Slip Gaji ATM Online (SPGATM Login)

Pengguna sistem SPGATM terdiri daripada semua pegawai dan anggota tentera yang masih berstatus aktif dan masih berkhidmat dalam perkhidmatan KDYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong. Jadi kepada para anggota tentera yang nak menyemak atau memuat turun slip gaji ATM online (SPGATM login), berikut dikongsikan butirannya..

Slip Gaji ATM Online

Apa itu SPGATM online?

SPGATM online atau Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia merupakan portal online yang diwujudkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2019 bagi memudahkan anggota tentera menyemak dan memuaturun penyata gaji mereka.

Portal SPGATM berada di bawah kelolaan Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera, yang merupakan sebuah organisasi yang bertindak sebagai pusat pemprosesan gaji dan elaun di bawah pentadbiran, Bahagian Perkhidmatan Tentera, Markas Angkatan Tentera Malaysia.

Cara Login Sistem Slip Gaji ATM Online (Kali Pertama)

Sebelum boleh menggunakan sistem slip gaji ATM online ini, korang dikehendaki menghubungi Pegawai Gaji tempat korang bertugas terlebih dahulu.

Setelah itu, untuk log masuk, sila klik Portal SPGATM.

Korang perlu memasukkan nombor tentera, nombor kad pengenalan awam serta alamat emel yang sah dan betul semasa kali pertama login Portal SPGATM.

Walaubagaimanapun korang adalah dikehendaki menukar nama pengguna dan kata laluan bagi tujuan keselamatan dan memelihara kerahsiaan informasi.

Nota: Sila pastikan emel yang dimasukkan adalah emel yang valid dan korang gunakan selalu. Hal emel ini penting dan jangan dianggap remeh.

Bagaimana untuk Download Slip Gaji ATM Online?

Bagi membolehkan korang memuat turun Penyata Gaji dan Borang EC, korang perlu ada aplikasi PDF Reader terlebih dahulu di dalam telefon pintar. Kegagalan korang untuk memenuhi keperluan tersebut akan menyebabkan korang gagal untuk download Penyata Gaji dan Borang EC tersebut dan dokumen tersebut hanya boleh dipaparkan sahaja (view only).

Terlupa Password Slip Gaji ATM Online

Jika korang terlupa kata laluan, jangan panik. Korang boleh mengakses menu terlupa kata laluan. Link terlupa kata laluan sementara akan dihantar ke alamat emel yang telah didaftarkan.

Berapa lama tempoh Penyata Gaji ATM dan Borang EC disimpan di dalam sistem SPGATM?

Tempoh Penyata Gaji ATM dan Borang EC disimpan di dalam sistem SPGATM adalah seperti berikut:

A. Dua belas (12) bulan terkini bagi Penyata Gaji ATM Bulanan
B. Tujuh (7) tahun kebelakangan bagi Borang EC

Korang boleh download Penyata Gaji dan Borang EC dalam tempoh di atas. Ingat ya, adalah menjadi tanggungjawab korang sendiri untuk download kesemua penyata gaji ATM yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan sebelum ianya dilupuskan daripada SPGATM.

Nota: Permohonan untuk mendapatkan semula Penyata Gaji ATM dan Borang EC selepas tempoh di atas adalah tidak akan dilayan.

Saya nak dapatkan Penyata Gaji ATM dan Borang EC lama iaitu sebelum tahun 2019. Bagaimana caranya?

Penyata Gaji ATM dan Borang EC yang dikeluarkan pada tahun sebelum April 2019 adalah secara manual (hardcopy) dalam 3 salinan. Hanya satu (1) penyata sahaja yang dikeluarkan kepada setiap pegawai dan anggota. Salinan kedua dan ketiga disimpan oleh pihak UGAT dan Pejabat Gaji Pasukan. Sekiranya ada keperluan, sila dapatkan maklumat penyata gaji bulanan ATM dan Borang EC yang melebihi tempoh yang dinyatakan di atas daripada Pejabat Gaji di mana korang berkhidmat ketika itu.

Rujukan Lain

Pemilihan nama bayi perempuan islam yang indah dan moden serta elok maknanya penting kerana inilah nama yang akan dipanggil di hari akhirat nanti..

Apa itu bank Islam online banking beserta dengan syarat sign up & cara daftar yang perlu korang ketahui. Juga mengenai GO Biz oleh Bank Islam..

Untuk membuat semakan No KWSP, korang boleh buat dengan 3 cara. Di sini diterangkan tiga cara semakan No KWSP melalui kad pengenalan..

Apa beza instant transfer dan interbank giro (IBG)? Disini akan dikongsikan maksud instant transfer dan interbank giro (IBG) dan perbezaannya..

Baca cara semakan penyata pinjaman PTPTN online bagi graduan lepasan yang sudah pun sepatutnya memulakan pembayaran pinjaman PTPTN..

Dah cari contoh ucapan Hari Raya 2023 yang kreatif dan menarik untuk dihantar menerusi Whatsapp, Telegram, Emel, Insta, FB atau lain-lain saluran?

Kalau korang bercadang nak tonton wayang, elok tengok dulu harga tiket wayang GSC 2023 berdasarkan kategori yang dikongsikan ini sebagai rujukan..

Di sini Atok akan kongsikan kepada korang doa sebelum berbuka puasa ramadhan yang korang boleh amalkan sebelum berbuka puasa nanti. Selamat berbuka!

Leave a Comment

error: Content is protected !!