Untuk membuat semakan No KWSP, korang boleh melaksanakannya dengan pelbagai cara atau kaedah. Di bawah ini akan dinyatakan tentang cara semakan No KWSP melalui kad pengenalan yang boleh korang cuba.
Isi Kandungan
Di Malaysia, pekerjaan yang mempunyai caruman KWSP sering menjadi pilihan bagi golongan rakyat Malaysia terutama sekali golongan remaja dan dewasa. Hal ini demikian kerana, KWSP ini merupakan wang simpanan yang mampu membantu menampung kos sara hidup ketika seseorang individu tersebut bersara daripada pekerjaanya.
Namun begitu, bagi golongan anak muda yang ingin mengetahui dengan lebih jelas apa itu KWSP, maka di sini akan di bincangkan serba sedikit tentang KWSP yang perlu korang ketahui.
Untuk makluman semua, terutama korang yang baru berjinak-jinak dengan KWSP, KWSP adalah nama penuh bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan merupakan tabung simpanan persaraan untuk tenaga kerja Malaysia. Bukan itu sahaja, ianya selaras dengan akta kumpulan wang simpanan pekerja 1991.
Untuk pengetahuan semua juga, KWSP telah ditubuhkan pada 1951 dan ianya terus kekal relevan sehingga ke hari ini. KWSP juga ditubuhkan bagi menjamin persaraan yang lebih baik dengan melindungi dan meningkatkan simpanan persaraan korang.
Berikut merupakan semakan nombor KWSP melalui kad pengenalan.
Semakan menggunakan kad pengenalan melalui EPF CMC
Bagi korang yang ingin membuat semakan No KWSP melalui kad pengenalan, korang boleh mennggunakan EPF CMC untuk semakan.
1. Korang perlu menghubungi pusat pengurusan pelanggan KWSP atau lebih dikenali sebagai EPF CMC di talian 03-89226000.
2. Kebiasaannya akan diangkat panggilannya dalam beberapa saat sahaja. Kemudian maklumkan jika korang mahu membuat semakan nombor KWSP.
3. Setelah itu, pihak EPF MCM akan bertanyakan kepada korang nombor kad pengenalan untuk proses verifikasi. Bukan itu sahaja, mereka juga akan bertanyakan nama penuh korang juga.
4. Setelah selesai semakan nombor kad pengenalan dan jika ianya sahih atau betul, mereka akan memberikan nombor KWSP korang.
5. Harus dingat, masa operasi EPF CMC ialah Isnin – Jumaat, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Negeri masing-masing)
Semak No KWSP menggunakan kad pengenalan melalui kaunter EPF
Selain melalui panggilan EPF CMC, korang juga boleh membuat semakan No KWSP melalui kad penggenalan di kaunter EPF.
Berikut merupakan cara-caranya.
1. Pertama sekali, korang perlu datang ke mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran atau berdekatan korang.
2. Kemudian, pastikan korang membawa kad pengenalan untuk memudahkan urusan semakan KWSP.
3. Korang perlu mengambil nombor giliran terlebih dahulu sebelum melakukan urusan semakan nombor KWSP.
4. Seterusnya, korang perlu menunggu sehingga nombor giliran korang di panggil.
5. Setelah di panggil, korang sudah boleh berurusan di kaunter untuk membuat semakan KWSP melalui kad pengenalan.
Semakan nombor KWSP online melalui i-Akaun
Untuk membolehkan korang membuat semakan nombor KWSP online, korang harus terlebih dahulu mendaftar ke i-Akaun yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Dengan mendaftar i-Akaun, ahli KWSP akan memperoleh akses ke akaun mereka dan boleh membuat semakan nombor KWSP online, baki Akaun 1 dan Akaun 2, serta menjalankan urusan lain secara mudah dan berkesan, baik dari rumah atau pejabat.
Sebagai peringatan, bagi pengguna yang menggunakan i-Akaun untuk kali pertama, mereka perlu memohon untuk memperoleh ID Pengguna dan Kata Laluan. Ini adalah proses yang mudah dan cepat, dan setelah selesai, mereka akan dapat menikmati segala manfaat yang ditawarkan oleh i-Akaun KWSP.
Bagi yang belum mendaftar i-Akaun KWSP, korang boleh rujuk perkongsian lepas atok mengenai cara Semakan Penyata KWSP Online Melalui i-Akaun dan Cara Pendaftarannya. Langkahnya diterangkan di sana!
Oleh itu, melihat daripada tiga cara yang dinyatakan, ketiga-tiga cara tersebut merupakan cara atau kaedah semak No KWSP melalui kad pengenalan yang boleh korang ikuti. Bukan itu sahaja, bagi kaedah atau cara dari segi menggunakan kad pengenalan di kaunter, korang juga boleh mendapatkan statement atau penyata yang menunjukkan baki terkini simpanan KWSP korang.
Kesimpulannya, bagi korang yang ingin mengetahui kaedah atau cara semakan KWSP melalui kad pengenalan, korang bolehlah mencubanya dengan cara atau kaedah yang telah dinyatakan di atas. Kedua-dua kaedah semakan No KWSP melalui kad pengenalan yang telah dinyatakan di atas ini sangat membantu korang yang ingin menyemak baki atau menyemak KWSP korang.
Oleh itu, bagi mereka yang ingin menyemak KWSP melalui kad pengenalan terutama sekali bagi golongan muda yang baru sahaja mula bekerja bolehlah menggunakan kaedah atau cara yang telah dinyatakan di atas tersebut. Justeru, diharapkan perkongsian ini dapat membantu golongan yang baru mula bekerja untuk membuat semakan KWSP mereka.
KWSP FAQ
What is kwsp?
In Malaysia, KWSP stands for Employees Provident Fund (EPF). It is a mandated savings plan for Malaysian employees in which a percentage of their pay is taken and paid into their EPF account. The EPF is intended to offer employees with financial stability throughout their retirement years.
The Employees Provident Fund Board (EPFB) regulates EPF in Malaysia, and contributions are made by both employees and employers. EPF funds can be used for a variety of objectives, including property purchase, higher education funding, and retirement requirements.
is EPF number same as KWSP number?
Yes, the EPF and KWSP numbers are same. In Malaysia, the Employees Provident Fund (EPF) is also known as Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), and the EPF number serves as the KWSP number. It is a one-of-a-kind identifying number provided to each EPF member and is used to track contributions and savings in the EPF account.
Forgot KWSP number
If you’ve forgotten or misplaced your KWSP (Employees Provident Fund number), there are a several options for retrieving it:
1. Check your payslips
Your KWSP number is normally printed on your payslips, so go through the previous ones for it.
2. Contact your human resources department
You may contact your human resources department and get a copy of your EPF statement, which will include your KWSP number.
3. Check online via i-Akaun
If you have enrolled for the Employees Provident Fund (EPFi-Akaun )’s (online EPF account), you may log in and get your KWSP number.
4. Call the EPF Call Center
If none of the aforementioned solutions work, you can call the EPF Call Centre at 03-89226000 and request assistance.
Rujukan Lain
Jom baca apakah makanan yang boleh dimakan oleh pesakit gout. Apa pula makanan pantang gout. Serta apakah cara kurangkan kesakitan gout..
Perkongsian mengenai bacaan tekanan darah tinggi mengikut umur dan beberapa tips menurunkan tekanan darah tinggi secara cepat..
Dah jumpa cara hilangkan bau ketiak pada baju? Bagi isteri yg sedang tercari-cari kaedah mencegah bau ketiak suami, post ini memang untuk korang..
Bagi korang yang ingin mengerjakan solat tarawih sendiri di rumah, di sini dikongsikan panduan solat tarawih sendiri (8 rakaat dan bacaan)..
Korang dah ingat-ingat lupa cara Solat Sunat Aidilfitri? Baca cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri (JAKIM) yang perlu korang ketahui ini.
Pemilihan nama bayi perempuan islam yang indah dan moden serta elok maknanya penting kerana inilah nama yang akan dipanggil di hari akhirat nanti..
Apa itu bank Islam online banking beserta dengan syarat sign up & cara daftar yang perlu korang ketahui. Juga mengenai GO Biz oleh Bank Islam..
Senarai perdana menteri Malaysia & sumbangannya bermula dari perdana menteri yang pertama sehingga sekarang. Jom kenali PM kita..