Adakah korang bercita-cita menjadi seorang akauntan? Mungkin mak ayah berharap sangat korang menjadi seorang akauntan? So, kali ini atok kongsikan laluan kerjaya akauntan selepas SPM. Mudah-mudahan ia membantu korang merancang masa depan dengan lebih baik.
Isi Kandungan
Setiap orang memiliki impian dan minat masing-masing. Impian dan minat ini sedikit sebanyak dapat membentuk seseorang untuk membina sebuah kerjaya dalam kehidupan mereka.
Justeru, bagi pelajar-pelajar lepasan SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia, mereka boleh memilih apa sahaja kerjaya yang mereka inginkan sama ada ianya melalui minat ataupun sekadar ingin mencuba.
Sebagai contoh, terdapat ramai pelajar lepasan SPM yang sangat meminati bidang perakaunan dan ingin menjadikan bidang tersebut sebagai kerjaya mereka di masa akan datang.
Namun begitu, untuk berjaya menjadi seorang akauntan bukanlah perkara yang mudah, tetapi jika korang berusaha korang mungkin akan berjaya.
Namun begitu, sebelum kita membincangkan tentang kerjaya akauntan, pasti ada di antara korang yang belum tahu definisi akauntan.
Untuk makluman semua, definisi akauntan adalah merupakan orang yang ditugaskan untuk menguruskan kewangan dan bertanggungjawab menyediakan laporan mengenai kedudukan kewangan tersebut dari semasa ke semasa.
Selain itu, untuk menjadi seorang akauntan juga, korang perlu menguasai mata pelajaran matematik atau matematik tambahan kerana seorang akauntan ini akan bermain dengan nilai-nilai kewangan.
Dua jenis akauntan di Malaysia
Di Malaysia, ada dua jenis akauntan utama iaitu:
- Akauntan Berdaftar (Chartered Accountant)
- Akauntan Perakaunan Berlesen (Certified Accountant).
Akauntan Berdaftar (Chartered Accountant)
Akauntan Berdaftar adalah profesional yang mengikuti program latihan dan lulus ujian yang diselenggarakan oleh Institut Akauntan Berdaftar Malaysia (MICPA) atau Institut Akauntan Berdaftar (ICAEW). Mereka memiliki lesen untuk menyediakan perkhidmatan perakaunan dan cukai, dan boleh memberikan nasihat kewangan dan percukaian kepada syarikat dan individu.
Akauntan Perakaunan Berlesen (Certified Accountant)
Akauntan Berlesen adalah profesional yang mengikuti program latihan dan lulus ujian yang diselenggarakan oleh Lembaga Akauntan dan Audit Malaysia (LAA) atau organisasi lain seperti ACCA. Mereka memiliki lesen untuk menyediakan perkhidmatan perakaunan dan boleh memberikan nasihat kewangan kepada syarikat dan individu.
Kedua-dua jenis akauntan ini memiliki tugas dan tanggungjawab yang hampir serupa yakni memastikan bahawa laporan kewangan suatu syarikat tepat dan boleh dipercayai. Mereka juga memiliki standard profesional yang harus dipatuhi, seperti etika dan integriti.
Oleh kerana itulah, menjadi seorang akauntan bukanlah perkara yang mudah. walau bagaimanapun, bagi para pelajar lepasan SPM atau yang masih menjalani SPM yang tertanya-tanya bagaimana laluan kerjaya akauntan selepas SPM, maka di sini akan dinyatakan laluan kerjaya akauntan selepas SPM yang perlu korang ketahui.
Berikut merupakan laluan kerjaya yang boleh korang ambil untuk menjadi akauntan selepas SPM.
Diploma/Degree dalam accounting/akauntan
Seperti yang diketahui, untuk menjadikan akauntan sebagai salah satu kerjaya, seseorang pelajar lepasan SPM perlulah mengambil diploma atau degree dalam bidang akaun.
Hal ini dikatakan demikian kerana, jika di peringkat SPM, korang hanya mempelajari asas perakaunan, tetapi apabila korang melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan degree, korang akan mempelajari bidang perakauan ini dengan lebih meluas. Hal ini secara tidak langsung dapat memupuk diri korang untuk menjadi seorang akauntan yang serba boleh.
Bukan itu sahaja, apabila korang telah graduate degree dalam bidang perakauanan, korang boleh sahaja terus untuk bekerja di syarikat-syarikat perakaunan seperti KPMG, EY dan PWC sebagai auditor atau tax accountant. Justeru, ini merupakan salah satu laluan kerjaya akauntan selepas SPM yang boleh korang ketahui.
Professional Paper
Mungkin ada di antara korang yang tidak sering mendengar tentang professional paper. Namun begitu, professional paper merupakan salah satu laluan kerjaya akauntan yang boleh korang aplikasikan selepas SPM.
Bagi lepasan SPM korang boleh sahaja mengambil paper ACCA atau Association of Chartered Certified Accountants untuk menjadi seorang akauntan.
Walau bagaimanapun, disebabkan korang dari SPM terus melangkau ke paper ACCA, korang haruslah mengambil 14 paper keseluruhan untuk menjadi seorang akauntan.
Sama juga seperti degree, jika korang lulus kesemua paper yang di kehendaki, korang boleh bekerja di syarikat perakaunan sebagai seorang auditor atau tax accountant. Oleh itu, professional paper ini juga dikatakan sebagai salah satu laluan kerjaya akauntan selepas SPM.
Namun begitu, bagi mereka yang ingin melihat lebih terperinci mengenai laluan kerjaya akauntan selepas SPM, di bawah ini akan digariskan laluan kerjaya akauntan.
Carta alir laluan kerjaya seorang akauntan
Berikut merupakan carta alir laluan kerjaya seorang akauntan.
Atok permudahkan melalui carta alir di bawah..
Kesimpulannya, ini merupakan antara laluan kerjaya akauntan selepas SPM yang boleh korang lihat dan aplikasikan. Seperti yang diperkatakan untuk menjadikan akauntan sebagai kerjaya bukanlah satu perkara yang mudah, namun jika korang berusaha dengan gigih untuk menjadikan akuantan ini sebagai kerjaya korang, ianya akan menjadi mudah dan senang.
Justeru, diharapkan, bagi korang yang ingin menjadi seorang akauntan boleh melihat laluan kerjaya di atas sebagai panduan untuk menggapai kerjaya yang korang impikan ini.
Rujukan Lain
Hangat dan tular diperkatakan mengenai ChatGPT. Ramai yang nak tahu. Jadi jom kenali apa itu ChatGPT dan cara menggunakannya..
Bagi pelajar-pelajar yang berminat menyambung pelajaran di kolej vokasional, ini senarai kolej vokasional di Malaysia dan kursus yang ditawarkan..
Bagi korang yang NAK tahu senarai IKBN dan IKTBN serta kursus yang ditawarkan, ini senarai penuh IKBN dan IKTBN beserta kursus yang ditawarkan..
Tengah mencari soalan Pengetahuan Am Malaysia? Di sini dikongsikan beberapa contoh soalan Pengetahuan Am tentang Malaysia..
Bagi korang yg nak mohon SPA9, di sini atok terangkan seringkas mungkin tentang SPA9 login masuk (cara daftar & mohon). Moga bermanfaat ya..
Ini merupakan perkongsian tentang jadual peperiksaan jabatan perkhidmatan awam 2023 yang perlu korang tahu. Selamat menduduki peperiksaan..
Daging kambing harus dimasak dengan cara yang betul bagi mengelakkan daging menjadi liat dan keras. Baca 3 petua melembutkan daging kambing ini..
Untuk membuat semakan No KWSP, korang boleh buat dengan 3 cara. Di sini diterangkan tiga cara semakan No KWSP melalui kad pengenalan..