Bagi korang yang pertama kali membuat pemindahan wang antara bank pasti tertanya-tanya apa itu instant transfer dan interbank giro (IBG). Apa beza instant transfer dan interbank giro (IBG)? Justeru, disini akan dikongsikan maksud instant transfer dan interbank giro (IBG) dan perbezaannya.
Isi Kandungan
Kemajuan teknologi yang semakin canggih dan pesat kini telah banyak membantu memudahkan orang ramai mengakses semuanya dengan cepat dan pantas. Antara kemajuan yang membantu memudahkan kehidupan harian orang ramai adalah dari segi pemindahan wang.
Dalam proses pemindahan wang ini, pelbagai istilah yang telah digunakan sehinggakan kadang-kadang menyebabkan ramai yang tidak memahaminya. Aotok sendiri pun, banyak benda yang atok tahu pakai jer tapi tak tahu maknanya. Haha..
Bagi mereka yang jarang membuat pemindahan dana atau kadang-kadang saja membuat pembayaran pesanan barangan melalui internet atau tujuan lain pasti tak begitu faham. Dan mungkin keliru dalam membuat pemilihan mekanisme dalam pemindahan wang iaitu sama ada menggunakan pemindahan instant transfer atau interbank giro (IBG).
Untuk makluman semua, instant transfer dan interbank giro (IBG) memiliki fungsi yang sama yakni sistem yg memudahkan dalam proses pemindahan wang. Namun kedua-dua ini: iaitu instant transfer dan interbank giro (IBG) ini mempunyai maksud yang berbeza yang perlu korang ketahui.
Berikut merupakan maksud instant transfer vs interbank giro (IBG).
Instant Transfer
Instant transfer merupakan proses transfer dana antara bank yang akan dilakukan dengan serta merta. Hal ini dikatakan demikian kerana, duit yang dipindahkan atau di-transfer akan dimasukkan ke dalam akaun penerima secara serta merta. Tiada tangguh-tangguh. Terus dapat.
Setiap bank akan mengenakan caj sebanyak 50 sen sehingga RM 2.00. Walaubagaimana pun, caj ini adalah tertakluk kepada keputusan semasa pihak bank. Ia boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa.
Ini merupakan maksud instant transfer. Setelah korang mengetahui tentang maksud instant transfer, maka selanjutnya adalah korang perlu mengetahui pula apa itu interbank giro (IBG).
Interbank giro (IBG)
Definisi umum Interbank GIRO (IBG) ialah sistem pemindahan wang secara elektronik daripada bank ke bank tanpa dokumen berbentuk fizikal seperti cek. Perkhidmatan Interbank GIRO (IBG) berguna dalam mengurangkan masa transaksi di antara akaun terutama transaksi luar bandar.
Di antara transksi yang dapat dibuat dengan kemudahan Interbank GIRO ialah:
1) Pemindahan tunai atau debit akaun simpanan sehingga RM1,000,000.00 setiap transaksi di kaunter.
2) Pemindahan tunai kepada akaun di mana-mana bank yang menyertai IBG.
3) Pembayaran pinjaman dan kad kredit kepada mana-mana bank yang menyertai IBG.
Tempoh pindahan atau interbank giro transfer time adalah di bawah tempoh 48 jam. Bukan itu sahaja, bagi interbank giro(IBG), ianya akan di caj dalam 15 sen sehingga RM 4.00 dan sudah pasti ia bergantung kepada setiap bank.
Namun begitu, bagi interbank giro (IBG), penerimaan wang yang di-transfer adalah bergantung pada waktu wang tersebut di transfer.
Sebagai contoh, sekiranya korang melakukan transfer wang sebelum jam 12 tengah hari, maka kemasukan duit yang telah di transfer tersebut adalah pada hari yang sama. Namun, jika korang melakukan transfer wang selepas jam 12 tengah hari, maka kemasukan duit tersebut akan berlaku pada keesokkan harinya.
Beza Instant Transfer Vs Interbank Giro (IBG)
Perbezaan antara Instant Transfer dan Interbank Giro (IBG) adalah pada cara dan kadar pemindahan wang antara bank.
1) Instant Transfer adalah proses pemindahan wang yang dilakukan dengan serta merta. Membolehkan korang menghantar atau menerima wang dengan segera tanpa menunggu beberapa hari seperti pada proses Interbank Giro.
2) Perkhidmatan Instant Transfer adalah lebih mahal daripada menggunakan Interbank Giro. Pemindahan wang melalui Instant Transfer akan dikenakan bayaran sebanyak 50 sen, manakala pemindahan melalui Interbank Giro hanya akan dikenakan bayaran sebanyak 15 sen. Kadar ini adalah tertakluk kepada bank masing-masingd dari semasa ke semasa.
Walaupun menggunakan Instant Transfer adalah lebih mahal, tempoh pemindahan wang yang lebih singkat boleh menjadi pilihan yang baik jika korang memerlukan pindahan wang masuk atau wang keluar dengan segera.
Sebaliknya, jika korang tidak memerlukan kadar pindahan wang dengan segera, maka menggunakan Interbank Giro adalah pilihan yang lebih baik kerana ianya lebih murah.
Secara keseluruhan, Instant Transfer Dan Interbank Giro (IBG) mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri. Oleh itu, penting untuk mempertimbangkan keperluan korang sebelum membuat sebarang pemindahan wang.
is duitnow instant transfer?
Ada yang tanya, is duitnow instant transfer? Yes. Instant Transfer is renamed to “DuitNow to Account” via CIMB. The service is instant & no additional fee, plus you may choose to send ana receive money in more ways.
why cimb cannot instant transfer?
Mungkin ada yang tanya, ‘why cimb cannot instant transfer?’
Jawapannya, CIMB users will not be able to instantly transfer funds through its website and app for an indeterminate period, due to issues caused by unusually high site traffic. We apologise to our customers for the interruption to the IBFT/Instant Transfer service on CIMB Clicks.
Maknanya, pada kebiasaannya boleh. Tiada masalah. Kecuali apabila tiba-tiba adanya ledakan trafik yang sangat tinggi. Ia jarang berlaku dan tidak normal. Kiranya macam berlaku gangguan la.
Rujukan Lain
Perkongsian mengenai bacaan tekanan darah tinggi mengikut umur dan beberapa tips menurunkan tekanan darah tinggi secara cepat..
Dah jumpa cara hilangkan bau ketiak pada baju? Bagi isteri yg sedang tercari-cari kaedah mencegah bau ketiak suami, post ini memang untuk korang..
Bagi korang yang ingin mengerjakan solat tarawih sendiri di rumah, di sini dikongsikan panduan solat tarawih sendiri (8 rakaat dan bacaan)..
Korang dah ingat-ingat lupa cara Solat Sunat Aidilfitri? Baca cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri (JAKIM) yang perlu korang ketahui ini.
Pemilihan nama bayi perempuan islam yang indah dan moden serta elok maknanya penting kerana inilah nama yang akan dipanggil di hari akhirat nanti..
Apa itu bank Islam online banking beserta dengan syarat sign up & cara daftar yang perlu korang ketahui. Juga mengenai GO Biz oleh Bank Islam..
Untuk membuat semakan No KWSP, korang boleh buat dengan 3 cara. Di sini diterangkan tiga cara semakan No KWSP melalui kad pengenalan..
Kali ini kita borak mengenai cara memikat hati lelaki. Tapi bukan lelaki yang sudah berpunya. Akan tetapi cara-cara memikat hati lelaki dalam diam..