Bagi mengelakkan saman korang menjadi lebih banyak, korang perlulah membuat semakan untuk mengetahui sama ada memiliki saman atau tidak. Dan jika ada, korang juga boleh mengetahui seberapa banyak jumlah saman yang ada. Oleh itu, bagi individu yang ingin mengetahui cara untuk membuat semakan saman polis, di sini akan dibincangkan serba sedikit tentang cara semakan saman polis dibuat.
Pada masa kini, terdapat banyak kes-kes atau kesalahan kecil terjadi di dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kira tua mahupun muda, lelaki mahupun wanita, dan tidak terlepas juga rakyat yang berbilang kaum.
Kesalahan kecil ini sering terjadi disebabkan sesetengah rakyat Malaysia yang tidak peka dengan keadaan mahupun situasi semasa dan juga di sebabkan sikap kedegilan rakyat sendiri yang sangat suka melanggar undang-undang terutama undang-undang jalan raya.
Namun begitu, ada juga sesetengah individu yang tidak sedar bahawa dirinya juga telah melakukan kesalahan jalan raya dek kerana kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya bukan sahaja di rekodkan oleh pegawai JPJ atau polis trafik tetapi juga ianya mungkin telah di rekodkan melalui sistem AES.
Bagi korang yang tidak tahu apa itu sistem AES, sistem AES ialah sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesanan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera gambar dan video. Justeru kerana itu, pasti ada di antara korang yang tidak menyedari akan saman yang dikenakan.
Portal MyBayar Saman PDRM
Kaedah cara semakan saman polis online yang paling biasa orang gunakan ialah melalui Portal MyBayar Saman. Untuk yang tidak tahu cara bagaimana hendak menyemak saman PDRM secara online, korang boleh sahaja menggunakan Portal MyBayar Saman untuk menyemak setiap saman PDRM yang ada. Cara untuk membuat semakan melalui portal MyBayar Saman sangat ini mudah.
Di mana korang hanya perlu:
1. Masuk ke Portal MyBayar Saman dan ketik butang ‘daftar’ untuk menjadi pengguna.
2. Isi maklumat peribadi iaitu No. KP, Nama, Alamat Rumah, Emel dan No. HP.
3. Setelah itu, nombor OTP akan di hantar ke No HP yang korang masukkan tadi.
4. Log in dengan menggunakan No. KP sebagai ID Pengguna dan masukkan password yang korang dah daftarkan.
Cara semakan saman polis Melalui MyEG
Selain boleh buat semakan saman melalui portal rasmi polis di atas, korang juga boleh menggunakan sistem MyEG. Untuk pengetahuan, sistem MyEG merupaan salah satu portal yang menawarkan perkhidmatan semakan saman polis, JPJ, dan trafik secara online.
Jika korang ingin mengetahui cara semakan saman polis melalui MyEG adalah seperti berikut.
1. Korang perlu layari laman web MyEG dan kemudian tekan log masuk atau log in jika sudah mempunyai akaun. Bagi korang yang belum mempunyai akaun bolehlah mendaftar masuk akaun terlebih dahulu.
2. Seterusnya, masukkan setiap maklumat yang diperlukan kemudian tekan semak.
3. Akhir sekali akan di paparkan segala maklumat yang telah tertunggak dan korang boleh membuat pilihan sama ada ingin menyelesaikan tunggakan secara online atau tidak.
Cara semakan saman polis melalui portal RILEK
Selain dua cara yang dinyatakan di atas, korang juga boleh membuat semakan saman polis melalui RILEK. RILEK merupakan singkatan bagi Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan.
Portal ini juga boleh membantu korang untuk menyemak saman PDRM secara online dengan mengikuti cara-cara yang telah ditetapkan.
1. Korang boleh layari laman web RILEK dan kemudian perlu log in laman web tersebut menggunakan id pengguna serta kata laluan dan bagi pengguna baharu korang harus mendaftar masuk terlebih dahulu.
2. Kemudian klik menu search By dan pilih semak saman JPJ atau PDRM.
3. Seterusnya masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang semak.
Cara semakan saman polis melalui SMS
Selain korang boleh buat semakan saman polis online menggunakan laman yang dikongsikan di atas, korang juga boleh buat semakan saman polis melalui SMS.
Caranya adalah, taipkan:
POLIS SAMAN NOMBOR KAD PENGENALAN atau NOMBOR PLAT KENDERAAN dan korang SMS ke nombor 15888 atau 32728.
Misalnya: POLIS SAMAN 901234567899 atau POLIS SAMAN JKL1234
Sebentar kemudian korang akan menerima balasan melalui telefon mudah alih korang.
Tapi kalau korang lebih prefer menerima balasan terus ke emel pun boleh. Sebab senang sikit nak print kan.
Caranya:
POLIS SAMAN NOMBOR KAD PENGENALAN atau NOMBOR PLAT KENDERAAN EMEL dan korang SMS ke nombor 32728.
Misalnya: POLIS SAMAN 901234567899 emelkorang@gmail.com atau POLIS SAMAN JGL1234 emelkorang@gmail.com
Justeru, ini merupakan cara bagaimana korang yang nak buat semakan saman polis atau pun nak check saman melalui SMS.
Kesimpulannya, bagi korang yang tidak pasti sama ada memiliki saman polis atau tidak, korang bolehlah menggunakan mana-mana sistem semakan saman online yang disediakan untuk memudahkan korang semak saman yang dikenakan ke atas korang. Oleh itu diharapkan, cara-cara di atas dapat membantu korang untuk membuat semakan saman polis.
Soalan Lazim Mengenai Pembayaran Saman
Apakah yang perlu saya lakukan jika rekod saman kesalahan lalu lintas dengan nombor pendaftaran kenderaan sama tetapi bukan kenderaan milik saya?
Korang perlu pergi ke cawangan trafik yang mengeluarkan saman dan seterusnya membuat aduan di bahagian trafik untuk penafian. Korang perlu memberi maklumat jenis kenderaan yang menggunakan no pendaftaran sama. Setelah aduan selesai, korang dinasihatkan memeriksa mana-mana cawangan trafik atau portal MyBayar sama ada saman telah dibatalkan.
Apakah kesan sekiranya membiarkan saman tertunggak?
Kesan daripada saman yang belum dijelaskan boleh mengakibatkan pesalah disenarai hitam dan dikeluarkan waran tangkap sehingga mengakibatkan korang tidak dibenarkan memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu. Korang hanya akan dikeluarkan dari senarai hitam setelah menyelesaikan semua saman tertunggak.
Bolehkah saya membayar menggunakan FPX?
Ya, korang boleh menggunakan FPX sekiranya korang mempunyai akaun perbankan internet yang aktif dengan mana-mana bank yang menyertai FPX. Tiada pendaftaran diperlukan apabila menggunakan FPX.
Berapakah had minimum dan maksimum transaksi bagi menggunakan FPX?
Bagi akaun perbankan peribadi, had minimum bagi setiap transaksi adalah RM1.00 dan jumlah maksimum adalah terhad sehingga RM30,000 bagi setiap transaksi.
*Tertakluk had transaksi perbankan internet korang dan had transaksi yang ditetapkan oleh bank, yang mana lebih rendah.
Saya telah membuat pembayaran menggunakan FPX, bagaimanakah saya boleh memastikan bahawa transaksi bayaran berkenaan berjaya?
Terdapat tiga kaedah semakan untuk memastikan transaksi bayaran korang telah berjaya:
- Resit dalam talian yang disediakan oleh sistem FPX.
- Pemberitahuan secara e-mel yang dihantar oleh sistem FPX berdasarkan alamat e-mel semasa korang mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman atau lain-lain sistem bayaran.
- Resit dalam talian yang disediakan oleh bank pembayar.
Bolehkan saya membayar saman menggunakan kad secara atas talian?
Ya, korang boleh membayar saman dalam talian menggunakan kad debit, kad kredit dan kad prabayar (prepaid) yang sah.
Bagaimanakah saya boleh memastikan bahawa transaksi bayaran kad berkenaan berjaya?
Terdapat 3 (tiga) kaedah semakan untuk memastikan transaksi bayaran berkenaan telah Berjaya:
- Notifikasi transaksi dari bank pengeluar kad korang melalui khidmat pesanan ringkas, e-mel atau applikasi mobil.
- Resit pembayaran (dalam talian) dari portal / applikasi MyBayar Saman.
- Kod pengesahan transaksi dari portal bayaran kad.
Jika saya mempunyai masalah berkaitan pembayaran kompaun saman dengan PDRM, siapakah yang boleh saya hubungi?
Sebarang pertanyaan, korang boleh hantar ke alamat e-mel mybayarsaman@rmp.gov.my dan melalui surat ke alamat: Pusat Panggilan Setempat, Cawangan Pengurusan Saman, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman 50560 Kuala Lumpur.
Rujukan Lain
Bimbang rekod kewangan telah disenaraihitam oleh pihak bank? Sini atok bincangkan seringkasnya bagaimana cara semak blacklist bank negara..
Antara universiti awam atau universiti swasta, mana satu pilihan korang? Oleh itu, jom kita lihat senarai lengkap IPTA di Malaysia..
Hutang keliling pinggang? Mahu bebas daripada hutang dgn segera? Jadi jom kita lihat cara membayar hutang dengan cepat menurut islam..
Bakal menunaikan umrah tidak lama lagi? Di sini atok list-kan senarai barang umrah untuk wanita. Hanya yg paling asas dan mustahak saja..
Di sini atok kongsikan senarai cuti umum 2023 Sabah. Semoga perkongsian cuti umum Wilayah Sabah bagi Tahun 2023 ini membantu korang hendaknya.
Ada rumah lelong murah berdekatan? Atau korang mmg dah lama berniat membeli rumah lelong? Jom kita lihat adakah berbaloi beli rumah lelong terus dari bank..
Korang tidak perlu berasa bimbang sekiranya masih tidak tahu bagaimana cara solat yang betul bagi wanita. Baca cara solat wanita yang betul ni..
Korang berniaga di shopee? Follower masih ciput? Jom baca dua cara naikkan follower di shopee di sini. Ada yg mudah dan ada yang leceh. Pilih-pilih..
Anak kucing memang comel! Geram jer tengok kan. So, kali ni atok nak share pasal makanan kucing terbaik untuk bulu dan gemuk!