Cara Melembutkan Daging Kambing

Daging kambing harus dimasak dengan cara yang betul bagi mengelakkan daging menjadi liat dan keras. Justeru, di sini akan dinyatakan serba sedikit tentang cara melembutkan daging kambing bagi yang ingin menjadikan daging kambing sebagai menu utama dalam masakan.

Cara Melembutkan Daging Kambing

Daging merupakan antara makanan protein yang sering menjadi pilihan orang ramai selain daripada ayam untuk di jadikan sebagai lauk-pauk untuk di makan. Namun begitu, banyak jenis daging yang boleh di masak seperti daging ayam, daging lembu, daging kambing dan daging kerbau.

Walau bagaimanapun, bagi masyarakat Malaysia daging yang sering mereka masak dan makan adalah daging ayam, daging lembu dan daging kambing. Setiap manusia mempunyai cita rasa yang berbeza sama juga seperti daging dimana ada sesetengah orang lebih menyukai daging lembu dan ada sesetengah orang lebih menggemari daging kambing.

Oleh itu, bagi mereka yang sangat menggemari daging kambing pasti tertanya-tanya apakah petua atau bagaimana cara melembutkan daging kambing.

Untuk pengetahuan semua, jika daging kambing ini tidak di lembutkan dengan betul, daging kambing akan menjadi sukar untuk dimakan. Hal ini demikian kerana, daging kambing biasanya mengeluarkan aroma dan mempunyai tekstur yang agak liat dan keras.

Berikut 3 kaedah melembutkan daging kambing yang perlu korang tahu..

Menggunakan Cuka

Untuk makluman semua, bahan berasid seperti cuka, jus lemon dan susu masam adalah antara bahan yang sangat efektif untuk melembutkan daging dan sekaligus membuatkan rasa daging menjadi lebih enak.

Oleh itu, bagi korang yang ingin menggunakan cuka sebagai bahan untuk melembutkan daging, korang boleh menjadikan cuka sebagai bahan perapan terutama ketika korang bercadang ingin buat daging panggang.

Hal ini demikian kerana bahan perapan tersebut memiliki kandungan berasid yang mampu memecahkan protein yang degil. Justeru, untuk memastikan daging kambing betul-betul lembut dan tidak keras korang haruslah memerapkan daging tersebut dalam masa lebih kurang 30 minit hingga 2 jam.

Oleh kerana itu, perapan menggunakan bahan berasid seperti cuka merupakan salah satu cara melembutkan daging kambing yang boleh korang ketahui.

Menggunakan nanas atau betik

Mungkin ada sesetengah daripada orang ramai yang tidak mengetahui bahawa buah nanas merupakan antara bahan perapan berenzim yang mampu melembutkan daging kambing. Bagi yang tidak tahu bagaimana cara betul menggunakan nanas sebagai bahan perapan daging kambing, maka di sini akan dikongsikan serba sedikit cara untuk melembutkan daging dengan perapan nanas.

Untuk melembutkannya mudah sahaja di mana korang hanya perlu mengisar buah-buahan yang berenzim seperti nanas atau betik. Kemudian, perapkan purinya dengan daging kambing yang hendak di masak. Setelah semua perapan itu dibuat dan diletakkan pada daging kambing tersebut, hasilnya daging tersebut akan menjadi lebih enak dan lembut.

Pressure Cooker

Periuk tekanan tinggi atau pressure cooker merupakan salah satu cara melembutkan daging kambing yang perlu korang tahu. Hal ini dikatakan demikian kerana, periuk tekanan tinggi ini merupakan antara cara paling pantas untuk melembutkan daging kambing.

Oleh itu, tidak hairanlah jika periuk tekanan tinggi ini memiliki harga yang mahal kerana ianya sangat membantu para suri rumah untuk memasak terutama dalam memastikan daging kambing yang hendak dimasak lembut dengan segera.

Untuk pengetahuan semua, jika menggunakan periuk tekanan tinggi atau pressure cooker ini, tempoh untuk daging empuk adalah dianggarkan antara 30 minit – 50 minit berbanding menggunakan periuk biasa. Namun begitu, korang dinasihatkan untuk berhati-hati dalam menggunakan periuk tekanan tinggi ini.

Terdapat banyak lagi cara melembutkan daging kambing yang boleh korang gunakan ketika korang ingin memasak daging kambing. Namun begitu, cara yang telah dinyatakan di atas ini, sedikit sebanyak dapat membantu atau menyelesaikan masalah suri rumah tangga yang tertanya-tanya bagaimana untuk melembutkan daging kambing ini.

Kebaikan daging kambing

Ramai kalangan kita menolak hidangan daging kambing. Ini kerana, daging kambing sering dikaitkan dengan masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian membawa kepada penyakit jantung.

Akan tetapi, ini semua adalah salah faham. Sedangkan kebaikan daging kambing ada begitu banyak sekali.

Sebagai info, kambing merangkumi 63 peratus daging yang dimakan di seluruh dunia. Menjadi sumber protein utama kebanyakan negara Arab dan Afrika Utara. Selain penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain.

Bahkan, kumpulan penyelidik dari Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) yang terdiri daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn misalnya, mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat.

Kajian ACES mengenai khasiat daging kambing matang berbanding lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik.

Mereka mendapati daging kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain. Menjadikan daging kambing sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.

Mengambil potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram sebagai perbandingan, adalah didapati bahawa:

  • kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak
  • lembu 7.9 gram lemak,
  • kambing muda (lamb) (8.1 gram),
  • khinzir (8.2 gram)
  • ayam (6.3 gram).

Dari segi kalori pula:

  • kambing mempunyai 122 kalori (kal),
  • lembu (179 kal),
  • kambing muda (175 kal),
  • khinzir (180 kal)
  • ayam (162 kal).

Bukan itu sahaja, satu lagi kebaikan daging kambing ialah kandungan lemak tidak tepu daging kambing dikatakan jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain. Ini adalah baik untuk pemakanan kita memandangkan lemak tak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.

Akhir sekali, kenapa daging kambing sesuai dijadikan sebagai sumber protein ideal ialah kerana daging kambing mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.

Penutup

Justeru, diharapkan perkongsian mengenai cara melembutkan daging kambing ini dapat memberikan banyak manfaat kepada suri rumah yang kerap menjadikan daging kambing sebagai menu utama mereka. Dan diharapkan juga info mengenai kelebihan daging kambing yang dikongsikan di sini melenyapkan segala mitos mengenai keburukan daging kambing yang sudah sekian lama berlegar-legar dalam masyarakat kita.

Rujukan Lain

Ramai masih tak mengetahui tanda-tanda awal penyakit buah pinggang. Oleh itu, di sini dikongsikan tanda-tanda sakit buah pinggang peringkat awal.

Hangat dan tular diperkatakan mengenai ChatGPT. Ramai yang nak tahu. Jadi jom kenali apa itu ChatGPT dan cara menggunakannya..

Bagi pelajar-pelajar yang berminat menyambung pelajaran di kolej vokasional, ini senarai kolej vokasional di Malaysia dan kursus yang ditawarkan..

Bagi korang yang NAK tahu senarai IKBN dan IKTBN serta kursus yang ditawarkan, ini senarai penuh IKBN dan IKTBN beserta kursus yang ditawarkan..

Tengah mencari soalan Pengetahuan Am Malaysia? Di sini dikongsikan beberapa contoh soalan Pengetahuan Am tentang Malaysia..

Bagi korang yg nak mohon SPA9, di sini atok terangkan seringkas mungkin tentang SPA9 login masuk (cara daftar & mohon). Moga bermanfaat ya..

Ini merupakan perkongsian tentang jadual peperiksaan jabatan perkhidmatan awam 2023 yang perlu korang tahu. Selamat menduduki peperiksaan..

Apa itu Bank Islam online banking beserta dengan syarat sign up & cara daftar yang perlu korang ketahui. Juga mengenai GO Biz oleh Bank Islam..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!