajar
Jwp : Penyondol
Bila masuk segi tiga, bila keluar bergulung – gulung
Jwp : Spender
Kita boleh nampak semua benda,tapi kita tak boleh nampak.Apakah itu?
Jwpn:kuman
KOPI APA YANG BAIK. Jawapan: kopiah
Dalam banyak banyak api, api apa tak panas
Jwp:bil api
Macam mana nak berhentikan air terjun?
Jawapan:amik gambar
dalam banyak2 jenis kopi kopi ap yg sakit?
:kopicit telor aq lah!!!
ikan ap yang behenti-henti?
: ikan paus (sebab pause)
Dalam banyak-banyak taik taik apa boleh makan? Jawapannya:taik minyak (nikuih)
Benda apa boleh berhentikan air terjun. . Jawapannya:gambar