Rukun Negara atau National Principles dibentuk dengan tujuan paling utama iaitu untuk membentuk perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat Malaysia. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara Malaysia merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan persekutuan Malaysia.
Sejarah Rukun Negara Malaysia
Semuanya bermula pada 13 Mei 1969. Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang mengganggu-gugat perpaduan kaum di Malaysia. Tragedi 13 Mei 1969 berpunca daripada kempen pilihan raya yang menimbulkan isu perkauman sensitif.
Peristiwa hitam tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum. Tun Abdul Razak Hussein yang mengetuai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada ketika itu telah menubuhkan tiga badan lain iaitu; Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara (MPN).
Hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN) maka lahirlah Rukun Negara.
Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong IV, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.
5 prinsip Rukun Negara malaysia
Prinsip Rukun Negara Malaysia Menggariskan 5 prinsip utama yakni: Kepercayaan Kepada Tuhan; Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-undang; serta Kesopanan dan Kesusilaan
Ikrar Rukun Negara
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
- Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
- Memelihara cara hidup demokratik;
- Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama;
- Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
- Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Berikut huraian ringkas kelima-lima prinsip Rukun Negara Malaysia ini..
Kepercayaan Kepada Tuhan
Falsafah di sebalik prinsip ini ialah bangsa dan Negara Malaysia ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan yang maha berkuasa yang telah menciptakan seluruh alam semesta. Melalui kepercayaan di dalam beragama akan berupaya menjadikan bangsa Malaysia yang berjaya dan juga maju.
Melahirkan bangsa yang berpegang teguh kepada prinsip kepercayaan kepada kekuasaan tuhan yang maha berkuasa.
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Seperti yang dimaklumi, Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selain itu, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri yang terlibat dan Yang Di-Pertua Negeri adalah ketua bagi negeri-negeri yang tidak beraja.
Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri ini merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas setiap pemerintah di tempat masing-masing.
Keluhuran Perlembagaan
Keluhuran Perlembagaan bermaksud setiap rakyat perlu dan wajar menerima Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.
Perlembagaan adalah sumber rujukan tertinggi bagi segala hal berkaitan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat.
Fungsi Perlembagaan Negara Malaysia ialah bagi memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara Malaysia ini akan hak dan keistimewaan masing-masing sebagai warganegara.
Setiap warganegara Malaysia adalah dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini.
Kedaulatan Undang-Undang
Setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara Malaysia. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan.
Jadi undang-undang perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan tidak stabil. Undang-undang negara Malaysia dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.
Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ini menekankan pada perkembangan personaliti dan tingkah laku rakyat. Agar membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam pergaulan masyarakat pelbagai kaum di negara Malaysia ini.
Sikap bersopan santun dan bersusila mesti diamalkan bagi melahirkan individu dan seterusnya masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.
Matlamat Rukun Negara Malaysia
Tidak lain, matlamat Rukun Negara ialah mewujudkan masyarakat Malaysia ke arah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat. Bagi mencapai matlamat Rukun Negara inilah perlunya 5 prinsip Rukun Negara difahami dan dihayati setiap lapisan masyarakat.
Jom sama-sama kita hayati 5 prinsip Rukun Negara Malaysia..
Rujukan Lain
Kepada para anggota tentera yang nak menyemak penyata gaji ATM atau memuat turun slip gaji ATM online, berikut dikongsikan butirannya..
Bencana datang tiba-tiba. Maka, penting untuk pekerja seperti korang mengetahui cara semakan nombor SOCSO (cara cek No PERKESO) masing-masing..
Badan dah berisi? Pastu susah gila nak cari baju yg sesuai dengan saiz? Ha.. Jom, jom kita tengok tips kurus kan badan dengan cepat tanpa produk.
Senarai perdana menteri Malaysia & sumbangannya bermula dari perdana menteri yang pertama sehingga sekarang iaitu tahun 2023. Jom kenali PM kita..
Kali ini kita borak mengenai cara memikat hati lelaki. Tapi bukan lelaki yang sudah berpunya. Akan tetapi cara-cara memikat hati lelaki dalam diam..
Impian korang ingin menjadi seorang guru? Jangan risau, Atok akan kongsikan senarai IPG di Malaysia untuk korang jadikan rujukan sebelum memohon..
Bukan bunga ros, bukan bunga orkid dan bukan bukan juga bunga kekwa. Tapi bunga raya bunga kebangsaan bagi negara Malaysia. Baca lebih lanjut..
Madu kelulut asli mempunyai tahap antioksidan tinggi yang boleh melindungi daripada penyakit kronik. Baca khasiat-khasiat madu kelulut di sini..