Waktu terbaik untuk melaksanakan solat tarawih adalah selepas solat sunat Ba’diyyah isyak sehinggalah terbit fajar. Bukan itu sahaja, solat tarawih ini juga boleh dilakukan dalam 8 rakaat atau 20 rakaat. Bagi korang yang ingin mengerjakan solat tarawih sendiri dan mencari panduan solat tarawih sendirian di rumah, maka di sini akan dinyatakan serba sedikit tentang panduan solat tarawih sendiri (8 rakaat dan bacaan) yang perlu korang ketahui.
Solat sunat tarawih ini merupakan antara solat yang paling istimewa jika hendak dibandingkan dengan solat sunat yang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, solat sunat tarawih ini hanya akan dilaksanakan ketika hadirnya bulan Ramadan iaitu bulan yang memiliki Lailatul Qadar.
Lailatul Qadar
Lailatul Qadar itu apa? Ia adalah salah satu malam dalam bulan Ramadan yang nilainya seribu kali lebih hebat daripada seribu bulan yang lain. Ia adalah malam yang sangat mulia di mana para malaikat turun membawa rahmat Allah bagi orang-orang yang terpilih bertemu dengannya. Lailatulqadar akan berlaku pada salah satu malam sahaja di dalam bulan Ramadan. Biasanya di malam 10 terakhir Ramadan.
Adakah pada 21 Ramadan atau 22 Ramadan? Jangan tanya berapa haribulan. Sebabnya ia memang dirahsiakan oleh Allah dan Rasul-Nya. Siapa rajin beribadah pada malam 10 terakhir, confirm jumpa! Tiada keraguan. Kalau pilih-pilih hari, memang terlepas la.
Bukan itu sahaja, solat sunat tarawih ini juga merupakan antara amalan yang sangat dituntut dalam bulan Ramadan dan Allah SWT juga menjanjikan ganjaran istimewa berupa keampunan kepada mereka yang melaksanakan solat sunat tarawih ini.
Maksud tarawih
Selain itu, bagi anak-anak muda yang tidak mengetahui apa itu tarawih, tarawih membawa maksud sebagai berehat. Dan bagi mereka yang melaksanakan solat tarawih ini, mereka akan berehat setiap empat rakaat.
Justeru, solat sunat tarawih ini akan dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’.
Hukum solat tarawih
Hukum bagi solat sunat tarawih adalah sunat muakkad yakni sangat dituntut dalam Islam dan sangat-sangat digalakkan untuk dilaksanakan pada bulan Ramadan.
Kelebihan solat tarawih
Ada pun, apabila saja tiba bulan Ramadan maka akan bertebaranlah satu hadis mengenai kelebihan solat tarawih. Daam hadis itu disenaraikan kelebihan solat tarawih dari malam pertama sehinggalah malam ke-30.
Untuk maklumkan korang, hadis itu adalah palsu. Haram korang menyebarkannya! Jadi atok takkan letakkan di sini walaupun sebagai rujukan.
Hadis kelebihan solat tarawih dan keutamaan bulan Ramadan yang sahih adalah seperti yang berbunyi berikut:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ ، إيمَانًا وَاحْتِسَابًا ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya:
“ Barangsiapa yang mendirikan Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan redha daripada Allah SWT, akan diampuni dosanya yang telah lalu ”.
Sahih Bukhari, No. Hadith: 36]
Dan termasuk di dalam ‘mendirikan Ramadan’ itu ialah berpuasa di siang hari serta mengerjakan solat tarawih di malam hari. Di samping lain-lain amalan seperti bersedekah, berzikir, bercakap yang baik-baik, menyediakan juadah berbuka, membaca Quran, membantu mereka yang memerlukan dan lain-lain.
Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih
Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat. Terdiri daripada 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir. Jumlah inilah yang biasanya dipilih oleh kebanyakan umat Islam Malaysia.
Hadis berkenaan bilangan rakaat ini adalah seperti di bawah:
Abu Salamah r.a pernah bertanya kepada Aisyah r.a tentang solat malam Rasulullah SAW di bulan Ramadhan. Aisyah menjawab:
“ Rasulullah SAW tidak pernah menambah rakaat solatnya di bulan Ramadan dan atau bulan lain melebihi sebelas rakaat. Baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat tiga rakaat (witir).”
Sahih Bukhari, No Hadis: 1147
Bagi yang nak solat tarawih sendiri di rumah. Mungkin tidak berkesempatan ke surau atau masjid atas perkara yang tidak dapat dielakkan. Berikut merupakan panduan solat tarawih sendiri (8 rakaat dan bacaan) yang paling mudah sekali. Untuk memudahkan korang faham, solat sunat tarawih dalam panduan di bawah adalah – 2 rakaat 1 salam, 2 rakaat 1 salam dan seterusnya sehingga cukup bilangan 8rakaat.
Rakaat pertama
1. Solat dimulakan dengan mengangkat takbiratul ihram. Kemudian bacakan niat solat tarawih ini di dalam hati.
Niat solat tarawih (solat sendirian):
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala”.
2. Kemudian bacakan doa iftitah setelah selesai takbiratul ihram. Seterusnya, korang perlu membaca surah al-Fatihah.
3. Kemudian, baca surah at-Takasur atau mana-mana surah lain setelah selesai bacaan al-Fatihah.
4. Setelah selesai membaca surah, korang boleh teruskan dengan rukuk dan sujud sehingga selesai rakaat pertama.
Rakaat kedua
5. Bagi rakaat kedua di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir kedua).
6. Kemudian, bacakan surah al-Fatihah seperti rakaat pertama tadi. Selanjutnya, setelah bacaan al-Fatihah, korang boleh teruskan dengan bacaan surah al-Ikhlas atau mana-mana surah yang lain.
7. Setelah selesai bacaan, solat diteruskan dengan rukuk dan sujud. Setelah itu, korang perlu bangun daripada sujud, kemudian teruskan dengan tahiyyat akhir sehingga selesai rakaat kedua.
8. Setelah selesai, korang perlu akhiri dengan memberi salam untuk dua rakaat pertama. Seterusnya, korang boleh terus bangun untuk melakukan rakaat seterusnya ataupun membaca selawat taradhi terlebih dahulu jika solat berjemaah.
Nota: Bagi rakaat solat tarawih ke-3, ke-4, ke-5, ke-6, ke-7 dan ke-8, panduan atau tatacara melaksanakan adalah sama dengan langkah 1 sehingga 8 di atas.
Untuk mereka yang sudah selesai solat sunat tarawih 4 rakaat, korang disunatkan untuk membaca doa antara tarawih sebelum melakukan solat 4 rakaat terakhir.
Doa antara tarawih
Allahumma inna nas aluka ridho ka wal Jannah wa na u’zubika karimun tuhibbul afwa fagfu anna wa an waa lidina wa an jami’il muslimina wal muslimat, birahmatika ya arhamarrohimin. Wasollollah ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala alihi wasohbihi wabaroka wassallam.
“ Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, semoga kami mendapat keredhaanMu dan syurgaMu, dan kami berlindung kepadaMu dari murka dan api nerakaMu. Ya Allah, engkaulah maha pengampun yang murah hati, maha melindungi, hadi ampunkan kami, ibu bapa kami, dan semua muslimin dan muslimat, demi engkau yang maha pengasih lagi maha penyayang. Selawat dari Allah kepada ketua kita Nabi Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan dan kedamaiannya “.
Selesai melakukan solat 4 rakaat terakhir maka genaplah sudah 8 rakaat kesemuanya.
Sekarang, korang mesti tutup solat tarawih itu dengan solat sunat witir. Boleh tutup solat sunat tarawih dengan 1 rakaat witir atau 3 rakaat witir.
Atok cadangkan korang tutup solat tarawih dengan solat witir 3 rakaat.
Atok andaikan korang dah tahu cara mengerjakan solat witir 3 rakaat ya. Kalau tidak, post ini akan menjadi terlalu panjang nanti.
Ok.. Selepas selesai solat witir 3 rakaat, kini selesailah sudah semuanya. Hanya tinggal bacaan doa selepas solat tarawih saja. Berikut adalah bacaan doa selepas solat tarawih dalam rumi dan maksudnya..
Doa selepas solat tarawih
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahi rabbil alamin. Wassolatu wassalamu ala sayyidina muhammadin wa ala Alihi wasohbihi ajmain, Allahummaj ‘alna bil imani kamilin, walifara idhika muaddin. Wa lissolati haafizin. wa lizzakati faa ilin, wa limaa ‘indaka tholibin, wa li ‘afwika raajiina wa bil hudaa mutamassikiin.
Wa anil laghwi mu’ridhiin. Wa fiddunya zaahidin. Wa fil aakhirati ra ghibin. Wa bil qadaa i raa dhiin. Wa binnu amaa i syaakirin. Wa alal balaa ya saabiriin. Wa tahta liwaa i sayyidinaa muhammmadin sallaahu alaihi wa sallama yaumal qiyamaati saa iriin. Wa ilal haudhi waaridiin. Wafil jannati daakhiliin.
Wa Alaa sariiratil karaa mati qaa idiiin. Wa bihuurin linim mutazawwajiin. Wa min sundusiw waistabraqiw wadiibaajim mutalabbisiin. Wa min to aamil jannati aa kilin. Wa mil labaniw wa asalim musoffaini syaaribiin. bi akwaa biw wa abaariiqa wakaksim mimma ‘in. ma Allaziina an amta alaihim minan nabiyyiina wassiddiiqiina wasy syuhadaa iwassoolihin.
Allahummaj ‘alna fii haazihil lailatisy syahrisy syariifatil mubaarakati minassu Adaail maqbuuliin. Wa alaa taj ‘alnaa allaahumma minal asy qiyaa ilmarduudiin. ilaahana Aafinaa wa’fu annaa waghfir allaahumma lanaa. waliwaalidiina wali ummahaatina wali ikhwaaninaa wali akhawaatinaa wali azwaajinaa wali ahliinaa wali ahli baitinaa.
Wali ajdaadinaa wali jaddatinaa wali masyaa ikhinaa wali mu allimiinaa, wa jamii il muslimiina wal muslimaati wal mukminiina wal mukminaat., al ahya i minhum wal amwaat.
Waktubillahummas-salaamata wal aafiyata alai na wa alaa abiidikal hujjaaji wal ghuzaati wazzuwaar, wal musaafiriina wa muqiimiina fil barri wal bahri minal muslimin.
Waqinaa syarrazh zholimin. Wan surnaa alal qaumil kaafiriin, ya mujiibassaa iliin. Wakh tim lanaa yaa rabbanaa minka bikhairiyyaa arhamar raahimin.
Wassollahu ‘ala khairi kholqihi muhammadin wa ‘ala Alihi wasohbihi wassallam. Walhamdulillahi robbil Aalamin.
Maksudnya:
” Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatNya dan mencukupkan pertambahannya.
Wahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti yang selayakNya dan kemudian ZatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat-sahabatNya.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna. Segala kewajipan zakat kami laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan dan keampunanMu kami harapkan.
Kami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud dengan dunia dan cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-nikmatMu dan bersabar dengan bala bencana.
Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian, kami berkehendak kepada perlindunganMu dan dapat memasuki syurgaMu dan duduk di atas katil yang mulia (di syurga), berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-perhiasan di syurga, memakan makanan di Syurga, minum susu dan madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah Engkau beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh.
Ya Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang yang berbahagia kerana diterima amalannya dan janganlah jadikan kami orang yang berdukacita kerana ditolak amalan kami.
Ya Tuhan kami, afiatkan kami dan berikan kami keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, suami atau isteri kami dan guru-guru kami dan mereka yang kami ajarkan dan mereka yang mempunyai hak ke atas kami dan mereka yang mencintai kami dan berbuat baik kepada kami dan mereka yang membimbing kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan dan mereka yang berwasiat kepada kami dan yang kami wasiatkan dengan doa dan seluruh muslimin dan muslimat.
Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-hambaMu yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang yang berziarah, musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut daripada orang Islam.
Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim dan bantulah kami menghadapi ke atas orang kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon.
Dan sempurnakanlah untuk kami wahai Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala yang mengasihani.
Selawat dan salam ke atas sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya dan segala puji untuk Allah, Tuhan sekalian alam “.
Demikian perkongsian panduan solat tarawih sendiri (8 rakaat dan bacaan) yang perlu korang ketahui terutama untuk golongan remaja yang baru nak up. Jangan lupa up solat tarawih nanti. Justeru, diharapkan dengan perkongsian panduan solat tarawih sendirian di rumah ini dapat membantu korang dalam mengerjakan dan mengenali solat tarawih dengan lebih mendalam.
Rujukan Lain
Bagi korang yg nak mohon SPA9, di sini atok terangkan seringkas mungkin tentang SPA9 login masuk (cara daftar & mohon). Moga bermanfaat ya..
Ini merupakan perkongsian tentang jadual peperiksaan jabatan perkhidmatan awam 2023 yang perlu korang tahu. Selamat menduduki peperiksaan..
Daging kambing harus dimasak dengan cara yang betul bagi mengelakkan daging menjadi liat dan keras. Baca 3 petua melembutkan daging kambing ini..
Adakah korang bercita-cita menjadi seorang akauntan? So, kali ini atok kongsikan laluan kerjaya akauntan selepas SPM. Moga bermanfaat..
Jom baca apakah makanan yang boleh dimakan oleh pesakit gout. Apa pula makanan pantang gout. Serta apakah cara kurangkan kesakitan gout..
Perkongsian mengenai bacaan tekanan darah tinggi mengikut umur dan beberapa tips menurunkan tekanan darah tinggi secara cepat..
Dah jumpa cara hilangkan bau ketiak pada baju? Bagi isteri yg sedang tercari-cari kaedah mencegah bau ketiak suami, post ini memang untuk korang..
Kalau korang bercadang nak tonton wayang, elok tengok dulu harga tiket wayang GSC 2023 berdasarkan kategori yang dikongsikan ini sebagai rujukan..