Contoh Soalan PKSK Tingkatan 4: Panduan Calon Sekolah Khusus 2026

Contoh Soalan PKSK Tingkatan 4

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ialah ujian berpusat yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memilih pelajar yang layak ke sekolah berprestij bagi sesi Tingkatan 4 tahun 2026.

Dalam perkongsian ini, kita akan kupas format terkini PKSK, contoh soalan sebenar daripada sumber berautoriti, serta tips penting untuk calon yang ingin bersedia dengan yakin!

Apa Itu PKSK?

PKSK ialah ujian standard berpusat yang menggantikan UKSBP dan PT3 sebagai kaedah pemilihan pelajar ke Sekolah Khusus. Ia digunakan untuk kemasukan ke:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

PKSK dilaksanakan secara dalam talian dan bersemuka, bergantung kepada komponen ujian.

Tarikh Penting PKSK Tingkatan 4 (Sesi 2026)

PerkaraTarikh
Permohonan Dibuka1 Ogos – 7 September 2025
Semakan Pusat Ujian12 September 2025
Ujian PKSK7 Oktober – 17 Oktober 2025
Semakan TawaranDisember 2025

Permohonan dibuat melalui https://spskt4.moe.gov.my

Format PKSK Tingkatan 4

PKSK dibahagikan kepada 3 bahagian utama:

BahagianKomponenKaedahMarkah
AKecerdasan Insaniah (EQ, SQ, SSQ)Dalam talian20%
BKecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am, Penyelesaian Masalah)Dalam talian70%
CArtikulasi PenulisanBertulis (bersemuka)10%

Contoh Soalan PKSK Tingkatan 4

Berikut ialah penerangan ringkas setiap bahagian di dalam ujian PKSK ini..

Bahagian A – Kecerdasan Insaniah

Soalan berbentuk situasi sosial dan nilai murni. Tiada jawapan betul atau salah, tetapi jawapan mencerminkan keperibadian dan kematangan calon. Mengandungi 30 soalan berbentuk objektif aneka pilihan. Tujuan: mengukur emosi, spiritual dan sosial.

Contoh:

1. Anda melihat seorang rakan membuang sampah merata-rata di kantin. Apa tindakan anda.

A. Menegur dengan sopan
B. Membiarkan sahaja
C. Melaporkan kepada guru disiplin
D. Membantu mengutip sampah tanpa berkata apa-apa

2. Seorang pelajar baru kelihatan murung dan tidak bercakap dengan sesiapa. Apa yang anda lakukan?

A. Mengajak berbual dan berkawan
B. Memberi ruang dan tidak mengganggu
C. Melaporkan kepada guru kaunseling
D. Menyuruh rakan lain mendekatinya

3. Anda diminta menjadi ketua kumpulan dalam aktiviti kelas. Bagaimana anda bertindak?

A. Membahagikan tugas secara adil
B. Melakukan semua kerja sendiri
C. Menyerahkan tugas kepada rakan paling pandai
D. Menolak jawatan kerana tidak yakin

4. Anda melihat rakan anda diejek oleh pelajar lain. Apa tindakan Anda?

A. Menyertai ejekan
B. Menasihati rakan agar bersabar
C. Melaporkan kepada guru
D. Tidak ambil peduli

Tip: Pilih jawapan yang menunjukkan empati, kepimpinan dan nilai murni.

Bahagian B – Kecerdasan Intelek

Mengandungi 70 soalan objektif yang menguji IQ, pengetahuan am, dan penyelesaian masalah.

Contoh 1 – IQ:

1. Jika 3x + 5 = 20, apakah nilai x?

A. 5
B. 6
C. 7
D. 8

2. Jika 2x + 6 = 14, apakah nilai x?

A. 3
B. 4
C. 5
D. 6

3. Susun nombor berikut mengikut urutan menaik: 0.25, ¼, 0.2, ⅓

A. 0.2, ¼, 0.25, ⅓
B. 0.2, 0.25, ¼, ⅓
C. 0.2, ¼, ⅓, 0.25
D. ¼, ⅓, 0.2, 0.25

4. Jika hari ini ialah Selasa, apakah hari selepas 100 hari?

A. Rabu
B. Khamis
C. Jumaat
D .Sabtu

Contoh 2 – Pengetahuan Am:

1. Apakah nama Perdana Menteri Malaysia ke-10?

A. Tun Dr Mahathir Mohamad
B. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
C. Datuk Seri Anwar Ibrahim
D. Tan Sri Muhyiddin Yassin

2. Apakah nama Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 2025?

A. Fadhlina Sidek
B. Khairy Jamaluddin
C. Anwar Ibrahim
D. Rafizi Ramli

3. Apakah maksud Rukun Negara yang pertama?

A. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
B. Keluhuran Perlembagaan
C. Kepercayaan kepada Tuhan
D. Kedaulatan Undang-undang

4. Apakah fungsi utama Bank Negara Malaysia?

A. Menyimpan wang rakyat
B. Mengawal dasar kewangan negara
C. Memberi pinjaman kepada pelajar
D. Menyediakan insurans kesihatan

Contoh 3 – Penyelesaian Masalah (Sains):

1. Apakah fungsi utama mitokondria dalam sel?

A. Menghasilkan tenaga
B. Menyimpan maklumat genetik
C. Mengawal aktiviti sel
D. Menyerap nutrien

2. Jika sebuah tangki boleh diisi dalam masa 4 jam oleh paip A dan 6 jam oleh paip B, berapa lama masa yang diambil jika kedua-dua paip dibuka serentak?

A. 2.4 jam
B. 3.2 jam
C. 5 jam
D. 10 jam

3. Seorang pelajar mendapat markah 80 dalam Matematik, 75 dalam Sains dan 65 dalam Bahasa Inggeris. Apakah purata markahnya?

A. 70
B. 73.3
C. 74
D. 75

4. Jika suhu meningkat sebanyak 2°C setiap jam dari 8°C pada pukul 9 pagi, berapakah suhu pada pukul 1 tengah hari?

A. 14°C
B. 16°C
C. 18°C
D. 20°C

Tip: Latih diri dengan soalan KBAT dan pengetahuan am semasa.

Bahagian C – Artikulasi Penulisan

Calon perlu menulis karangan Bahasa Melayu 1 daripada 3 tajuk yang diberi. Minimum 250 patah perkataan. Masa diperuntukkan: 45 minit.

Contoh Tajuk:

1. Peranan pelajar dalam menjaga kebersihan sekolah.

2. Kesan penggunaan telefon pintar terhadap hubungan kekeluargaan.

3. Faedah menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.

Tip: Untuk soalan 1, fokus pada tanggungjawab, inisiatif, kesan kepada persekitaran.

Untuk soalan 2, fokus pada komunikasi, masa berkualiti, gangguan teknologi.

Untuk soalan 3, fokus pada pembangunan sahsiah, kepimpinan, kemahiran sosial.

Satu lagi, gunakan struktur karangan yang jelas: pendahuluan, isi, penutup. Elakkan ejaan dan tatabahasa yang lemah.

Strategi Menjawab PKSK dengan Cemerlang

  1. Fahami format dan komponen ujian.
  2. Latih soalan objektif dan penulisan setiap minggu.
  3. Ikuti perkembangan semasa untuk pengetahuan am.
  4. Jaga kesihatan dan tidur cukup sebelum hari ujian.
  5. Bawa alat tulis lengkap dan kad pengenalan semasa ujian.

Hubungi Jika Ada Soalan

Nota Lulus & Contoh Soalan PKSK Tingkatan 4

Adakah korang bakal calon PKSK Tingkatan 4 yang ingin bersedia dengan yakin dan berstrategi?

Nota Lulus & Contoh Soalan PKSK Tingkatan 4 di bawah ialah eBook padat yang mengandungi format sebenar ujian, set simulasi Bahagian A, B dan C, teknik menjawab, karangan contoh, serta motivasi dan refleksi khas untuk pelajar seperti korang.

Nota Lulus & Contoh Soalan PKSK Tingkatan 4

Dengan gaya bahasa mesra pelajar, latihan bertahap dan sokongan emosi, eBook ini bukan sekadar bahan ulang kaji, ia adalah teman persiapan korang. Dapatkan sekarang dan mulakan perjalanan korang ke sekolah impian dengan ilmu, nilai dan keyakinan. Jangan tunggu saat akhir. Peluang hanya datang sekali!

Disusun oleh AtokPencen.com, eBook ini direka khas untuk pelajar bandar, luar bandar, sekolah harian dan semua yang mahu peluang adil ke SBP, SMKA, SMT atau KV.

Contoh Soalan PKSK Tingkatan 4 Ini Bantu Korang Bersedia dengan Yakin!

Dengan memahami format dan berlatih menggunakan Contoh Soalan PKSK Tingkatan 4, korang boleh menghadapi ujian dengan lebih tenang dan bersedia. PKSK bukan sekadar ujian akademik, ia mengukur potensi kepimpinan, sahsiah dan kecerdasan korang secara menyeluruh.

Jadi, jangan tunggu saat akhir. Mula berlatih hari ini dan cipta peluang untuk melangkah ke sekolah impian korang!

Info-info Lain

Kita akan belajar penjodoh bilangan buah, biji, batang, bilah, helai, pisang, pinggan, buku, kunci, payung dan banyak lagi

Kalau korang ibu atau bapa yang sedang mencari peluang pendidikan terbaik untuk anak, topik “permohonan MRSM 2026” memang wajib korang ambil tahu.

Kalau korang pelajar Tingkatan 3 yang minat belajar secara praktikal, suka buat kerja tangan, atau nak terus bersedia untuk dunia pekerjaan, maka permohonan Kolej Vokasional 2025 memang wajib korang ambil tahu.

Atok akan kupas topik pakej STEM KPM, lengkap dengan definisi, jenis pakej, subjek teras dan elektif, serta strategi memilih pakej yang sesuai.

Dalam perkongsian ini, kita akan menyelami dunia peribahasa Melayu. Lengkap dengan definisi, fungsi, contoh terkini, dan cara menggunakannya dengan betul..

Program Latihan Khidmat Negara 3.0, lengkap dengan fakta terkini, tarikh penting, lokasi, modul latihan dan cara menyertainya..

Kita akan kupas tentang kalori nasi putih dan mitos yang sering dikaitkan dengannya, serta cara bijak untuk terus menikmatinya tanpa rasa bersalah..

10 ayat Surah Al-Kahfi adalah sebagai pelindung daripada fitnah paling dahsyat di akhir zaman yakni fitnah Dajjal..

Setiap tahun, umat Islam menyambut satu hari yang penuh keberkatan dan termasuk sejarah penting dalam bulan Muharram iaitu Hari Asyura..

Apa itu Kolej Komuniti dan kenapa ia pilihan yang bagus? Dan yang paling penting, senarai kolej komuniti dan lokasi mengikut negeri di Malaysia…

Apa itu Baucar Buku Guru MADANI 2025? Macam mana nak tebus, dan kenapa ia sangat berbaloi untuk korang?

Artikel ni bukan nak buat korang rasa bersalah. Sebaliknya, kita nak belajar Bahasa Inggeris untuk temuduga sama-sama..

Kita akan sembang santai pasal bunga cengkih termasuk asal usulnya, fungsi dalam masakan, khasiat kesihatan, dan kegunaan tradisional bunga cengkih..

Kali ini, kita akan kenali Bunga Kantan dari pelbagai sudut. Dari rupa dan jenis-jenis bunga kantan, keunikan dalam masakan dan manfaat kesihatan..

Jom.. Dapatkan idea-idea ucapan selamat hari Deepavali 2025 di sini!

Tak pasti layak ke tidak STR atau SARA? Jom ketahui selanjutnya mengenai cara semakan STR & SARA menggunakan MyKad..

Dalam artikel ni, Atok kongsi tips, contoh soalan, dan cara nak jawab soalan temuduga UPSI Bahasa Inggeris. Jom kita..

Tahukah korang apakah maksud gaji bersih, gaji kasar dan gaji pokok? Apa pula beza gaji kasar dengan gaji bersih? Jom ketahuinya..

Leave a Comment

error: Content is protected !!