Pasti ada di antara korang yang tertanya-tanya pengeluaran duit ASB secara online ini melalui apa? Untuk pengetahuan, pengeluaran duit ASB online boleh dikeluarkan melalui portal myASNB. Justeru, bagi yang ingin tahu bagaimana caranya untuk mengeluarkan duit ASB melalui portal myASNB, maka di bawah ini akan dikongsikan serba ringkas tentang cara keluarkan duit ASB secara online melalui myASNB terus ke akaun bank korang.
Di Malaysia kini sistem pengeluaran, penyimpanan dan semakan duit dari akaun simpanan seperti ASB kini semakin maju. Di mana, orang ramai boleh membuat semakan, penyimpanan, pengeluaran hanya dengan secara online sahaja.
Hal ini demikian, secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya kesesakan di dalam bank atau beratur panjang di kaunter. Bukan itu sahaja, dengan adanya sistem pengeluaran duit ASB secara online ini juga secara tidak langsung dapat memudahkan urusan korang dengan lebih pantas dan juga dapat menyenangkan hidup korang.
Ini kerana, pengeluaran duit ASB secara online ini hanya memerlukan beberapa minit sahaja dan urusan dapat diselesaikan.
Apa itu myASNB?
myASNB merupakan portal pelaburan yang dibangunkan oleh ASNB yakni anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk memudahkan pelabur ASNB menguruskan pelaburan secara dalam talian atau online.
ASNB ditubuhkan pada 22 Mei 1979 sebagai syarikat pengurusan unit amanah di bawah PNB. Setelah lebih 40 tahun, ASNB kini mengurus 16 dana yang bernilai RM277.86 bilion pada tarikh catatan terakhir 31 Disember 2021.
Antara kemudahan yang disediakan melalui portal atau aplikasi myASNB adalah seperti berikut:
- Pengeluaran pelaburan unit amanah ASNB
- Pelaburan tambahan ke dalam akaun unit amanah ASNB
- Penetapan pelaburan secara automatik menerusi Auto Labur
- Menyemak rekod urus niaga dan baki pelaburan yang terkini
- Mengemaskini maklumat peribadi
- Mengurus akaun pelaburan anak berusia 18 tahun ke bawah untuk penjaga berdaftar
Untuk menggunakan portal myASNB, korang perlu terlebih dahulu mengemaskini nombor telefon di mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB sebelum mendaftar di www.myasnb.com.my dan setelah mendaftar di portal myASNB barulah korang boleh menggunakan Aplikasi myASNB menerusi telefon pintar.
Had pengeluaran duit ASB online
Sebelum korang mengetahui tentang cara keluarkan duit ASB secara online melalui myASNB, korang juga perlu mengetahui terlebih dahulu tentang had pengeluaran.
Untuk makluman semua, jika sebelum ini pengeluaran duit ASB ada had yang ditetapkan (sekiranya korang membuat pengeluaran di kaunter atau mana-mana ejen ASB).
Namun begitu, korang tidak perlu risau lagi di mana kini had pengeluaran ASB telah pun ditambah kepada RM2,000 sebulan jika korang menggunakan secara online di myASNB.
Selain itu, kemudahan pengeluaran dalam talian atau online ini telah ditawarkan selaras saranan kerajaan agar institusi kewangan mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital serta untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.
Walau bagaimanapun, setiap pemegang unit adalah dinasihatkan untuk menggunakan kemudahan pengeluaran dengan bijak dan berhemah dan dinasihatkan juga untuk mengeluarkan wang ASB hanya sekiranya benar-benar dipperlukan sahaja. Tapi, pada akhirnya itu duit korang dan terpulang kepada kurang untuk menentukannya.
Cara pengeluaran duit ASB online melalui myASNB
Setelah mengetahui serba sedikit tentang pengeluaran ASNB, berikut pula merupakan cara pengeluaran duit ASB online melalui myASNB.
1. Buka portal myASNB.
2. Bagi yang baru pertama kali menggunakan portal myASNB, korang perlu mendaftar dahulu sebagai pengguna.
3. Tekan daftar dan isikan maklumat pengguna. Kemudian, log in seperti biasa apabila sudah berdaftar. Seterusnya, masukkan id dan kata laluan pengguna.
4. Kemudian klik pada menu portfolio. Setelah itu, klik pada butang transaksi dan kemudian korang perlu pilih pada jualan balik.
5. Kemudian apa yang korang perlu buat adalah korang perlu baca dan fahamkan notis pengisytiharan tersebut.
6. Seterusnya, korang perlu memasukkan beberapa jumlah duit ASB yang korang ingin keluarkan.
7. Setelah mengenalpasti jumlah wang yang ingin di keluarkan, maka korang perlu tanda (/) pada ruang pengesahan. Kemudian korang boleh klik teruskan.
8. Setelah itu, klik pada permintaan TAC dan korang akan menerima SMS beserta dengan nombor TAC.
9. Setelah menerima nombor TAC, korang perlu memasukkan nombor TAC yang korang telah terima tersebut.
10. Kemudian transaksi yang berjaya akan dipaparkan di skrin pengesahannya.
11. Seterusnya, jumlah wang yang telah dikeluarkan akan di masukkan ke dalam akaun bank korang dalam masa 2 hingga 3 hari waktu bekerja.
12. Setelah itu, semuanya selesai.
Justeru, ini merupakan serba sedikit tentang cara keluarkan duit ASB secara online melalui myASNB yang korang perlu tahu.
Kesimpulannya, bagi korang yang ingin mengeluarkan duit ASB secara online tetapi tidak mengetahui cara yang betul untuk melakukannya, maka korang boleh menggunakan cara di atas ini untuk membantu korang dalam pengeluaran duit ASB online melalui myASNB.
Cara yang dinyatakan iaitu menggunakan laman portal myASNB ini sangat membantu memudahkan setiap urusan korang dalam proses pengeluaran dan semakan ASB. Dengan kemudahan yang diberikan korang boleh membuat pengeluaran dan semakan baki pada bila-bila masa dan di mana sahaja korang berada.
Justeru, diharapkan semoga perkongsian tentang cara pengeluaran duit ASB online melalui myASNB yang dinyatakan ini dapat membantu korang yang ingin menggunakannya secara online.
Rujukan Lain
Bagi korang yang ingin menyambung pengajian di UiTM, di sini dikongsikan beberapa senarai kursus pengajian di UiTM dan lokasi kampus..
Nak sambung belajar? Atok akan pecahkan perbezaan tingkatan 6, matrikulasi dan diploma berdasarkan beberapa kriteria. Moga membantu korang memilih..
Nak masuk matrikulasi? Bagi yang masih tertanya-tanya bilakah permohonan kemasukan matrikulasi 2023 dibuka, KPM telah mengeluarkan tarikh rasmi..
Malas nak jalan jauh-jauh pegi kaunter semata-mata nak beli tiket bas? Tiada masalah. Kita belajar cara beli tiket bas online kali ni..
Dividen ASB dah masuk! Malas pula nak beratur. Jadi kali ni, jom kita lihat cara daftar ASB online pertama kali dan semak dividen ASB..
Bagi yg belum tahu cara membuat semakan baki loan Bank Rakyat secara online. Di sini dikongsikan cara semak baki pinjaman bank rakyat secara online..
Pemberian STR adalah bagi meringankan beban sara hidup rakyat. Di sini dikongsikan cara login STR 2023 & soalan-soalan lazim mengenai STR 2023.
Bagi pelajar-pelajar yang berminat menyambung pelajaran di kolej vokasional, ini senarai kolej vokasional di Malaysia dan kursus yang ditawarkan..