Pantun merupakan platform masyarakat dahulu dalam bentuk ucapan dalam menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang. Seperti yang korang tahu, pantun ini mempunyai pelbagai jenis. Salah satu pantun yang sangat terkenal dan popular pada zaman dahulu kala ialah pantun seloka. Dalam pantun seloka ni termasuklah pantun lawak atau pantun lucu. Di sini, atok akan kongsikan untuk korang koleksi pantun lawak 2 kerat dan pantun lawak 4 kerat. Tapi awas, dalam lucu, ada pedasnya..
Isi Kandungan
Dalam pantun seloka ia mempunyai pantun lawak atau pantun jenaka yang akan mencuit hati korang. Tapi, dalam hiburan pantun lawak tersebut juga terselit unsur nasihat dan teguran kepada masyarakat di luar sana.
Sejak dahulu lagi masyarakat melayu kita penuh dengan adat kesopanan sehinggakan cara kita menegur dan menasihati orang disampaikan dengan halus dan tidak mengeruhkan hubungan.
Jap.. jap! Saja nak pesan. Nanti bila korang dah habis baca koleksi pantun lawak ni, korang layan pula lain-lain koleksi pantun best ni. Pantun cinta ada, pantun sentap pun ada. Yang sentap tu, memang sesuai bagi pada kawan yang hhmmm.. susah nak cakap la.
Koleksi pantun lawak 2 kerat
Gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut suka hati.
Kupu-kupu rama-rama,
Jangan tunggu lama-lama.
Kura-kura labi-labi,
Pura-pura tak sudi.
Pen merah pen biru,
Jangan marah jangan haru.
Sudah gaharu gerhana pula,
Sudah tahu bertanya pula.
Burung Jelatik mai ke raja,
Gadis cantik ramai memuja.
Dua tiga kucing berlari,
Dah berumur sedarlah diri.
Turun ke sawah mengetam padi,
Selepas kerja jangan tak mandi.
Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.
Bunyi khabar terus percaya,
Tanda org bodoh tak tahu pangkal cerita.
Tom tombak ada ulat bulu,
Nasi dah masak anak makan dulu.
Tumpang mandi di tepi perigi,
Time macam ni teringin maggi.
Pulang kerja badan letih,
Nak makan takde pitih.
Nombor lapan nombor sembilan,
Basuh tangan sebelum makan.
Koleksi pantun lawak 4 kerat
Pagi hari pergi ke sawah,
Waktu petang baru nak pulang,
Nampak di mata hidup mewah,
Namun hutang keliling pinggang.
Apa putih di tengah laut,
Ruku-ruku tanaman Cina,
Apa putih di tengah rambut,
Telur kutu disangka bunga.
Ambil parang cuba dikerat,
Ekornya pendek putus sekerat,
Harimau garang dapat dijerat,
Mulut ternganga dihurung lalat.
Anak kucing lari merajuk,
Kaki tersepit di rumpun pulai,
Awak kurus berbini gemuk,
Sekali himpit jatuh terkulai.
Anak tikus meratap dinding,
Dikejar musang terberak-berak,
Awak kurus cakap melenting,
Ditampar orang tulang berselerak.
Anak gajah mencuri pinang,
Disergah orang jauh berdebam,
Awak gemuk mandi telanjang,
Disangka orang gajah berendam.
Anak seladang gila bermain,
Dekat gelap barulah pulang,
Awak sudah kepala licin,
Lalat hinggap jatuh telentang.
Anak kancil diluru tupai,
Lumpuh kaki jalan merangkak,
Awak jahil mengaku lebai,
Disuruh mengaji nafas pun sesak.
Dah baca koleksi 10 pantun cinta 2 kerat dan 20 pantun cinta 4 kerat yang boleh korang gunakan dalam usaha memikat hati si dia ini? Best of luck!
Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti,
Kat pasaraya tak ada hutang hutang,
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery.
Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat,
Kain aku, si pencuri yang sapu.
Pantun jalan raya
Sempena dengan lebaran, jadi ramai yang dah nak balik rumah masing-masing. Perangai pengguna jalan raya pun ni bermacam ragam. Kalau korang nak tegur sahabat handai atau atau nak ingatkan kaum keluarga melalui group-group Whatsapp atau Telegram, boleh gunakan pantun jalan raya di bawah:
Di jalan raya mesti sabar,
Elak memandu secara bahaya,
Lampu merah jangan dilanggar,
Kalau tak nak kenderaan berlanggar.
Cucur badak gula melaka,
Buat menyambut para kerabat;
Tiada guna berlumba-lumba,
Biar lambat asalkan selamat.
Masa memandu usah terburu,
Selalu amalkan cara berhemah,
Jangan pandu lebih had laju,
Nanti saman tunggu rumah.
Lemak manis Ala amboi amboi,
Bubur kacang dalam belanga;
Nahas jalan raya satu tragedi,
Cuai dan leka sebab utama.
Nasi lemak dijual merata,
Sarapan utama rakyat jelata,
Ingat semua wahai pengguna,
Jalan raya bukan pusara.
Sesama kita pesan berpesan,
Hati-hati di jalan raya,
Potong barisan jangan amalkan,
Budaya samseng jangan dicuba.
Kiri dan kanan harus dipandang,
Kalau hendak belok di simpang,
Jangan meluru keluar simpang,
Jangan sampai berkaki tempang.
Itulah dia koleksi pantun lawak 2 kerat dan pantun lawak 4 kerat, korang boleh kongsikan kepada kawan dan keluarga. Ini kerana, pantun lawak terkait dengan hidupan harian kita.
Pantun secara amnya, pantun lawak dapat didefinisikan sebagai sejenis puisi lama yang terdiri daripada 2 baris atau 4 baris atau 6 baris dalam setiap rangkap. Ia bertujuan menyelitkan unsur jenaka yang menghiburkan maka pantun lawak tersebut akan diingat-ingat tidak kiralah tua mahupun muda.
Variasi 27 pantun sentap untuk kawan (boleh pedih ulu hati) yg boleh korang gunakan ikut kesesuaian. Pilih mana yg kena dengan situasi korang..
Masyarakat terdahulu sangat terkenal dengan cerita-cerita rakyat misalnya cerita dongeng, juga terselit cerita yang kelakar bertujuan menggelikan hati.
Begitu juga dengan pantun berbentuk jenaka seperti koleksi pantun lawak 2 kerat dan pantun lawak 4 kerat yang Atok telah kongsikan diatas. Hal ini kerana, pada zaman dahulu tidak mempunyai teknologi canggih seperti kita sekarang. Ini sahajalah hiburan mereka pada zaman dahulu.
Jadi, kita sebagai masyarakat yang moden ini perlulah tetap mengekalkan pantun lawak sebagai hiburan kerana ia salah satu identiti kita sebagai masyarakat melayu.
Dah baca 20 himpunan pantun perpisahan guru yang Atok akan kongsikan kepada korang ni? Sesuai untuk rujukan sebagai ucapan perpisahan kepada rakan sekerja korang..
Misalnya, cerita kartun Malaysia bertajuk Upin Ipin. Salah satu watak di dalam cerita tersebut suka benar berpantun lawak 2 kerat walaupun masih berumur dalam linkungan 5 ke 6 tahun. Cerita tersebut terkenal bukan sahaja kanak-kanak bahkan orang dewasa juga suka menontonnya.
Hal ini demikian kerana, setiap pantun yang disampaikan senang diterima kerana penyampaiannya yang menghiburkan dan lawak. Pendedahan seperti ini langkah yang bijak dimana pantun lawak kita tidak hilang ditelan zaman. Masih diingati dan diketahui ramai walaupun pada era zaman digital yang moden kini.