Menjadi seorang guru adalah satu kerjaya yang mulia. Guru bukan sahaja mendidik pelajar dalam bidang akademik. Tetapi juga membimbing pelajar dalam aspek moral dan sosial. Bagi korang yang berminat untuk menceburi bidang pendidikan, terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi. Dalam artikel ini, atok akan membincangkan syarat kelayakan menjadi guru di Malaysia dengan lebih mendalam, merangkumi aspek akademik, profesional, dan keperluan peribadi.
Isi Kandungan
Syarat Umum
Untuk menjadi guru di Malaysia, seseorang calon mesti merupakan warganegara Malaysia. Ini adalah syarat asas untuk memohon mana-mana jawatan dalam sektor awam Malaysia.
Sebagai warganegara, korang mempunyai tanggungjawab untuk mendidik dan membentuk generasi muda. Syarat kelayakan menjadi guru yang pertama ini memastikan korang mempunyai kesetiaan kepada negara.
Selain itu, berikut adalah syarat umum menjadi guru lain:
- Umur tidak melebihi 20 tahun
- Sihat tubuh badan
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum
Kelayakan Akademik
Syarat kelayakan menjadi guru yang paling penting adalah memiliki kelayakan akademik yang diperlukan. Berikut adalah tahap kelayakan akademik yang diperlukan untuk menjadi seorang guru:
a) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat SPM.
- Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
- Bahasa Melayu; dan
- Sejarah
- Mestilah lulus Bahasa Inggeris
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online).
b) Ijazah Sarjana Muda
Seterusnya, calon perlu mendapatkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan atau dalam bidang pengkhususan yang ingin diajar. Terdapat pelbagai institusi pengajian tinggi di Malaysia yang menawarkan program pendidikan.
Program Ijazah ini biasanya mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk diselesaikan. Dengan syarat, program pendidikan yang korang ambil mestilah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
C) Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Selain daripada laluan Ijazah Sarjana Muda di atas, korang juga boleh mengambil Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) atau mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang ditawarkan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG).
DPLI adalah satu program satu hingga dua tahun yang membolehkan graduan ijazah bukan pendidikan untuk mendapatkan kelayakan sebagai guru.
Manakala PISMP adalah program empat hingga lima tahun yang menyediakan latihan menyeluruh dalam bidang pendidikan.
Kesemua ini adalah syarat kelayakan menjadi guru yang penting.
Sijil Profesional
Selain daripada kelayakan akademik, Seorang guru juga perlu mendapatkan sijil profesional yang diiktiraf. Ini termasuk Sijil Perguruan dan Sijil Pendidikan. Program sijil ini biasanya merangkumi kursus latihan praktikal dan teori dalam bidang pendidikan.
a) Sijil Perguruan
Calon perlu mengikuti kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf. Kursus ini merangkumi latihan praktikal di sekolah-sekolah yang dipilih serta pembelajaran secara teori dalam bidang pendidikan di IPG.
b) Sijil Pendidikan
Selain daripada Sijil Perguruan, calon juga perlu mendapatkan Sijil Pendidikan yang mengiktiraf mereka sebagai guru yang layak. Sijil ini biasanya diberikan selepas tamat program latihan dan lulus ujian yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua sijil ini adalah syarat kelayakan menjadi guru yang perlu dipenuhi.
Latihan Praktikal
Latihan praktikal adalah bahagian penting dalam kelayakan menjadi guru. Korang perlu menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah yang dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Latihan mengajar ini memberi korang peluang untuk mendapatkan pengalaman mengajar di bilik darjah dan mengaplikasikan teori yang telah dipelajari selama ini dalam situasi sebenar. Ini adalah syarat kelayakan menjadi guru yang memberi pengalaman praktikal.
Kemahiran dan Kualiti Peribadi Guru
Menjadi seorang guru memerlukan pelbagai kemahiran dan kualiti peribadi yang penting. Berikut adalah beberapa kemahiran dan kualiti yang perlu dimiliki oleh seorang guru:
a) Kemahiran Berkomunikasi
Guru perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik. Ini diperlukan untuk berinteraksi dengan pelajar, ibu bapa dan rakan sejawat. Kemahiran berkomunikasi yang baik membantu guru untuk menyampaikan maklumat dengan jelas dan efektif. Kemahiran ini termasuk dalam syarat kelayakan menjadi guru.
b) Kemahiran Pengurusan Masa
Kemahiran pengurusan masa yang baik adalah penting untuk memastikan guru dapat merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dengan berkesan.
Guru perlu bijak menguruskan masa untuk mengajar, menyediakan bahan pengajaran, melakukan tugas-tugas khas, mengikuti pelbagai kursus, menghadiri mesyuarat dan penataran, serta menilai kerja pelajar.
c) Kemahiran Penyelesaian Masalah
Setiap hari, guru berhadapan dengan pelbagai cabaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, kemahiran penyelesaian masalah adalah penting untuk mencari penyelesaian yang berkesan dan mengatasi cabaran tersebut.
d) Sifat Kepimpinan
Guru perlu menunjukkan sifat kepimpinan yang baik dalam mengendalikan kelas dan membimbing pelajar. Kepimpinan yang baik membantu guru untuk mengarahkan pelajar dan memastikan disiplin terkawal di dalam bilik darjah.
Sifat Penyayang dan Empati
Guru perlu mempunyai sifat penyayang dan empati terhadap pelajar. Sifat ini membantu guru untuk memahami dan menyokong pelajar dalam menghadapi cabaran akademik dan peribadi. Semua ini adalah syarat kelayakan menjadi guru yang penting.
Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
Sebelum diterima masuk ke IPG, calon guru perlu lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum layak dipanggil temu duga. Ujian ini bertujuan untuk menilai kesesuaian calon dari segi personaliti, nilai, dan sikap untuk menjadi seorang guru.
UKCG ini adalah penting untuk memastikan calon mempunyai kualiti peribadi yang diperlukan untuk menjadi seorang pendidik yang berkesan. Ini adalah syarat kelayakan menjadi guru yang menguji aspek psikologi.
Temuduga
Setelah melepasi dan lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) , calon juga perlu menjalani sesi temuduga yang dijalankan oleh panel penilai yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Temuduga ini bertujuan untuk menilai kemahiran komunikasi, pengetahuan, dan kesediaan calon untuk menceburi bidang pendidikan. Temuduga ini adalah salah satu syarat kelayakan menjadi guru.
Penempatan dan Pengalaman Mengajar
Calon akan ditempatkan (posting) di sekolah-sekolah yang dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Penempatan ini memberi peluang kepada korang untuk mendapatkan pengalaman mengajar di bilik darjah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran yang telah dipelajari.
Kursus Pembangunan Profesional Berterusan
Menjadi seorang guru adalah satu tanggungjawab yang berterusan. Oleh itu, guru perlu mengikuti kursus pembangunan profesional berterusan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau institusi pengajian tinggi dari semasa ke semasa. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru dalam bidang pendidikan.
Cabaran dan Tanggungjawab Menjadi Guru
Menjadi guru adalah tugas yang sangat penting dan bermakna. Namun, ia juga datang dengan pelbagai cabaran dan tanggungjawab. Sebelum korang berlari untuk memohon menjadi guru, berikut adalah beberapa di antaranya:
Cabaran Menjadi Guru
1. Setiap pelajar adalah unik. Mereka mempunyai tahap keupayaan dan gaya pembelajaran yang berbeza. Guru perlu mencari cara untuk memastikan semua pelajar dapat memahami dan menguasai objektif pengajaran.
2. Menguruskan disiplin dan kelakuan pelajar di dalam kelas adalah salah satu cabaran utama bagi guru. Guru perlu memastikan kelas berada dalam keadaan terkawal setiap masa sambil memastikan suasana pembelajaran positif serta kondusif.
3. Selain mengajar, guru juga perlu menyiapkan perancangan pembelajaran, menandakan kerja rumah, menghadiri mesyuarat, dan terlibat dalam pelbagai kegiatan kokurikulum. Beban kerja memang berat.
4. Guru sering kali berhadapan dengan tekanan dari pihak luar dari ibu bapa, pentadbir sekolah, pegawai atasan dan masyarakat untuk memastikan prestasi akademik pelajar sentiasa berada di tahap tertinggi.
5. Kadangkala, guru perlu bekerja dengan sumber yang terhad, baik dari segi bahan pengajaran mahupun kemudahan di sekolah. Ini terutamanya bagi guru yang bertugas di sekolah-sekolah di luar bandar.
Tanggungjawab Menjadi Guru
1. Tugas utama seorang guru adalah untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan cara yang efektif dan menarik.
2. Guru juga bertanggungjawab untuk membantu dan membentuk pelajar membangunkan kemahiran sosial dan emosional mereka.
3. Guru perlu memastikan bahawa pelajar terus belajar dan berkembang, walaupun di luar waktu kelas.
4. Guru sering menjadi role model atau contoh tauladan bagi pelajar. Oleh itu, guru perlu menunjukkan sikap dan tingkah laku yang positif pada sepanjang masa.
5. Guru perlu sentiasa memantau dan menilai prestasi pelajar, serta menjalankan program intervensi untuk memastikan mereka memperoleh standard pencapaian yang diharapkan.
Walaupun tugas ini mencabar, kebanyakan guru mendapati pekerjaan mereka sangat memuaskan kerana mereka dapat melihat impak positif yang mereka berikan kepada kehidupan pelajar. Jadi adakah korang masih berminat untuk menjadi seorang guru?
Kesimpulan
Menjadi seorang guru adalah satu tanggungjawab yang besar dan memerlukan persiapan yang rapi. Syarat kelayakan menjadi guru merangkumi aspek akademik, profesional, dan kualiti peribadi.
Calon perlu memenuhi kelayakan akademik seperti SPM, STPM atau Matrikulasi, Ijazah Sarjana Muda, serta mengikuti program latihan seperti DPLI atau PISMP.
Selain itu, calon juga perlu mendapatkan sijil profesional, menjalani latihan praktikal, dan memiliki kemahiran serta kualiti peribadi yang diperlukan.
Latihan praktikal dan pengalaman mengajar di sekolah-sekolah adalah penting untuk membentuk korang menjadi guru yang berwibawa dan berkesan.
Syarat kelayakan menjadi guru yang ketat ini adalah untuk memastikan hanya yang terbaik mendidik anak-anak kita.
Soalan Lazim (FAQ) Syarat Kelayakan Menjadi Guru
Berikut adalah tujuh soalan lazim (FAQ) penting mengenai syarat kelayakan polis lepasan SPM:
Bagaimanakah cara untuk memohon ke Institut Pendidikan Guru (IPG)?
1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di : https://www.moe.gov.my
2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang: https://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.
5. Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan.
6. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan.
7. Pemohon hendaklah menyimpan nombor rujukan untuk tujuan semakan.
8. Maklumat yang tidak benar dan lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Siapa Calon Yang tidak layak memohon memohon ke Institut Pendidikan Guru (IPG)?
1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan kesalahan penyalagunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
Info lain
Bagi korang yang lebih meminati kerjaya sebagai anggota polis. Dalam artikel ini, atok mengupas dengan lebih mendalam mengenai syarat kelayakan polis lepasan SPM dan persiapan lain yang diperlukan..