Korang dipanggil ke ujian fizikal Polis pada bulan September dan Oktober ini? Adakah untuk ujian fizikal konstabel polis YA1 atau YT1? Ujian fizikal sarjan polis YA5 mungkin? Atau ujian fizikal inspektor polis YA13? Tak kisahlah mana-mana pun. Korang tahukan, penempatan jawatan-jawatan ni adalah di Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM)? Dah sedia ke? Apa benda kena prepare untuk ujian fizikal Polis ni sebenarnya?Jom.. Hayati bebelan atok kali ni. Haha..
Isi Kandungan
Nota Penting: Bagi yg dah berjaya melepasi ujian fizikal dan kecergasan Polis ini dengan jayanya, cabaran terakhir yg korang kena harung ialah sesi temuduga Polis utk ambilan di Jabatan Polis Diraja Malaysia yg dijadualkan dalam bulan Oktober ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan lazim temuduga utk jawatan ni boleh anda baca di contoh soalan temuduga Polis ini.
Kepada korang yg dapat jadual ujian SPiER Polis pada kali ini. Tolong jangan sia-siakan peluang yg diberi dan buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian ini boleh diperolehi di contoh soalan SPiER Polis.
Semakan Jadual Pemeriksaan Fizikal Dan Ujian Kecergasan Fizikal
Calon yang telah mengisi permohonan jawatan pada tarikh iklan yang terdahulu seperti yang tertera di bawah sahaja boleh menyemak status panggilan:
I) Inspektor Polis Gred YA13 (Awam)
Tarikh iklan pada 26 Jun 2023 hingga 10 Julai 2023.
Korang boleh membuat semakan status di laman sesawang e-Pengambilan PDRM bermula 29 September 2023 hingga 9 Oktober 2023.
Korang adalah dikehendaki untuk:
- Klik ‘Log Masuk’
- Klik ‘Semak Status Permohonan’
- Klik ‘Semak’
Untuk mengetahui status panggilan dalam sistem e-Pengambilan PDRM.
Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti yg tertera di dalam surat panggilan pemeriksaan fizikal tersebut.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian:
- Help Desk: 03-22668348 / 8350 / 8351
Ujian Fizikal Polis ni hape?
Nama penuh ujian fizikal ni ialah Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan. Singkatannya pula ialah UFPK. Ujian pemeriksaan fizikal dan pancaindera berperanan menentusahkan bahawa korang memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal yang telah ditetapkan dan memiliki kebolehan pancaindera yang diisyaratkan serta mempunyai tahap kecergasan yang diperlukan untuk menjadi seorang Polis.
Ujian pemeriksaan fizikal termasuk BMI
Fizikal calon-calon Polis akan diperiksa untuk memastikan syarat ujian fizikal polis berikut dipenuhi :
1) Tinggi korang hendaklah mencapai 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita. Minta maaf cakap, kalau tinggi korang tak sampai. Jangan buang masa pegi ujian fizikal PDRM ni. Konfem korang kena reject mentah-mentah. Daripada korang sedih dan hampa. Elok jangan datang terus. Baik mohon kerja lain..
Tak payah terfikir nak pakai kasut tumit tinggi (untuk wanita) atau kasut sukan tapak tebal (untuk lelaki). Masa korang diukur ketinggian tu korang kena bukak kasut!
Stage ni memang tak leh bawak bincang. Di sinilah pembuangan calon paling ramai berlaku. Katakanlah, ujian fizikal Polis kali ni dihadiri oleh 300 calon. Dan 70 ke 80 calon akan stack sini. Hanya 220 saja boleh terus ke stage berikutnya..
2) Sekurang-kurangnya berat 50 kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita. Jadi kalau korang agak berisi. Sila jangan makan dahulu sebelum menjalani ujian fizikal ni. Kalau gemuk, kena diet dulu.
3) Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (ini lelaki sahaja yang diuji).
4) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26. Kalau tinggi korang dan berat badan korang dalam lingkungan di atas, biasanya tiada masalah. Boleh lepas ujian BMI ni punya.
Ujian Vision Acquity dan pendengaran
Ujian fizikal Polis yg seterusnya ialah pemeriksaan pancaindera calon. Korang hendaklah menenuhi syarat yang telah ditetapkan, yakni :
Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens).
Juga, lepas pengecaman warna (rabun warna) dan pendengaran yang tidak cacat.
Ujian Pemeriksaan Tubuh
Korang akan diuji dan ditentusahkan sama ada cukup sihat dan cergas. Latar belakang kesihatan korang juga akan disemak. Sama ada korang pernah menjalai pembedahan sebelum ini atau tidak pun akan disiasat. Serta diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.
Ujian kawad
Ujian fizikal (UFPK) Polis yang ini paling getir. Sini la tempatnya dimana ramai yang kantoi. Calon lulus atau tidak akan ditentukan sebahagian besar adalah melalui ujian kawad ini. Korang akan diarah berdiri tegak dan disuruh angkat tangan.
Pemeriksaan akan dilakukan ke atas keadaan lutut dan tangan korang. Bengkok sedikit pun sudah menjadi satu kekurangan yang ketara.
Stage yang ni juga tak boleh bawa bincang. Ntah la kenapa. Asal siku bengkok sikit, habis. Asal lutut tak rapat, habis. Asal celah jari jemari banyak lobang atau renggang, pun habis. Korang akan disuruh balik kampung tanam jagung!
Ujian kecergasan
Bila dah lepas yang atas tu. Memang alhamdulillah la kan. Tapi ujian kecergasan ni pun satu lagi.
Ini ujian kedua paling getir.
Kenapa?
Setelah lepas semua ujian di atas, korang akan diuji tahap kecergasan pula. Bagi memastikan korang mempunyai tahap fizikal dan mental yang kuat. Antara ujian kecergasan yang dilakukan adalah :
- Larian 2.4km dalam 14 minit.
- Bangkit tubi dalam masa 2 minit sebanyak 30 kali.
- Lari ulang alik 4x10m dalam 11 saat.
- Lompat jauh berdiri.
Nota : Jenis ujian kecergasan ni tak tetap ya. Ikut jabatan yang buat ujian fizikal tu. Contohnya, ujian fizikal untuk imigresen sedikit berbeza daripada ujian fizikal Polis.
Panduan Penilaian Masa Larian 2.4 Km (Lelaki/ Wanita) Polis Diraja Malaysia
Bermula tahun 2023 dan bagi tahun yang seterusnya, calon yang telah berjaya melepasi pemeriksaan fizikal dan ujian kecergasan wajib menjalani larian 2.4 Km bagi semua jawatan yang ditawarkan oleh pihak PDRM.
Di bawah adalah panduan penilaian masa larian 2.4 Km (Lelaki/Wanita)
Umur | Kandas |
---|---|
30 TAHUN KE BAWAH | LELAKI – 14:01 MINIT KE ATAS WANITA – 16:01 MINIT KE ATAS |
31 TAHUN – 34 TAHUN | LELAKI – 15:01 MINIT KE ATAS WANITA – 17:01 MINIT KE ATAS |
35 TAHUN – 39 TAHUN | LELAKI – 16:01 MINIT KE ATAS WANITA – 18:01 MINIT KE ATAS |
40 TAHUN – 44 TAHUN | LELAKI – 17:01 MINIT KE ATAS WANITA – 19:01 MINIT KE ATAS |
Maksudnya, korang kena habiskan larian tersebut di bawah masa yang tertera dalam jadual di atas. Contohnya, korang adalah calon lelaki berumur 32 tahun, wajib selesai lari 2.4 Km dalam tempoh 14 minit 59 saat. Baru dikira lulus.
Tips tambahan Ujian Fizikal Polis
A) Pada hari ujian fizikal tu, korang hendaklah berpakaian kemas (bukan jeans atau kemeja-T), berkasut, berambut pendek dan kemas, membawa alat tulis secukupnya dan pakaian sukan.
B) Bawa bersama kad pengenalan dan surat panggilan Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan (UFPK) Polis.
C) Korang mestilah mematuhi arahan ketua penguji / pemeriksa. Jangan tunjuk degil. Suruh berdiri, berdiri. Suruh duduk, duduk. Jangan cari pasal. Mentah-mentah nanti pegawai penguji suruh balik.
D) Korang hendaklah berada di pusat Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan Polis lima belas (15) minit lebih awal daripada masa ujian fizikal bermula.
E) Seminggu sebelum ujian fizikal, korang hendaklah tidur dan rehat dengan secukupnya. Jangan pengsan waktu ujian kecergasan gais! Memang naya Pak Karim..
F) Atok tahu, korang nak buat badan sebelum ujian fizikal dijalankan. Ada yang makan protien powder, ada yang masuk gym, ada yang joging. Macam-macam lagi la. Tapi buatlah latihan dengan cara yang betul dan berperingkat. Jangan sampai cedera. Takut tak sempat sembuh sampai waktu ujian fizikal tu tiba.
G) Makan dengan kadar yang betul dan minum air secukupnya. Pastikan diri korang dalam keadaan yang paling tip top semasa ujian fizikal PDRM itu berlangsung.
H) Satu lagi, ni last. Kuda-kuda lu kasi mantap geng. Kisah benar. Semasa ujian fizikal tu, jangan pelik atau terkejut jika tiba-tiba ada pegawai penguji datang tolak korang dari belakang. Kadang-kadang mereka langgar korang dari tepi. Jangan sampai jatuh geng. Itu ujian sampingan. Boleh dapat markah tambahan kalau korang tak jatuh.
Beberapa FAQ mengenai pengambilan Polis
Apakah jawatan yang ditawarkan di PDRM?
Jawatan-jawatan yang ditawarkan PDRM adalah seperti berikut:
- Jawatan Inspektor
- Jawatan sarjan
- Jawatan Konstabel
- Jawatan Konstabel Orang Asli
- Jawatan Konstabel Sokongan
Apakah kelayakan akademik diperlukan untuk menjadi polis?
Kelayakan minimum akademik yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Konstabel Sokongan – Penilaian Menengah Rendah (PMR)
- Konstabel – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Kadet Sarjan – Diploma
- Inspektor – Ijazah
Di manakah ujian fizikal Polis diadakan? Dan berapa lama?
Calon yang berjaya pada peringkat awal akan dipanggil untuk menjalani ujian fizikal PDRM dalam tempoh satu hari. Ujian fizikal ini diadakan di institusi-institusi latihan PDRM yang telah ditetapkan. Antara ujian fizikal yang dilakukan adalah mengukur ketinggian dan berat badan, memeriksa keseluruhan badan, kecergasan calon, command kawad.
Sekianlah
Ok, sekian sahaja bebelan atok kali ini dan disudahi dengan ucapan selamat menempuh onak dan ranjau ujian fizikal Polis. Atok doakan korang yang baca post ni beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Aamin..
Mantap tok,, terima kasih doakan saya lulus ujian fizikal 11/3 ni amin.
InsyaAllah boleh. Tak susah mana pun, tunjukkan keyakinan jer.
Pro tips: Jangan byk ketawa, bergurau atau tersenyum semasa ujian fizikal tu nanti. Penguji akan anggap calon sebegitu tidak serius. Kena serius dan selalu fokus dengan keadaan sekeliling, maklumlah nak jadi polis kan.
Terima kasih atas tipsnya atok, seandainya demam ketika pemeriksaan fizikal perlukah menghadiri?
Sebaiknya jangan. Ada kes dimana, calon demam tetapi tetap datang ujian fizikal. Dia tetap kena menjalani kesemua ujian yang dijadualkan. Tiada pengecualian! Sudah tentu prestasinya berada pada tahap tidak maksima.
Kalau terlepas pada tarikh ujian fizikal tu mcm mana ya?
Memang terlepas la..
kalau tidak dapat hadir disebabkan bencana alam.. kiranya kena mohon baru ke atau kita terus bagitahu unit pengambilan sebab2 kita tak dapat hadir?
Cuba berhubung dengan unit pengambilan untuk pertimbangan..
Aslm tok. Nak tnye kalau lepas semua dah , saya buat medical checkup , bahagian gigi tu penting tak,
Wkslm. Azwan. Sama penting. Walaupun dah lepas semua.
Aslm tok, saya kurang faham tatacara pakaian tu, untuk calon polis wanita bila dikehehendaki datang, berbaju kurung dan membawa baju sukan, atau perlu berbaju sukan terus atau bagaimana ye tok?
Utk ujian fizikal, kena pakai pakaian sukan. Sementara, utk temuduga lisan, kena pakai baju kurung atau pakai yang sesuai.
Atok temuduga polis jawatan YT1 berapa kali?
Sekali saja. Mula-mula ujian fizikal, kalau lepas baru layak ke stage temuduga lisan.
Atok kalau dah lepas ujian lisan dan dah ambil cap jari 10 jari berapa lama proses untuk kita tunggu bila dapat tarikh lapor diri??
Dalam tempoh 2 hingga 3 bulan..
atok kalau BMI saya lebih sikit tapi sebab saya main gym bukan sebab boroi,2.4km pun under 14min macam mana ya ?
Ia bergantung kepada pegawai pemeriksa. Tapi sepatutnya takda masalah..
assalamualaikum atok, nak tanya kalau bagi prempuan yang dah berkahwin betul ke tak boleh mohon untuk inspektor?
Wkslm. Tiada dinyatakan secara hitam putih. Jadi, kita boleh anggap ia sebagai mitos. Tapi sebaiknya, cuba mohon dulu. Baru puas hati.
atok,,kalau ade anak memang tak bole jadi polis ke?
anak bawah 2 tahun,,betul ke mase ujian fizikal kalau dorang dh tahu dorang reject terus sbb nk suruh perempuan tumpukan pada family
Macam atok jawab sebelum ni, tiada dinyatakan secara hitam putih. Tapi, kalau ikut logik, memang kurang sesuai kondisi tersebut dengan tugas-tugas dan masa bekerja sebagai polis yg tidak menentu.
Assalam atok, nak tanya sewaktu ujian pancaindera. Penguji akan periksa jari kita ke?
Wkslm. Betul!
atok,,nak tanya had umur utk memohon jd polis 18-28 tahun shj ke @
atas 30tahun masih boleh memohon ke jd polis
Benar sekali. Boleh cuba mohon, tapi peluang adalah tipis..
Kalau pakai clear contacts pun tak boleh gak ke huhu
Salam atok, nak tanya, kalau semua dah lepas..dah hantar medical checkup, tetapi tak terpilih dalam panggilan yg pertama..ada kah nama kita di simpan untuk panggilan yg akan ada lagi 2nd intake…jawatan sarjen.
Tak semestinya. Ada kes, dimana calon dapat panggilan selepas setahun lulus. Ada kes, langsung tak dipanggil pun..
Perokok kalau xray, lepas ke atok?
Kadang lepas, kadang tak lepas. Ikut nasib jg. Kalau dah tegar sgt, mmg susah jg nak ckp..
Assalam atok, saya dapat ujian fizika YA13 23/10 ni tapi tinggi saya hanya 152cm. Patut ke tak saya pergi?
Wkslm Zati,
Kalau ikutkan, mmg tak cukup tinggi tu.
Tapi untuk puas hati, elok Zati jalan juga. Kalau dah kena suruh balik pun sekurang-kurangnya tak nyesal kan. Dah usaha sedaya upaya. Berjuang dulu, sebelum menyerah kalah.
saya ada satu jari kaki yg pendek sikit dari 4 jari yg lain sejak lahir. memang akan di reject mentah2 ke ?
Tak semestinya jg. Nur boleh cuba pegi. Kalau dorang tak perasan, mmg nasib baik la..
Salam tok, sya obese..bmi 34, sya akan mnjalankan ujian fizikal 29/10/2023 ni,, dan sya rabun juga,, ada kemungkinan ka sya dpt diserap?
Wkslm Polly, mohon maaf tapi kemungkinan agak rendah. Boleh cuba jalan jg utk lebih puas hati.
Tok klw rambut pendek tapak no 2 mksud dia kena botak kem?
Hampir botak. Sebab yg botak tu yg licin habis..
Atok, kalau pakai braces boleh pergi fizikal ke atok? sbb saya dapat panggilan fizikal dan saya pakai braces, takde masalahkan?
Rasanya braces takda masalah. Tapi untuk keterangan yang lebih tepat, boleh hubungi nombor yang atok sertakan dalam perkongsian ni..
Assalamualaikum atok.nk tnya klau gigi kita ad lubng dia tetap akn reject ke.
Wkslm. Tgk nasib. Kadang dia tak cek, boleh lepas.
atok kalau perempuan parut bekas gatal banyak pun auto reject ke?
Tak semestinya Syami. Tgk keadaan juga. Kalau terlalu jelas dan boleh menjejaskan penampilan, mungkin boleh menjadi faktor.
Hi atok, nk tnya kalau lulus fizikal kan lepastu ujian lisan pada hari yang sama ujian fizikal ka?
Hai Alwani,
Biasanya akan diberi satu tarikh berasingan utk ujian lisan.
Kalau dah dapat panggilan untuk ujian fizikal,tapi tidak hadir,selepas intake yang baru nama akan diblacklist ke?
Sepatutnya tak. Itu setakat yg atok dimaklumkan. Kecuali ada perubahan polisi SPA utk tahun ini.
Atok klau untuk konstabel polis ya1 gigi akan dicek juga?
Biasanya ya. Kena cek juga.
Assalamualaikum atok, nk tnya kalau sijil penghargaan semasa di peringkat sekolah menengah tiada boleh datang ujian fizikal ke
Wkslm. Boleh saja. Nama pun cuba nasib kan. Datang jer..
Assalamualaikum tok , saya nk tanya , ada ke lelaki yang pendek dalam tinggi 160 ke 163 lepas masuk tak?
Wkslm.
Ada. Tapi biasanya ada la sebab-sebabnya yg khusus. Yang atok tak leh komen di sini. Faham2 je la sendiri..
Assalamualaikum tok,Soalan saya serius,kawan saya tahun 2019 ada penyakit tumor dekat dalam kepala tapi dah pulih sepenuhnnya tahun 2021…sekarang ni dia cergas dalam aktiviti sukan dengan program KBS,
Tok rasa dia boleh ke mohon untuk anggota polis YA13
Wkslm,
Kalau confirm dah sembuh dan boleh lepas ujian kecergasan. Tiada salahnya..
Salam Tok,
Berkenaan ujian vision v6/9 adalah cemerlang, ttp ada minimal Lazy Eyes (Amblyopia) utk eye lid, boleh ke Tok?
Wkslm, rasanya takda masalah. Mudah-mudahan ada rezeki..