Ujian Fizikal Penolong Penguasa Penjara KA29

Korang dipanggil ke ujian fizikal Penolong Penguasa Penjara KA29 pada 20 Februari 2023 – 22 Februari 2023 ini? Korang tahukan, penempatan kali ini adalah untuk Jabatan Penjara Malaysia? Dah sedia ke? Apa benda kena prepare untuk ujian fizikal Penolong Penguasa Penjara ni sebenarnya?Jom.. Hayati bebelan atok kali ni. Haha..

Ujian Fizikal Penolong Penguasa Penjara KA29

Nota: Bagi yg dah berjaya melepasi ujian fizikal dan kecergasan Penolong Penguasa Penjara KA29 ini dengan jayanya, cabaran terakhir yg korang kena harung ialah sesi temuduga Penolong Penguasa Penjara KA29 utk ambilan di Jabatan Penjara Malaysia yg dijadualkan dalam masa terdekat ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan lazim temuduga utk jawatan ni boleh anda baca di soalan temuduga Penolong Penguasa Penjara KA29 ini.

Kepada korang yg dapat jadual ujian SPiER Penolong Penguasa Penjara KA29 pada 13 Februari 2023 – 17 Februari 2023 ini. Tolong jangan sia-siakan peluang yg diberi dan buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian ini boleh diperolehi di contoh soalan SPiER Penolong Penguasa Penjara KA29.

Penjadualan Ujian Fizikal Penolong Penguasa Penjara KA29

  • Penolong Penguasa Penjara Gred KA29
    (Jabatan Penjara Malaysia)

    (Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan (UFPK))
    [Tarikh Peperiksaan : 20 – 22 Februari 2023]

Ujian Fizikal ni hape?

Nama penuh ujian fizikal ni ialah Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan. Singkatannya pula ialah UFPK. Ujian pemeriksaan fizikal dan pancaindera berperanan menentusahkan bahawa korang memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal yang telah ditetapkan dan memiliki kebolehan pancaindera yang diisyaratkan serta mempunyai tahap kecergasan yang diperlukan untuk menjadi seorang Penolong Penguasa Penjara KA29.

Ujian pemeriksaan fizikal termasuk BMI

Fizikal calon-calon Penolong Penguasa Penjara KA29 akan diperiksa untuk memastikan syarat-syarat berikut dipenuhi :

1) Tinggi korang hendaklah mencapai 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita. Minta maaf cakap, kalau tinggi korang tak sampai. Jangan buang masa pegi ujian fizikal Penolong Penguasa Penjara KA29 ni. Konfem korang kena reject mentah-mentah. Daripada korang sedih dan hampa. Elok jangan datang terus. Baik mohon kerja lain..

Stage ni memang tak leh bawak bincang. Di sinilah pembuangan calon paling ramai berlaku. Katakan, ujian fizikal Penolong Penguasa Penjara KA29 kali ni dihadiri oleh 300 calon. Dan 70 ke 80 calon stack sini. Hanya 220 saja boleh terus ke stage berikutnya..

2) Sekurang-kurangnya berat 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita. Jadi kalau korang agak berisi. Sila jangan makan dahulu sebelum menjalani ujian fizikal ni. Kalau gemuk, kena diet dulu.

3) Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (ini lelaki sahaja yang diuji).

4) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26. Kalau tinggi korang dan berat badan korang dalam lingkungan di atas, biasanya tiada masalah. Boleh lepas ujian BMI ni punya.

Ujian Vision Acquity dan pendengaran

Ujian fizikal Penolong Penguasa Penjara KA29 yg seterusnya ialah pemeriksaan pancaindera calon. Korang hendaklah menenuhi syarat yang telah ditetapkan, yakni :

Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata. Juga, pengecaman warna (rabun warna) dan pendengaran yang tidak cacat.

Ujian Pemeriksaan Tubuh

Korang akan diuji dan ditentusahkan sama ada cukup sihat dan cergas. Latar belakang kesihatan korang juga akan disemak. Sama ada korang pernah menjalai pembedahan sebelum ini atau tidak pun akan disiasat.

Ujian kawad

Ujian fizikal (UFPK) Penolong Penguasa Penjara KA29 yang ini paling getir. Sini la tempatnya dimana ramai yang kantoi. Calon lulus atau tidak akan ditentukan sebahagian besar adalah melalui ujian ini. Korang akan diarah berdiri tegak dan di suruh angkat tangan. Pemeriksaan akan dilakukan ke atas keadaan lutut dan tangan. Bengkok sedikit pun sudah menjadi satu kekurangan yang ketara.

Stage yang ni memang tak boleh bawa bincang. Ntah la kenapa. Asal bengkok sikit siku, habis. Asal lutut tak rapat, habis. Asal celah jari jemari banyak lobang, pun habis. Korang akan disuruh balik kampung dan tanam jagung!

Ujian kecergasan

Bila dah lepas yang atas tu. Memang alhamdulillah la kan. Tapi ni pun satu lagi.

Ini ujian kedua paling getir.

Kenapa?

Setelah lepas semua ujian di atas, korang akan diuji tahap kecergasan pula. Bagi memastikan korang mempunyai fizikal dan mental yang kuat. Antara ujian kecergasan yang dilakukan adalah :

  • Larian 2.4km dalam 14 minit.
  • Bangun tubi dalam masa 2 minit sebanyak 30 kali.
  • Lari ulang alik 4x10m dalam 11 saat.
  • Lompat jauh berdiri.

Nota : Jenis ujian kecergasan ni tak tetap ya. Ikut jabatan yang buat ujian fizikal tu. Contohnya, ujian fizikal untuk polis sedikit berbeza daripada ujian fizikal Penolong Penguasa Penjara KA29.

Tips tambahan Ujian Fizikal Penolong Penguasa Penjara KA29

A) Pada hari ujian fizikal tu, korang hendaklah lengkap berpakaian sukan.

B) Bawa bersama kad pengenalan dan surat panggilan Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan (UFPK) Penolong Penguasa Penjara KA29.

C) Korang mestilah mematuhi arahan ketua penguji / pemeriksa. Jangan tunjuk degil. Suruh berdiri, berdiri. Suruh duduk, duduk. Jangan cari pasal. Mentah-mentah nanti pegawai penguji suruh balik.

D) Korang hendaklah berada di pusat Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan Penolong Penguasa Penjara KA29 lima belas (15) minit lebih awal daripada masa ujian fizikal bermula.

E) Seminggu sebelum ujian fizikal, korang hendaklah tidur dan rehat dengan secukupnya. Jangan pengsan waktu ujian kecergasan gais! Memang naya Pak Karim..

F) Atok tahu, korang nak buat badan sebelum ujian fizikal dijalankan. Ada yang makan protien powder, ada yang masuk gym, ada yang joging. Macam-macam lagi la. Tapi buatlah latihan dengan cara yang betul dan berperingkat. Jangan sampai cedera. Takut tak sempat sembuh sampai waktu ujian fizikal tu tiba.

G) Makan dengan kadar yang betul dan minum air secukupnya. Pastikan diri korang dalam keadaan yang paling tip top semasa ujian fizikal Penolong Penguasa Penjara KA29 itu berlangsung.

H) Satu lagi, ni last. Kuda-kuda lu kasi mantap geng. Kisah benar. Semasa ujian fizikal tu, jangan pelik atau terkejut jika tiba-tiba ada pegawai penguji datang tolak korang dari belakang. Kadang-kadang mereka langgar korang dari tepi. Jangan sampai jatuh geng. Itu ujian sampingan. Boleh dapat markah tambahan kalau korang tak jatuh.

Sekianlah

Ok, sekian sahaja bebelan atok kali ini dan disudahi dengan ucapan selamat menempuh onak dan ranjau ujian fizikal Penolong Penguasa Penjara KA29. Atok doakan korang yang baca post ni beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Aamin..

2 thoughts on “Ujian Fizikal Penolong Penguasa Penjara KA29”

  1. Tq utk info ye atok.. Semoga atok diberikan kesihatan yang baik utk terus berkongsi tips dan ilmu yang baik dan bermanfaat untuk semua. Assalamualaikum

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!