Bagi korang yang sudah mempunyai bank Islam (BIMB) tetapi ingin mengetahui dengan lebih jelas tentang apa itu bank Islam online banking, maka di sini akan dinyatakan dengan lebih jelas tentang apa itu bank Islam online banking beserta dengan syarat sign up & cara daftar yang perlu korang ketahui.
Rakyat Malaysia yang kian maju kini semakin menggemari penggunaan internet di dalam kehidupan harian mereka. Ini demikian kerana, dengan adanya penggunaan internet serta teknologi yang semakin canggih dapat membantu memudahkan urusan harian kehidupan rakyat Malaysia. Sama juga seperti penggunaan mana-mana bank secara online.
Dengan adanya online banking ini, ianya dapat memudahkan urusan pembelian atau pembayaran secara atas talian. Namun begitu, pasti ada di antara korang yang tertanya-tanya, bank apakah yang boleh membuat online banking?
Untuk pengetahuan, kebanyakan bank yang terdapat di Malaysia kini menyediakan perkhidmatan online banking dan salah satunya adalah Bank Islam Malaysia Berhad atau BIMB. Untuk makluman korang juga, BankIslam ini boleh dijadikan sebagai online banking untuk memudahkan urusan korang secara atas talian.
Bank Islam online banking merupakan perkhidmatan perbankan internet yang memudahkan urusan kehidupan harian dek kerana korang boleh membuat pembelian online dan pelbagai transaksi sepeti pembayaran apa-apa bil tanpa perlu ke kaunter.
Walau bagaimanapun, untuk membuat Bank Islam online banking, korang perlulah mempunyai akaun bank Islam terlebih dahulu. Dengan adanya akaun Bank Islam ini, ianya dapat memudahkan urusan korang dalam pembayaran bil, pemindahan wang, serta pemeriksaan baki akaun bank dengan lebih pantas tanpa perlu bersusah payah beratur di ATM lagi.
Ini merupakan serba sedikit tentang apa itu Bank Islam online banking yang perlu korang ketahui.
Berikut pula adalah sorotan sejarah Bank Islam Malaysia Berhad. Kenapa korang kena tahu sejarah BIMB ni pula? Tak perlu pun sebenarnya. Saja jer untuk menambah pengetahuan am korang. Supaya korang menjadi insan yang lebih berilmu dan lebih berpengetahuan. Gitoo.. Haha..
Sejarah Ringkas Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad (MYX: BIMB) adalah bank Islam pertama di Malaysia dan telah beroperasi sejak 1 Julai 1983. Bank ini ditubuhkan untuk memberikan alternatif perbankan Syariah kepada masyarakat Islam di negara ini.
Dengan modal disahkan sebanyak RM500 juta dan modal berbayar sebanyak RM80 juta, Bank Islam telah mengalami pertumbuhan yang pesat dan dana pemegang sahamnya telah meningkat menjadi RM 2.5 bilion pada Disember 2010.
Bank Islam juga terdaftar di papan Bursa Saham Kuala Lumpur pada 17 Januari 1992 dan kini memiliki 89 buah cawangan di seluruh negara. Dengan produk dan perkhidmatan Perbankan Islam yang inovatif dan canggih, Bank Islam memimpin jalan sebagai salah satu institusi kewangan yang paling disegani di negara ini.
OK, selesai belajar sejarah. Berikutnya pula, bagi korang yang nak tahu cara daftar Bank Islam online, maka di bawah akan dinyatakan serba sedikit tentang cara daftar Bank Islam online banking bagi korang yang baru pertama kali mendaftarnya.
Bank Islam online banking (Syarat Sign Up)
Sebelum korang mengetahui tentang cara daftar Bank Islam online banking, korang perlu mengetahui terlebih dahulu syarat Bank Islam online sign up. Berikut merupakan syarat Bank Islam online banking sign up.
- Umur 18 tahun dan ke atas.
- Memiliki kad ATM atau debit dan pin.
- Memiliki kad debit atau kad ATM bank islam.
- Jenis akaun perseorangan atau individu.
Bank Islam online banking (Cara Daftar)
Berikut pula merupakan cara daftar bank islam online banking yang perlu korang ketahui.
1) Pada halaman permulaan, laman web akan memaparkan menu utama iaitu menu untuk log in dan menu untuk register atau pengguna baru. Seterusnya, korang perlu teruskan dengan langkah berikutnya.
2) Kemudian korang boleh pergi ke laman web Bank Islam Biz dan seterusnya klik menu first time user atau pengguna baru.
3) Seterusnya, korang perlu membaca terms dan conditions dan kemudian checklist atau tick klik seterusnya.
4) Kemudian, korang boleh mengklik menu ATM atau kad debit korang pada ruang yang telah di sediakan.
5) Selanjutnya, setelah di klik menu ATM, korang harus memasukkan 16 digit nombor ATM atau debit korang pada ruang kosong yang di beri.
6) Kemudian korang perlu membuat ID user, password dan butiran lain pada skrin yang tertera.
7) Setelah semua maklumat berjaya diisi korang boleh mengesahkan maklumat dan klik confirm.
8) Akhir sekali, korang telah berjaya mendaftar Bank Islam internet banking.
Justeru, di atas ini merupakan cara daftar Bank Islam online banking yang perlu korang ketahui.
GO Biz oleh Bank Islam
GO Biz adalah sebuah aplikasi perbankan mudah alih yang ditawarkan oleh Bank Islam kepada individu dan perniagaan Bank Islam yang ditujukan kepada pelanggan SME / MSME. GO Biz membolehkan penjual dan peniaga untuk menguruskan urus niaga harian mereka dengan cepat dan selamat dari peranti mudah alih mereka.
GO Biz dilengkapi dengan keupayaan perkhidmatan QR DuitNow yang membolehkan penjual menerima bayaran secara nasional dengan menggunakan kod QR DuitNow, juga dikenali sebagai Kod QR Nasional Malaysia. Sebagai penjual, korang perlu untuk memuat turun aplikasi GO Biz untuk menggunakan perkhidmatan ini.
Bagaimana Muat Turun & daftar Bank Islam GO Biz?
GO Biz oleh Bank Islam boleh dimuat turun dari Google Play Store untuk pengguna Android atau App Store untuk pengguna iOS. Sebaik sahaja dimuat turun, korang perlu melakukan pendaftaran dengan mengisi maklumat berikut.
- Jenis ID
- Nombor ID
- Kategori Perniagaan
- Jenis Perniagaan
- Nama Perniagaan
- Penerangan Perniagaan
- Nama Pengguna
- Kata Laluan
- Sahkan Kata Laluan
- Alamat Emel
Berikut disenaraikan beberapa cawangan Bank Islam utama untuk kemudahan korang..
Bank Islam Bangi
Alamat Bank Islam Bangi:
No. 2, Jln 6c/7, Taman Persiaran Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi Bank Islam Bangi:
Monday – 9:30 am – 4:30 pm
Tuesday – 9:30 am – 4:30 pm
Wednesday – 9:30 am – 4:30 pm
Thursday – 9:30 am – 4:30 pm
Friday – 9:30 am – 12:30 pm, 2:30 pm – 4:30 pm
Saturday – Closed
Sunday – Closed
Telefon: 03-8925 8490
Bank Islam Kuantan
Alamat Bank Islam Kuantan:
Mahkota Square, G-05, G-06 & G-07, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu operasi Bank Islam Kuantan:
Monday – 9:30 am – 4:30 pm
Tuesday – 9:30 am – 4:30 pm
Wednesday – 9:30 am – 4:30 pm
Thursday – 9:30 am – 4:30 pm
Friday – 9:30 am – 12:30 pm, 2:30 pm – 4:30 pm
Saturday – Closed
Sunday – Closed
Telefon : 09-513 3366
Bank Islam Putrajaya
Lokasi Bank Islam Putrajaya : Suasana PjH
Alamat Bank Islam Putrajaya:
Unit 10-14, Aras G, Block B Suasana PJH, 10, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2, 62100, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu operasi Bank Islam Putrajaya:
Monday – 9:30 am – 4:30 pm
Tuesday – 9:30 am – 4:30 pm
Wednesday – 9:30 am – 4:30 pm
Thursday – 9:30 am – 4:30 pm
Friday – 9:30 am – 12:30 pm, 2:30 pm – 4:30 pm
Saturday – Closed
Sunday – Closed
Telefon : 03-8889 3192
Bank Islam Melaka
Alamat Bank Islam Melaka:
Lot G1, G2 & G3, Wisma Air, Jalan Hang Tuah, 75300, Melaka
Waktu operasi Bank Islam Melaka:
Monday – 9:30 am – 4:30 pm
Tuesday – 9:30 am – 4:30 pm
Wednesday – 9:30 am – 4:30 pm
Thursday – 9:30 am – 4:30 pm
Friday – 9:30 am – 12:30 pm, 2:30 pm – 4:30 pm
Saturday – Closed
Sunday – Closed
Telefon : 06–284 1366 / 06-284 1367 / 06-284 1368
Bank Islam Customer Services
1) Untuk sebarang perkara yang penting terutama melaporkan kad yang hilang atau dicuri, sila hubungi Bank Islam Customer Services segera di +603-26 900 900 (24jam / 7hari seminggu). Talian ini adalah Bank Islam Hotline 24 hours.
2) Atau melalui emel di: contactcenter @ bankislam.com.my
‘Unit koresponden e-mel mereka beroperasi dari Isnin hingga Jumaat (9.00 pagi hingga 6.00 petang). Mereka tidak beroperasi pada hujung minggu dan cuti umum.’
3) Atau datang sendiri ke alamat berikut:
Bank Islam Malaysia Berhad
Aras 32, Menara Bank Islam
No. 22, Jalan Perak
50450 Kuala Lumpur
Kesimpulannya, bagi korang yang baru sahaja menggunakan Bank Islam dan berniat untuk mendaftar Bank Islam online banking, korang boleh mengikuti langkah atau cara yang telah di nyatakan di atas ini.
Langkah atau cara yang dinyatakan ini sangat mudah dan senang untuk di lakukan oleh sesiapa pun. Justeru itu, di harapkan perkongsian mengenai cara daftar Bank Islam online banking ini sedikit sebanyak dapat membantu korang yang ingin mendaftar bank online.
Rujukan Lain
Adakah korang bercita-cita menjadi seorang akauntan? So, kali ini atok kongsikan laluan kerjaya akauntan selepas SPM. Moga bermanfaat..
Jom baca apakah makanan yang boleh dimakan oleh pesakit gout. Apa pula makanan pantang gout. Serta apakah cara kurangkan kesakitan gout..
Perkongsian mengenai bacaan tekanan darah tinggi mengikut umur dan beberapa tips menurunkan tekanan darah tinggi secara cepat..
Dah jumpa cara hilangkan bau ketiak pada baju? Bagi isteri yg sedang tercari-cari kaedah mencegah bau ketiak suami, post ini memang untuk korang..
Bagi korang yang ingin mengerjakan solat tarawih sendiri di rumah, di sini dikongsikan panduan solat tarawih sendiri (8 rakaat dan bacaan)..
Korang dah ingat-ingat lupa cara Solat Sunat Aidilfitri? Baca cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri (JAKIM) yang perlu korang ketahui ini.
Pemilihan nama bayi perempuan islam yang indah dan moden serta elok maknanya penting kerana inilah nama yang akan dipanggil di hari akhirat nanti..
Badan dah berisi? Pastu susah gila nak cari baju yg sesuai dengan saiz? Ha.. Jom, jom kita tengok tips kurus kan badan dengan cepat tanpa produk.