Senarai Perdana Menteri Malaysia & Sumbangan

Perdana menteri merupakan ketua kepada kerajaan yang mengetuai pentadbiran negara kita di Malaysia. Jawatan sebagai perdana menteri ini dilantik secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong yang merupakan ketua yang paling utama negara. Terkini Atok akan kongsikan senarai perdana menteri Malaysia & sumbangannya bermula dari perdana menteri yang pertama sehingga sekarang iaitu tahun 2023.

Senarai Perdana Menteri Malaysia & Sumbangan

Perlulah diketahui perdana menteri ditugaskan untuk mengarahkan cabang eksekutif kerajaan persekutuan manakala Yang di-Pertuan Agong melantik perdana menteri yang merupakan ketua parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum.

Terdapat pelbagai banyak cara untuk memilih Perdana Menteri yang baru. Sama ada melalui pemilihan di kalangan pemimpin tertinggi bagi parti yang telah menang semasa pilihan raya dijalankan di Malaysia.

Atok ingat lagi, dimana semua rakyat akan pulang ke kampung halaman untuk mereka mengundi pemimpin pilihan. Selain itu juga, perdana menteri ini juga dipilih dalam kalangan ahli parlimen yang telah mendapat sokongan majoriti sepertimana berlaku kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Sambil itu, korang boleh lihat sumbangan melalui senarai perdana menteri Malaysia bermula daripada perdana menteri yang pertama sehingga perdana menteri yang terkini.

Berikut senarai Perdana Menteri Malaysia dan sumbangannya:

1. Tunku Abdul Rahman

Mendahului senarai Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almalrhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Beliau adalah perdana menteri Malaysia yang pertama berkhidmat di antara tahun 1955 sehingga 1970. Beliau dilahirkan pada tahun 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah.

Beliau diberi gelaran bapa kemerdekaan kerana pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab, Selangor beliaulah yang memainkan peranan penting dalam mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu yang negara bebas dari penjajah dan telah Merdeka.

Begitu juga setiap tahun pada 31 Ogos, kita akan menyambut hari kemerdekaan bagi memperingati dan merayakan hari kebebasan kita daripada penjajah. Betapa besarnya sumbangan beliau kepada negara.

2. Tun Abdul Razak

Nama seterusnya dalam senarai Perdana Menteri Malaysia ialah Tun Abdul razak bin Dato’ Hussein. Beliau merupakan seorang hali politik di Malaysia yang telah memenangi hati rakyat dengan menang sebagai perdana menteri Malaysia yang kedua bermula daripada September 1970 sewaktu negara bermasalah dengan isu perpaduan kaum dan dilanda kemiskinan.

Oleh itu, beliau telah memperkenalkan prinsip Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun pertama pemerintahannya. DEB waktu itu bertujuan menyeimbangkan semula ekonomi dan pembangunan sosial yang sedang tenat.

Beliau juga digelar sebagai bapa pembangunan kerana beliau yang bertanggungjawab menubuhkan Barisan Nasional. Barisan Nasional ini gabungan kepada pemerinah parti politik yang memerintah Malaysia selama puluhan tahun.

Sumbangan beliau juga telah menambah keanggotaan parti dan gabungan dalam usaha mewujudkan ketahanan nasional. Hal ini demikian kerana, dengan harapan anggota yang semakin ramai dapat menjaga kestabilan politik negara dan memajukan negara.

Selain itu juga, beliau menubuhkan Rancangan Pembangunan Malaysia dalam tempoh 5 tahun iaitu Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua.

3. Tun Hussein Onn

Setelah Tun Abdul Razak meninggal dunia kerana sakit Leukemia di London pada 14 Januari 1976, Tun Hussein Onn mengambil alih jawatan perdana menteri sehari berikutnya.

Oleh itu, bermulalah sumbangan beliau kepada negara Perdana Menteri Ke-3. Dimana Tun Hussein Onn dikenali sebagai Bapa Perpaduan kerana jasanya dalam menegakkan keadilan.

Beliau memerintah selama 6 tahun dan telah meletakkan jawatan pada 16 julai 1981 kerana mengalami masalah kesihatan. Selain daripada itu, Tun Hussein Onn juga meningkatkan pembangunan ekonomi dengan menarik kedatangan pelabur-pelabur dari luar negara.

4. Tun Dr. Mahathir Mohamad

Tanpa nama Tun M, pastinya senarai Perdana Menteri Malaysia ini tidak lengkap. Tun Dr. Mahathir Mohamad terkenal dengan kelantangan beliau dalam menyuarakan pendapat. Kesemua idea beliau bersifat moden yang memikirkan ke masa depan yang tidak dijangkau fikiran oleh orang lain

Oleh itu, terdapat banyak sumbangan yang beliau telah bangunkan misalnya Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Penswastaan dan Dasar Perindustrian Negara.

Beliau digelar sebagai Bapa Pemodenan kerana telah berjaya membangunkan negara seperti pembinaan litar formula 1, Pelancaran Dasar Perindustrian Negara yang mana menyaksikan kewujudan Industri Automobil Negara (Proton dan Modenas), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Transit Aliran Ringan (LRT), Putrajaya dan Cyberjaya.

Dengan itu, semuanya idea berliau ini untuk melihat Malaysia semakin maju dan berjaya bersaing di peringkat dunia dengan misi yang dinamakan sebagai Wawasan 2020.

5. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Setelah pemerintahan Tun Dr Mahathir selama 22 tahun, akhirnya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau dikenali sebagai Pak Lah memegang jawatan sebagai perdana menteri yang ke-5 pada tahun 31 Oktober 2003.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ini kebanyakan lebih membayangi program yang telah dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir iaitu beliau meneruskan misi apa yang telah dirancang untuk Malaysia.

Contohnya, Dasar Pandang ke Timur, Dasar Penswastaan dan usaha dalam memperbaiki mutu perkhidmatan kakitangan kerajaan dengan memperkenalkan konsep pusat sehenti. Hal ini bertujuan kerana, supaya memudahkan orang awam berurusan dengan kerajaan.

Selain itu juga, beliau telah memperkenalkan konsep islam Hadhari iaitu dari situlah pelbagai prinsip dan kod etika dalam menyebarkan dakwah dengan konsep Hadhari namun usaha ini dianggap gagal. Hal in demikian kerana, mungkin juga orang ramai hanya mengetahui ajaran agama Islam yang asal iaitu bersifat universal.

6. Dato’ Seri Mohammad Najib Abdul Razak

Dato’ Seri Mohammad Najib Abdul Razak atau ‘Bossku’ dikenali sebagai bapa transformasi kerana sistem pentadbiran yang ada pasti tidak akan lari dari konsep transformasi.

Antara sumbangan beliau, memperkenalkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang bertujuan meningkatkan mutu kecekapan sektor perkhidmatan awam dan kerajaan.

Selain itu, beliau juga memperkenalkan konsep 1Malaysia bertujuan untuk meningkatkan perpaduan yang sedia wujud yang merupakan tunjang kekuatan terbaik untuk kita kekalkan pada masa depan.

7. Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tan Sri Dato’ Muhyiddin bin Md. Yasin ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat menjadi perdana menteri Malaysia yang ke-8 bermula pada Mac 2020 sehingga Ogos 2021.

Beliau merupakan perdana menteri yang dilantik ketika seluruh dunia mengalami krisis penyakit berjangkit iaitu Covid-19. Kesemua rakyat Malaysia terpaksa duduk di rumah untuk mengelakkan risiko agar jumlah menjangkiti dan terjangkiti agar Covid-19 berkurangan.

Walaupun baru 100 hari menjadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang selalu tampil berucap dengan gaya santai dan menggelar diri sebagai ‘abah’, selain sentiasa mengikuti perkembangan terkini isu tular dalam kalangan rakyat, dilihat berjaya merobohkan ‘dinding’ antara pemimpin dan rakyat.

Analogi ‘Makcik Kiah’ yang diketengahkan dalam ucapannya sebelum ini bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

8. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob merupakan peguam dan ahli politik Malaysia yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9 dan berkhidmat selama 15 bulan dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Beliau memegang jawatan perdana menteri yang paling singkat beliau berjaya mengawal penyakit COVID-19, sudah dapat membangun semula ekonomi dan ekonomi dalam perkiraan terbaharu sudah mencapai kadar pertumbuhan yang amat tinggi.

9. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Dan buat masa ini, PMX kita adalah nama terakhir dalam senarai Perdana Menteri Malaysia ini. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim yang dilahirkan pada 10 Ogos 1947 merupakan perdana menteri Malaysia yang ke-10 dan juga menteri kewangan Malaysia yang terkini iaitu 2023.

Beliau merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) telah pun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November 2022 sehingga kini iaitu tahun 2023.

Kita belum tahu beliau akan jadi bapa apa. Tapi buat masa ini, beliau sudah memperkenalkan konsep Malaysia MADANI. Konsep menu rahmah beliau diterima baik oleh hampir kesemua lapisan masyarakat. Konsep ini diperkenalkan dalam usaha mendepani krisis dan kesukaran rakyat dalam menempuhi kos sara hidup yang semakin menghimpit.

Konsklusinya, jawatan sebagai perdana menteri ini memang memegang tanggungjawab yang sangat besar dimana perlu memerintah organisasi dan menjaga kebajikan serta hak rakyat di Malaysia.

Apa-apapun, Atok harap, kepada pemegang jawatan perdana menteri kita yang baru ini, diharapkan ekonomi dan kesejahteraan negara kita lebih stabil dan sentiasa makmur. Semoga perkongsian mengenai Senarai perdana menteri Malaysia dan sumbangan ini memberi manfaat kepada korang yang membaca.

Rujukan Lain

Apa beza instant transfer dan interbank giro (IBG)? Disini akan dikongsikan maksud instant transfer dan interbank giro (IBG) dan perbezaannya..

Baca cara semakan penyata pinjaman PTPTN online bagi graduan lepasan yang sudah pun sepatutnya memulakan pembayaran pinjaman PTPTN..

Dah cari contoh ucapan Hari Raya 2023 yang kreatif dan menarik untuk dihantar menerusi Whatsapp, Telegram, Emel, Insta, FB atau lain-lain saluran?

Kalau korang bercadang nak tonton wayang, elok tengok dulu harga tiket wayang GSC 2023 berdasarkan kategori yang dikongsikan ini sebagai rujukan..

Kepada para anggota tentera yang nak menyemak penyata gaji ATM atau memuat turun slip gaji ATM online, berikut dikongsikan butirannya..

Bencana datang tiba-tiba. Maka, penting untuk pekerja seperti korang mengetahui cara semakan nombor SOCSO (cara cek No PERKESO) masing-masing..

Badan dah berisi? Pastu susah gila nak cari baju yg sesuai dengan saiz? Ha.. Jom, jom kita tengok tips kurus kan badan dengan cepat tanpa produk.

Anak kucing memang comel! Geram jer tengok kan. So, kali ni atok nak share pasal makanan kucing terbaik untuk bulu dan gemuk!

1 thought on “Senarai Perdana Menteri Malaysia & Sumbangan”

Leave a Comment

error: Content is protected !!