Bagi golongan wanita, korang tidak perlu berasa bimbang sekiranya masih tidak tahu bagaimana cara solat yang sempurna bagi wanita. Kerana, di bawah akan dikongsikan serba sedikit cara solat wanita yang betul. Mudah-mudahan perkongsian ringkas ini menjadi saham akhirat untuk atok. Jom..
Solat merupakan salah satu kewajipan yang penting bagi seluruh umat islam tidak kira tua, muda mahupun kanak-kanak. Solat dari segi bahasa adalah ‘doa’.
Manakala dari segi syarak, solat ia ditakrifkan sebagai ‘amalan yang mengandungi perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ikhram dan disudahi dengan salam berserta dengan syarat-syarat tertentu’.
Solat wajib dilakukan oleh lelaki yang beragama islam dan juga wanita yang beragama islam. Oleh itu, sebagai orang muslim kita perlulah belajar serta mengambil tahu akan cara-cara asas untuk melaksanakan solat fardhu 5 waktu tersebut.
Namun begitu, bagi golongan wanita, korang perlu meneliti dan mempelajari solat fardhu dengan betul kerana setiap pergerakan tangan semasa solat 5 waktu yg dilaksanakan akan ada sedikit perbezaan dengan pergerakan tangan bagi golongan lelaki.
Sebelum diteruskan dengan cara solat wanita yang betul, perkara yang harus dilakukan oleh golongan wanita sebelum mendirikan solat adalah pada minit pertama sebelum niat pastikan dalam diri kita terdapat rasa kehambaan dan kemudian pada minit kedua sebelum niat solat adalah – dalam diri korang perlu ada membangkit rasa bertuhan.
Dan setelah kedua-dua perkara tersebut dilakukan, barulah niat solat dan takbir dilakukan. Pastikan niat dalam keadaan berdiri dengan tegak dan kemudian mengangkat takbir dengan betul. Bagi kaum wanita terdapat beberapa cara mengangkat takbir yang betul.
Mengangkat Takbir
Terdapat tiga cara mengangkat takbir yang betul bagi kaum wanita iaitu:
1) Meletakkan kedua-dua ibu jari di bawah cuping telinga.
2) Meletakkan kedua-dua jari telunjuk di bawah cuping telinga
3) Mengangkat kedua-dua tangan hingga ke paras dada.
Namun pastikan ketika mengangkat takbir kedua-dua lengan tangan hendaklah dirapatkan ke badan.
Qiyyam
Bagi kaum wanita, cara qiyyam yang betul adalah posisi tangan kiri perlulah ke atas sikit dari pusat sambil ibu jari dihalakan ke atas. Kemudian tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri dan pastikan kedua-dua lengan adalah rapat mendekati badan.
Rukuk
Selanjutnya, bagi posisi rukuk pula, peralihan yang dilaksanakan dari posisi qiyyam kepada rukuk perlulah dilakukan dengan penuh tertib dan sopan. Kemudian, kedua-dua tapak tangan hendaklah berada di atas lutut dan pastikan badan dibongkokkan 90 darjah serta siku dirapatkan ke badan dengan sudut yang tepat.
Iktidal
Seterusnya, bagi posisi iktidal pula, semasa bacaan ‘Sami Allahuliman hamidah’ pastikan badan korang dalam keadaan tegak dan kemudian ketika korang membaca ‘Rabbanaa lakal hamdu’ pastikan tangan dalam posisi takbir.
Sujud
Berikutnya, cara solat wanita yang betul adalah apabila tertib sujud dilakukan dengan betul. Pastikan kedua-dua lutut diletakkan ke lantai kemudian diikuti dengan tapak tangan dan seterusnya adalah dahi.
Selain itu, kaum wanita juga perlu memastikan bahawa kedua-dua tangan dirapatkan di bahagian bawah sedikit dari ibu jari di mana terdapat sedikit ruang terbuka di antara kedua-dua tangan dan di situlah dahi diletakkan. Pastikan juga sujud tidak terlalu jauh ke hadapan.
Duduk antara dua sujud
Untuk duduk antara dua sujud, ianya mempunyai dua cara iaitu: cara yang pertama, bahagian punggung boleh di letakkan ke atas kedua-dua belah kaki. Manakala untuk cara kedua pula, bahagian punggung diberatkan di atas kaki kiri dan kaki kanan pula dilenturkan agar ibu jari menghadap kiblat.
Bangun selepas sujud dan tahiyyat.
Selanjutnya, cara solat wanita yang betul semasa bangun selepas sujud. Pastikan korang duduk sebentar kemudian bangun dan diingatkan jangan bangun dalam keadaan menungging.
Seterusnya bagi tahiyyat pula, ketika menyebut ‘Laa ilaaha illallaah’ pastikan jari telunjuk itu tidak diturunkan sehingga memberi salam.
Salam dan Doa sesudah solat
Ketika memberi salam, pastikan muka ditoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke sisi badan, begitu juga ketika menoleh ke sebelah kiri. Namun begitu, sebelum memberi salam pastikan muka korang tidak dalam keadaan menunduk.
Setelah memberi salam, korang hendaklah memohon doa kepada Allah dengan tangan diangkat separas dada dan berdoalah dalam keadaan kepala ditundukkan sedikit kerana jika kita berdoa kepala mendongak ke langit diibaratkan korang seorang yang bongkak.
Kesimpulannya, di atas ini merupakan cara-cara solat wanita yang betul untuk korang yang ingin mempelajarinya. Selain memperbetulkan cara solat, korang juga perlu memastikan telekung yang digunakan tidak terlalu jarang atau nipis. Satu lagi, selalu ingatkan diri jangan terlalu ‘mengepak’ semasa solat.
Panduan Solat Sempurna & Khusyuk
Ingin menambah kefahaman mengenai solat?
Apakah hukum-hukum solat?
Apakah bacaan-bacaan dalam solat?
Dan apakah kesan solat yang ditunaikan dengan sempurna zahir dan batin?
Jemput dapatkan panduan Rahsia Solat di bawah (tidak dipaksa)..
Rujukan Lain
Ramai anak muda yg jarang ikut solat jenazah. Jadi, bagi yg nak belajar tu, atok kongsikan di sini cara dan panduan solat jenazah JAKIM.
Bimbang rekod kewangan telah disenaraihitam oleh pihak bank? Sini atok bincangkan seringkasnya bagaimana cara semak blacklist bank negara..
Antara universiti awam atau universiti swasta, mana satu pilihan korang? Oleh itu, jom kita lihat senarai lengkap IPTA di Malaysia..
Hutang keliling pinggang? Mahu bebas daripada hutang dgn segera? Jadi jom kita lihat cara membayar hutang dengan cepat menurut islam..
Bakal menunaikan umrah tidak lama lagi? Di sini atok list-kan senarai barang umrah untuk wanita. Hanya yg paling asas dan mustahak saja..
Di sini atok kongsikan senarai cuti umum 2023 Sabah. Semoga perkongsian cuti umum Wilayah Sabah bagi Tahun 2023 ini membantu korang hendaknya.
Ada rumah lelong murah berdekatan? Atau korang mmg dah lama berniat membeli rumah lelong? Jom kita lihat adakah berbaloi beli rumah lelong terus dari bank..
Tidak tahu bagaimana cara mengira waktu subur? Jangan bimbang. Di sini atok bincangkan serba sedikit cara kira waktu subur untuk hamil.
Murid-murid digalakkan menggunakan peribahasa dalam karangan dan exam. Diharap senarai peribahasa dan maksudnya ini membantu korang..