Kita Solat Sunat Aidilfitri kan setahun sekali. Jadi bagi individu yang kurang memahami atau mungkin dah ingat-ingat lupa cara Solat Sunat Aidilfitri, maka di sini akan dinyatakan serba sedikit tentang cara Solat Sunat Aidilfitri (JAKIM) yang perlu korang ketahui.
Bulan Ramadan sudah semakin hampir, ini bermakna bulan Syawal juga bakal menjelma tidak lama lagi. Bulan Syawal juga merupakan antara bulan yang sangat dinantikan oleh semua umat Islam kerana itu merupakan bulan di mana semua umat Islam meraikan hari kebebasan setelah sebulan menahan diri dari lapar dan dahaga.
Namun begitu, dalam menyambut bulan Syawal ini, perkara utama yang perlu seluruh umat Islam lakukan adalah menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Hal ini demikian kerana, setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri, umat islam perlulah melaksanakan solat sunat hari raya Aidilfitri pada setiap pagi sebelum sesi kunjung mengunjung dan salam bersalaman antara keluarga dilaksanakan.
Namun begitu, walaupun Solat Sunat Aidilfitri ini sering dilaksanakan setiap tahun, namun masih ada di antara individu yang kurang memahami atau jelas tentang cara Solat Sunat Aidilfitri ini.
Jadi, berikut merupakan cara Solat Sunat Aidilfitri (JAKIM).
Hukum Solat Hari Raya
Sebelum itu, untuk pengetahuan semua, Solat Sunat Aidilfitri adalah sebanyak dua rakaat dan hukumnya adalah sunat kepada semua orang lelaki dan perempuan, kanak-kanak, bahkan anak-anak dara, wanita berpurdah, serta wanita haid juga turut digalakkan menghadiri solat hari raya bagi menyaksikan pelaksanaannya.
Ini seperti yang diriwayatkan oleh Ummu ‘Atiyyah R.Anha beliau berkata :
أَمَرَنَا – تَعْنِي النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم – أَنْ نُخْرِجَ فِي الْعِيدَيْنِ الْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ وَأَمَرَ الْحُيَّضَ أَنْ يَعْتَزِلْنَ مُصَلَّى الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya: Rasulullah S.A.W memerintahkan kepada kami (orang perempuan) untuk mengeluarkan anak-anak gadis dan wanita-wanita berpurdah pada dua hari raya serta baginda arahkan wanita haid agar menjauhi tempat solat umat Islam.
Riwayat Muslim (890)
Secara asasnya, Solat Hari Raya Aidilfitri dituntut untuk dilakukan di tanah lapang supaya ia dapat dihadiri oleh ramai umat Islam, seterusnya menzahirkan syiar bagi agama Islam.
Rukun dan syarat Solat Hari Raya Aidilfitri
Semua rukun dan syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat fardhu lima waktu namun perkara sunat yang ditambah iaitu bertakbir sebanyak tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat kedua.
Ianya disertakan sekali dengan bertasbih pada tiap-tiap takbir.
Seperti yang dimaklumi, hukum Solat Sunat Aidilfitri ini adalah sunat muakkad. Dimana, Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak ianya diturunkan sehinggalah baginda SAW wafat.
Cara Solat Sunat Aidilfitri
Berikut merupakan panduan atau cara Solat Sunat Aidilfitri yang ringkas.
Rakaat Pertama Solat Sunat Aidilfitri
1. Di mulai dengan lafaz takbiratul ihram, melafazkan Allahu Akbar beserta dengan niat.
Niat Solat Sunat Aidilfitri Rumi:
“Usalli sunnatan liAidil Fitri rak’ataini makmuman lillahi ta’ala.”N
Maksud Niat Solat Sunat Aidilfitri:
“Sahaja aku sembahyang sunat hari raya Aidilfitri dua rakaat menjadi makmum kerana Allah Ta’ala.”
2. Kemudian membaca doa iftitah.
3. Seterusnya, lafazkan takbir, Allahu Akbar dan disertai tasbih:
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله
Teruskan bertakbir sehingga cukup 7 kali diselangi dengan lafaz tasbih di atas sebanyak 6 kali.
4. Setelah cukup bilangan takbir dan tasbih, korang perlu membaca surah al-Fatihah.
5. Kemudian, korang perlu membaca surah al-Quran dan disunatkan membaca surah al-A’laa.
6. Setelah membaca surah al-Quran, korang boleh meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
Rakaat Kedua Solat Sunat Aidilfitri
1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat atau takbir permulaan rakaat kedua. Sebutannya, Allahu Akbar juga.
2. Kemudian, lafazkan takbir, Allahu Akbar dan disertai tasbih:
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله
Teruskan bertakbir sehingga cukup 5 kali diselangi dengan lafaz tasbih di atas sebanyak 4 kali.
3. Seterusnya, korang perlu membaca surah al-Fatihah dan kemudian meneruskan dengan bacaan surah al-Quran. Di sunatkan membaca surah al-Ghaasyiyah pada rakaat kedua.
4. Kemudian korang boleh meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
5. Setelah selesai kesemua langkah untuk rakaat kedua, korang bolehlah memberi salam.
Nota: Korang jangan balik dulu! Duduk dengan tenang dan dengarkan khutbah dulu.
Hukum mendengar khutbah Solat Sunat Aidilfitri
Menurut mazhab Imam Syafi’ie, makruh bagi seorang menghadiri solat hari raya tetapi tidak mendengar khutbah hari raya atau bercakap-cakap ketika khutbah disampaikan atau meninggalkan majlis tanpa menunggu khutbah.
Kalau Solat Sunat Aidilfitri itu hukumnya sunat bagi mukallaf dan orang yg tak uzur, tetapi mendengar khutbah Aidilfitri pula adalah sunat bagi orang tak uzur, mahupun orang yg uzur (haid).
Waktu Solat Sunat Aidilfitri 2023
Selain itu, korang juga harus mengetahui waktu yang sesuai untuk melakukan Solat Sunat Aidilfitri ini. Waktu standard atau tempohnya ialah daripada terbitnya matahari sehingga tergelincirnya matahari atau paling mudah dari jam 8.00 pagi ke atas sehingga sebelum waktu zohor. Ini adalah waktu yang terbaik untuk melakukan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri.
Justeru, itu merupakan cara-cara bagaimana solat sunat hari raya Aidilfitri di laksanakan.
Kesimpulannya, di atas ini merupakan cara Solat Sunat Aidilfitri (JAKIM) yang boleh korang ikuti dan fahami bagi korang yang masih dalam proses pembelajaran. Mudah-mudahan, panduan yang telah dinyatakan di atas ini sedikit sebanyak dapat membantu korang mendalami tentang solat sunat Hari Raya Aidilfitri.
Oleh itu, diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu korang dalam mempelajari tentang solat sunat hari raya aidilfitri. Jangan sampai, korang pegi masjid dalam keadaan blur, tak tahu macam mana cara mendirikan Solat Sunat Aidilfitri.
Rujukan Lain
Ini merupakan perkongsian tentang jadual peperiksaan jabatan perkhidmatan awam 2023 yang perlu korang tahu. Selamat menduduki peperiksaan..
Daging kambing harus dimasak dengan cara yang betul bagi mengelakkan daging menjadi liat dan keras. Baca 3 petua melembutkan daging kambing ini..
Adakah korang bercita-cita menjadi seorang akauntan? So, kali ini atok kongsikan laluan kerjaya akauntan selepas SPM. Moga bermanfaat..
Jom baca apakah makanan yang boleh dimakan oleh pesakit gout. Apa pula makanan pantang gout. Serta apakah cara kurangkan kesakitan gout..
Perkongsian mengenai bacaan tekanan darah tinggi mengikut umur dan beberapa tips menurunkan tekanan darah tinggi secara cepat..
Dah jumpa cara hilangkan bau ketiak pada baju? Bagi isteri yg sedang tercari-cari kaedah mencegah bau ketiak suami, post ini memang untuk korang..
Bagi korang yang ingin mengerjakan solat tarawih sendiri di rumah, di sini dikongsikan panduan solat tarawih sendiri (8 rakaat dan bacaan)..
Kepada para anggota tentera yang nak menyemak penyata gaji ATM atau memuat turun slip gaji ATM online, berikut dikongsikan butirannya..