Dengan adanya pinjaman PTPTN, ia membolehkan pelajar membiayai sepenuhnya atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Di bawah dibincangkan serba sedikit tentang cara semakan baki ptptn online bagi graduan lepasan yang sudah pun sepatutnya memulakan pembayaran pinjaman PTPTN. Dan lebih istimewa, juga dikongsikan bagaimanakah cara langsaikannya secara percuma!
Bagi lepasan graduan diploma, ijazah, master dan sebagainya pasti pernah mendengar tentang pinjaman PTPTN. Agak pelik jika ada individu yang tidak pernah mendengar tentang pinjaman PTPTN kecuali kanak-kanak atau pelajar sekolah rendah.
Hal ini demikian kerana PTPTN merupakan salah satu bantuan atau pinjaman khas yang di berikan kepada para pelajar yang kurang berkemampuan untuk membantu membiayai yuran-yuran pengajian di universiti mahupun kolej dan politeknik.
Untuk pengetahuan semua, PTPTN telah ditubuhkan di bawah akta perbadanan tabung Pendidikan tinggi nasional pada tahun 1997 iaitu akta 566 dan telah mula beroperasi pada 1 November 1997.
Selain itu, untuk makluman korang, agensi PTPTN ini berfungsi bagi menguruskan pinjaman untuk tujuan Pendidikan tinggi. Bukan itu sahaja, agensi PTPTN ini juga ditubuhkan untuk membantu membiayai pengajian di peringkat tinggi dan ianya merupakan antara pilihan yang boleh dimohon oleh para pelajar bagi memastikan korang dapat mengikuti pengajian sehingga tamat.
Berikut merupakan cara semakan baki PTPTN online yang perlu diketahui.
Cara semakan baki PTPTN online
1. Pertama kali korang boleh melayari laman web PTPTN I-online.
2. Kemudian, setelah melayari PTPTN i online, korang boleh memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang korang telah buat.
3. Setelah itu, apa yang korang harus lakukan adalah menekan atau mengklik butang ‘log masuk’ yang telah dipaparkan di skrin.
4. Selanjutnya, jika korang terlupa akan kata laluan yang di buat, maka korang bolehlah mengklik ‘lupa kata laluan’ untuk mendapat kata laluan yang baru melalui emel yang di hantar kepada korang.
5. Seterusnya, pada bahagian menu, klik ‘penyata baki’ atau ‘penyata baki terperinci’ yang telah di paparkan di skrin korang.
6. Setelah menekan butang penyata baki atau penyata baki terperinci, maka penyata baki akan di paparkan di skrin.
Justeru, ini merupakan antara salah satu cara untuk membuat semakan baki pinjaman PTPTN secara online melalui i-online. Namun begitu terdapat cara lain juga untuk membuat semakan baki pinjaman secara online iaitu melalui aplikasi myPTPTN.
Semakan online melalui Aplikasi myPTPTN
1. Pertama sekali, korang kena memuat turun aplikasi myPTPTN melalui Apple App Store atau myPTPTN melalui Google Play Store. Kemudian korang perlu mengklik butang daftar.
2. Kemudian korang perlu memasukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
3. Seterusnya, set kata laluan dan tentukan ikon keselamatan serta tanda persetujuan pengesahan maklumat dan penafian.
4. Kemudian korang perlu dapatkan TAC di nombor telefon dan aktifkan pendaftaran myPTPTN yang telah dihantarkan kepada email.
5. Selanjutnya, korang harus melengkapkan proses pengesahan identiti eKYC dengan menyediakan kad pengenalan dan swafoto.
6. Seterusnya, setelah selesai semuanya, korang boleh membuka semula applikasi tersebut dan mengisikan kata laluan korang.
7. Setelah itu skrin akan memaparkan laman menu, akaun saya, perkhidmatan dan sebagainya. Kemudian klik pada bahagian akaun saya.
8. Setelah itu paparan mengenai baki pinjaman PTPTN yang tertunggak akan dipaparkan.
Beberapa FAQ mengenai bayaran balik pinjaman PTPTN
Perlukah korang tunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN sebelum mula membayar balik?
Tidak perlu. Korang bertanggungjawab membuat bayaran balik pinjaman mengikut tempoh yang ditetapkan tanpa perlu menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN. Bayaran balik lebih awal adalah digalakkan kerana bayaran balik yang dibuat sebelum tarikh mula bayar tidak dikenakan kos upah.
Bilakah bayaran balik pinjaman PTPTN sepatutnya dibuat pada setiap bulan?
Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada atau sebelum 27 haribulan setiap bulan. Transaksi selepas tarikh ini akan dikemas kini dalam penyata pada bulan berikutnya.
Bolehkah korang membayar balik kurang daripada jumlah ansuran asal?
Tidak boleh! Bayaran balik kurang daripada jumlah ansuran asal bulanan akan menyebabkan berlakunya tunggakan. Ini boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan. Korang disarankan hadir berunding untuk mengurangkan ansuran bulanan dengan membuat penstrukturan semula pinjaman jika tidak mampu.
Bolehkah korang membayar balik lebih daripada jumlah ansuran asal?
Sudah tentu boleh. Pembayaran melebihi jumlah ansuran asal membolehkan korang menyelesaikan pinjaman lebih awal. Dan ini membolehkan korang menikmati penjimatan kos upah kerana kos upah dikenakan sehingga tarikh penyelesaian penuh dibuat.
Bagaimana cara untuk korang bayar balik pinjaman pendidikan PTPTN?
Korang boleh pilih mana-mana cara bayaran balik pinjaman PTPTN berikut:
i) Bayaran Balik Melalui Kaunter
ii) Bayaran Balik Secara Dalam Talian
iii) Bayaran Balik Melalui Potongan Gaji
iv) Bayaran Balik Melalui Debit Terus
v) Bayaran Balik Melalui KWSP
Bagaimana cara langsaikan hutang PTPTN Secara Percuma?
Ada berita baik untuk para peminjam PTPTN.
Untuk korang yang masih belum tahu, bermula Mac hingga Mei 2023 (3 bulan), pihak PTPTN akan memberikan diskaun 20% bagi mereka yang buat bayaran penuh baki hutang PTPTN mereka.
Manakala, kalau settle separuh dari jumlah keseluruhan hutang PTPTN yang ada, korang boleh dapat diskaun 15%.
Tapi kalau tak mampu settle semuanya, korang masih boleh dapat diskaun 15%, yakni dengan cara membayar bulanan secara potongan gaji atau Debit Terus mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan.
Ada lagi, tambahan 5% diskaun kalau korang bayar guna apps myPTPTN!
Menarik kan!
Inilah masanya untuk kasi settle hutang PTPTN yang ada tu! Takkan nak bawa hutang PTPTN ni sampai mati kan.
Tapi… tapi.. tapi…… Ada satu lagi berita baik yang lebih menarik!
Sebenarnya, korang boleh settle-kan hutang PTPTN korang tu secara percuma je. Walaupun korang tak dapat sijil 1st class!
Macam mana tu? Nak tahu tak?
Dijelaskan satu-persatu secara detil di dalam panduan di bawah:
Ala.. RM37 je kot harganya. Nak save RM37 tu ke atau nak save duit bayar PTPTN yang beribu-beribu tu?
Ha.. baca di bawah sekarang juga!
Maklumat lanjut
Bagaimana untuk menghubungi PTPTN Hotline Customer Service atau Khidmat Pelanggan Hotline PTPTN? Adakah korang perlu menyemak, menyiasat dan mengadu tentang perkara berkaitan pinjaman pendidikan, bayaran balik pinjaman dan SSPN?
Guna mana-mana tiga saluran yang disediakan di bawah:
1) Korang boleh menghubungi PTPTN Hotline Customer Service di 03-2193 3000, (Isnin – Jumaat, jam 9 am – 5 pm).
2) Selain itu, korang juga boleh menggunakan perkhidmatan PTPTN Live Chat service, (Isnin – Jumaat, jam 9 am – 5 pm).
3) Untuk sebarang aduan, korang boleh sampaikan melalui sistem e-Aduan PTPTN (maklum balas dalam tempoh 7 hari bekerja).
Kesimpulannya, ini merupakan beberapa cara yang boleh korang lakukan untuk membuat semakan baki pinjaman PTPTN. Oleh itu diharapkan perkongsian mengenai cara semakan baki PTPTN online ini dapat membantu ramai graduan lepasan universiti dalam membuat semakan.
Rujukan Lain
Dah jumpa cara hilangkan bau ketiak pada baju? Bagi isteri yg sedang tercari-cari kaedah mencegah bau ketiak suami, post ini memang untuk korang..
Bagi korang yang ingin mengerjakan solat tarawih sendiri di rumah, di sini dikongsikan panduan solat tarawih sendiri (8 rakaat dan bacaan)..
Korang dah ingat-ingat lupa cara Solat Sunat Aidilfitri? Baca cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri (JAKIM) yang perlu korang ketahui ini.
Pemilihan nama bayi perempuan islam yang indah dan moden serta elok maknanya penting kerana inilah nama yang akan dipanggil di hari akhirat nanti..
Apa itu bank Islam online banking beserta dengan syarat sign up & cara daftar yang perlu korang ketahui. Juga mengenai GO Biz oleh Bank Islam..
Untuk membuat semakan No KWSP, korang boleh buat dengan 3 cara. Di sini diterangkan tiga cara semakan No KWSP melalui kad pengenalan..
Apa beza instant transfer dan interbank giro (IBG)? Disini akan dikongsikan maksud instant transfer dan interbank giro (IBG) dan perbezaannya..
Impian korang ingin menjadi seorang guru? Jangan risau, Atok akan kongsikan senarai IPG di Malaysia untuk korang jadikan rujukan sebelum memohon..