Semakan Nombor SOCSO (Cara Cek No PERKESO)

Pertubuhan Keselamatan Sosial atau dikenali sebagai PERKESO atau SOCSO memberikan pelbagai kemudahan kepada korang yang bekerja. Misalnya, kehilangan pekerjaan, perlindungan serta pampasan kecederaan atau akibat daripada Covid-19. Eh! Covid-19 pun ada? Iya, ada. Mungkin jangkitan daripada tempat kerja korang. Korang jangan risaulah. Makanya, penting untuk pekerja seperti korang untuk mengetahui cara semakan nombor SOCSO (cara cek No PERKESO) masing-masing.

Semakan Nombor SOCSO (Cara Cek No PERKESO)

Sebelum itu Atok akan terangkan secara ringkas fungsi SOCSO atau PERKESO kepada pekerja antaranya seperti:

1. Pendaftaran majikan dan pekerja

2. Pemungutan sumbangan daripada majikan dan pekerja

3. Pembayaran manfaat kepada pekerja atau tanggungan mereka apabila sebarang tragedi berlaku

4. Manfaat keperluan fizikal dan pemulihan vokasional

5. Memberi kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerja

Pentingnya PERKESO ini agar dapat membantu kalangan yang mengalami musibah yang tidak terjangka dan mengalami kesusahan.

Korang lupa nombor PERKESO atau SOCSO?

Jangan risau, Atok kan ada.

Kepada sesiapa yang lupa atau tidak tahu cara semakan nombor SOCSO (cara cek No PERKESO) korang. Dekat sini Atok akan kongsikan 3 cara mudah untuk korang buat semakan nombor ahli.

Semak nombor SOCSO atau PERKESO melalui nombor di kad pengenalan

Kalau korang nak tahu, nombor ahli PERKESO adalah nombor kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Nombor SOCSO dan PERKESO mudah diperolehi melalui nombor pengenalan dengan syarat sudah pernah berdaftar sebelum ini.

Hal ini kerana, untuk memudahkan korang untuk membuat semakan ahli dengan mudah. Ini kerana nombor yang didaftar oleh PERKESO dan SOCSO melalui no kad pengenalan korang sahaja.

Semak nombor SOCSO melalui slip gaji

Cara semakan nombor SOCSO yang kedua pula dengan semak nombor SOCSO melalui slip gaj. Salah satu cara adalah dengan membuat semakan pada slip gaji korang.

Hal ini demikian kerana, sesetengah slip gaji akan memaparkan nombor PERKESO korang sebagai rujukan pekerja dan juga majikan. Biasanya di slip gaji yang diberikan oleh majikan disertakan bersama nombor dari perkeso sebagai rujukan untuk caruman yang telah dilakukan pada bulan tersebut.

Tapi, kalau pada slip gaji korang tidak dinyatakan maka korang mungkin boleh bertanya kepada HR di syarikat korang bekerja.

Cara cek No PERKESO melalui dalam talian

Cara yang ketiga sangat mudah dimana korang perlu menghubungi dan membuat semakan nombor terus dengan menghubungi pihak PERKESO.

Pekerja PERKESO akan bersedia untuk membantu korang menjawab sebarang soalan dan menyelesaikan masalah. Nombor Hotline untuk PERKESO adalah 1-300-22-8000.

Untuk pengesahan, korang boleh layari laman web rasmi PERKESO.

Selain itu juga mungkin korang boleh terus pergi ke akaun media sosial PERKESO seperti:

Facebook – PERKESO.Official
Twitter – PERKESOofficial

SOCSO (Social Security Organisation) juga dikenali sebagai PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja-pekerja Malaysia.

Dengan adanya PERKESO atau SOCSO, terdapat banyak kelebihan dan manfaat yang boleh korang perolehi.

Setiap rakyat yang bekerja di bawah perkhidmatan atau latihan sektor swasta dan mana-mana pekerja kontrak akan mempunyai akaun yang didaftarkan.Dengan harapan, korang akan lebih mudah dan mengetahui cara untuk membuat semakan nombor SOCSO (cara cek No PERKESO).

Rujukan Lain

Apa itu bank Islam online banking beserta dengan syarat sign up & cara daftar yang perlu korang ketahui. Juga mengenai GO Biz oleh Bank Islam..

Untuk membuat semakan No KWSP, korang boleh buat dengan 3 cara. Di sini diterangkan tiga cara semakan No KWSP melalui kad pengenalan..

Apa beza instant transfer dan interbank giro (IBG)? Disini akan dikongsikan maksud instant transfer dan interbank giro (IBG) dan perbezaannya..

Baca cara semakan penyata pinjaman PTPTN online bagi graduan lepasan yang sudah pun sepatutnya memulakan pembayaran pinjaman PTPTN..

Dah cari contoh ucapan Hari Raya 2023 yang kreatif dan menarik untuk dihantar menerusi Whatsapp, Telegram, Emel, Insta, FB atau lain-lain saluran?

Kalau korang bercadang nak tonton wayang, elok tengok dulu harga tiket wayang GSC 2023 berdasarkan kategori yang dikongsikan ini sebagai rujukan..

Kepada para anggota tentera yang nak menyemak penyata gaji ATM atau memuat turun slip gaji ATM online, berikut dikongsikan butirannya..

Korang fresh graduan yg tengah cari contoh resume terbaik sebagai rujukan? Jangan risau, Atok kongsikan contoh resume terbaik fresh graduate di sini.

Leave a Comment

error: Content is protected !!